Sekitar tahun 1900, pembuat kasut dari Brockton ialah pembuat kasut paling mahir di dunia. Jika mahu memakai kasut terbaik, beli buatan Brockton. Antara kilang yang beroperasi dalam industri ini ialah R.B Grover Co. Pada tahun 1905 R. B. Grover Co. mempunyai tiga puluh tiga kedai dan penjualan yang meningkat tinggi.

B. Grover Co. terpaksa menambahkan kawasan pengeluaran kilangnya hanya untuk memenuhi permintaan pasaran. Kilang Grover adalah bangunan besar dan moden. Mr. Grover memastikan pekerjanya bekerja di tempat kerja yang bersih dan mempunyai pengudaraan yang baik.

Walaupun syarikat itu meningkatkan pengeluaran dengan menambah kawasan pengeluaran, tidak ada rekod yang mengatakan sama ada jurutera yang menambah keluasan kilang itu pernah menyatakan masalah mesin dandang tekanan.

Mesin itu asalnya berfungsi untuk kawasan pengeluaran tiga tingkat, kini perlu menampung operasi untuk empat tingkat.

Kronologi Kejadian

Semuanya berjalan lancar pada awalnya. Pada bulan Februari 1905, kilang kasut Brockton menghantar hampir lima puluh enam ribu kotak kasut. Pengeluaran berada pada tahap tinggi sepanjang masa dan syarikat ini cuba meningkatkan produktiviti mereka lebih jauh pada bulan Mac 1905.

Sebuah dandang baru sedang menjalani operasi penyelenggaraan. Maka dandang lama dihidupkan untuk meneruskan operasi pengeluaran. Masalah mula bermula apabila mesin dandang tekanan ini tidak mampu menanggung beban operasi berlebihan. Ianya meletvp dan dan mer0sakkan bangunan empat tingkat ini.

Mesin dandang yang melambung semasa letvpan dan jatvh menimpa bangunan berdekatan

Kejadian ini berlaku pada 20 Mac 1905. Sebanyak 58 nyawa terk0rban dan 150 orang ced3ra dalam kejadian pagi itu. Sebuah bangunan empat tingkat yang terletak di Jalan Calmar, Campello section of Brockton, Amerika Syarikat.

Bumbung kilang dan lantai bangunan empat tingkat ini rob0h.  Pekerja-pekerja yang terselamat dari letvpan dan runtuhan itu sekarang terperangkap di bawah kayu berat, lantai dan peralatan pembuatan kasut.

Tidak dapat bergerak, pekerja tidak berdaya dan hanya boleh menunggu ap1 untuk memb4kar tubuh mereka. Saluran gas untuk operasi kilang telah pecah dan merebakkan lagi ap1.

Grover Shoe Factory adalah bangunan moden dan mempunyai lebih dari tiga ratus tingkap kaca, yang membolehkan cahaya matahari terus ke lantai kilang. Ini menyumbang kepada kesan cerobong (Chimney Effect).

Kehadiran oksigen melalui tingkap menyebabkan ap1 menyala lebih panas dan pantas. Ini memberi masalah kepada pasukan bomba bandar ini kerana tidak pernah menghadapi situasi begitu.

(Ap1 memerlukan kombinasi “bahan b4kar +oksigen+haba”. Salah satu fungsi dinding bangunan tahan ap1 ialah menghentikan kemasukan udara, memadamkan ap1 selepas bahan b4kar habis terb4kar)

Masalah dengan bangunan ini ialah tidak mampu menghentikan kemasukan oksigen kerana terlalu banyak tingkap kaca.

Daripada lebih kurang tiga ratus pekerja yang berada di bangunan itu, kira-kira seratus orang berjaya keluar tanpa keced3raan. Lima puluh lapan orang terbunvh, termasuk beberapa dari bangunan sekitarnya yang turut terb4kar selepas letvpan itu.

Lebih kurang 40 mayat m4ngsa gagal dikenalpasti kerana terb4kar teruk. Upacara pengebumian awam diadakan untuk mereka dan sebuah monumen di Tanah Perkvburan Melrose menandakan kvbur biasa bagi m4ngsa yang tidak dikenali. Monumen granit besar dapat dilihat di bahagian tenggara tanah perkubvran itu.

Namun begitu, dalam kisah tragik ini masih ada kisah insan berhati mulia. Pasukan bomba bandar bersama-sama penduduk sekitar itu sedaya upaya memadam keb4karan dan menyelamatkan m4ngsa yang terperangkap dibawah sisa runtuhan.

Menggunakan kayu sebagai tuas, mereka cuba mengangkat sisa runtuhan dan mengeluarkan m4ngsa sebelum ap1 merebak kearah mereka

Seorang Pastor St. Margaret’s Church yang berada di seberang jalan cuba membantu. Tanpa memperdulikan ap1 marak, asap tebal dan haba yang membahang, pastor ini berjaya mengeluarkan m4ngsa yang terperangkap dan membawa mereka keluar.

Dia berulang alik menyelamatkan m4ngsa sehingga dia sendiri terced3ra semasa bahagian runtuhan bangunan jatuh menimpa dirinya.

Dalam laporan penuh yang dikeluarkan pada tahun 1907, turut menyatakan secara spesifik seorang pekerja bernama Mr. George E. Smith yang kakinya tersangkut pada runtuhan. Walaupun tidak mampu bergerak, dia menggunakan tangannya untuk menyelamatkan seorang anak saudaranya dan Mrs. Lena S. Baker daripada bawah runtuhan. Namun lelaki ini mavt dalam kejadian ini.

Selepas Kejadian

Ia tetap menjadi salah satu tragedi yang paling teruk berkaitan dengan dandang di negara ini. Selepas letvpan dan keb4karan, para perundangan negara membentuk Lembaga Peraturan dandang, undang-undang reka bentuk dandang pertama Amerika Syarikat. ASME Boiler Code (American Society of Mechanical Engineers) dirangka. Ianya piawaian rekabentuk dan pembinaan dandang, untuk mengelakkan kejadian serupa berulang.Selepas letvpan itu, Boot & Shoe Worker’s Union membayar lebih daripada $ 100,000 faedah insurans kepada keluarga yang m4ngsa. R.B. Grover, yang diinsuranskan dengan nilai $ 135,000, mengalami kerugian lebih dari $ 225,000. Syarikat ini diisytiharkan muflis.

Kejadian bencana ini telah merubah lanskap kawasan sekitar. Letvpan kuat meruntuhkan bangunan sekitar.

RUJUKAN:

  1. Stafff reporter (2015) 5 things to learn about R.B. Grover factory tragedy, The enterprise website.
    Retrieved from : https://www.enterprisenews.com/article/20150313/news/150318140
  2. The New York Times (1905) Fifty-five de4d, 14 identified, 45 missing, and 268 employees of the factory accounted for is, in brief, to-night the situation following yesterday’s boiler expl0sion and f1re at the shoe factory of R. B. Grover Co.
    https://www.nytimes.com/1905/03/22/archives/big-public-funeral-for-brockton-victims-death-list-total-55-now-45.html
  3. Kanavan, Derek A (2005) Remembering the 1905 Grover Shoe Factory Explosion, National Board of Boiler and Pressure Vessel Inspectors
    retrieved from : http://www.nationalboard.org/sitedocuments/bulletins/fa05.pdf

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.