Moving Forward As One

Tradisi Pengebumian Orang Viking

2,099

Sama seperti kebanyakan masyarakat di dunia, Viking yakin akan kehidupan selepas mati dan mereka mempunyai tradisi penyemadian yang tersendiri. Di samping pendedahan daripada sumber arkeologi, tradisi sedemikian turut diungkapkan menerusi teks-teks sejarah. Antara catatan paling penting berkenaan tradisi penyemadian Viking ialah penulisan Ahmad ibn Fadlan, salah seorang duta Abbasiyah yang dihantar ke Volga Bulgaria pada kurun ke-10 Masehi.

IKLAN: Patriots baru sahaja melancarkan novel keempat terbitannya. Boleh beli si Shopee kami: http://bit.ly/mahapsiko

Bagi masyarakat Viking, mereka meyakini yang harta dunia boleh dibawa ke alam kematian. Oleh kerana itu, barang persemadian menjadi elemen penting dalam tradisi mereka. Tambahan lagi, mereka meyakini pahlawan-pahlawan yang gugur dalam medan tem-pur akan memasuki Valhalla, iaitu sebuah dewan di Asgard yang boleh diumpamakan seperti syurga buat mereka.

Di sana, mereka akan bersenang-lenang menikmati hidangan yang disediakan, di samping berjuang sehingga tibanya Ragnarok atau pe-rang akhir zaman. Kepercayaan terhadap Ragnarok mendorong mereka untuk menyemadikan pahlawan-pahlawan yang gugur bersama kesemua kelengkapan pe-rang.


Kepercayaan terhadap Valhalla dan Ragnarok mempengaruhi tradisi pengebumian Viking, di mana pahlawan yang gugur akan disemadikan bersama seluruh kelengkapan pe-rang mereka

Selain Valhalla, Viking turut meyakini kewujudan beberapa alam kema-tian yang lain – iaitu Folkvangr (juga khusus buat pahlawan), Helgafjell (khusus bagi mereka yang beramal baik di dunia), dan Helheim (khusus bagi mereka yang beramal buruk di dunia).

Keunggulan Viking sebagai pelaut handalan juga antara faktor yang mempengaruhi tradisi penyemadian mereka. Bagi golongan penguasa dan pembesar, mereka disemadikan di dalam kapal yang ditanam dan ditanda dengan batu-batuan. Kononnya, kapal tersebut bakal memudahkan perjalanan mereka menuju alam kema-tian.

Sementara itu bagi masyarakat umum pula, Viking kebiasaannya disemadikan di dalam bukit, gundukan, atau susunan batu yang membentuk seakan-akan kapal. Tradisi penyemadian mereka sememangnya menumpu pada kapal – sama ada ia ditanam bersama semua muatannya, atau terlebih dahulu dibakar sebelum abunya ditanam bersama mayat mendiang.

Kapal merupakan elemen penting dalam tradisi Viking. Bagi golongan elit, mereka disemadikan di dalam kapal sebenar

Selain kapal, barang persemadian utama dalam tradisi Viking ialah kelengkapan p-erang – yakni senjata dan baju perisai. Cuma, senjata-senjata yang ditemui berkubur bersama mendiang kebiasaannya sudah pun bengkok ataupun rosak.

Lingkungan arkeologi meyakini yang ia secara simbolik menggambarkan betapa mendiang gugur setelah bertem-pur dengan sungguh di medan pe-rang. Di samping itu, penggunaan senjata-senjata seperti itu sebagai barang persemadian dapat mengelakkannya dari dicuri oleh perompak-perompak kubur.

Di samping barang persemadian, Viking juga mengamalkan tradisi mengor-bankan manusia bagi mendampingi pemergian mendiang. Kebiasaannya, individu malang ini dipilih dalam kalangan hamba sahaya. Pelaksanaan upacara kor-ban juga bergantung kepada cara mendiang tadi disemadikan.

Jika mayatnya dibakar, maka hamba yang bakal dikor-bankan juga akan dibakar hidup-hidup. Jika mayat mendiang disemadikan, maka hambanya juga akan disemadikan di sisinya supaya mereka dapat bangkit bersama-sama di alam kema-tian.

Perkuburan di Lindhom, Denmark. Batu-batunya disusun mengikut bentuk kapal

Viking juga meyakini yang roh mendiang boleh kembali ke dunia (disebut draugr) untuk menghantui mereka yang masih hidup. Keadaan sebegini berlaku jika ia tidak dapat bersemadi dengan tenteram. Kononnya, draugr ini boleh menimpakan bala musibah seperti hasil tanaman yang tidak menjadi, kekalahan dalam pe-rang, dan se-rangan wabak penyakit.

Andai situasi sedemikian berlaku, Viking kebiasaannya akan membongkar semula mana-mana kubur baru. Setelah kubur milik draugr yang membuat onar dijumpai, mereka akan menyemadikan semula jasad tersebut bersama barang persemadian yang lebih banyak. Kadangkala, ia diuruskan dengan cara yang lebih kasar – yakni tengkorak mendiang dicabut daripada jasad, konon supaya draugr tadi ma-ti dan tidak lagi dapat membuat kacau.

Di dalam karyanya yang berjudul Risalah, Ibn Fadlan ada mencatatkan perihal istiadat pengebumian seorang pembesar Viking di Volga Bulgaria. Antara ritual yang diungkapkannya adalah berkenaan kor-ban manusia. Menurut beliau, mendiang disemadikan bersama seorang hamba perempuan.

Namun sebelum hamba itu dikor-bankan, beliau terlebih dahulu disuruh melakukan hubungan intim dengan enam lelaki berbeza – kononnya untuk mengutip ‘sari kehidupan’ bagi kegunaan mendiang di alam kematian kelak. Amalan sebegini mungkin sekadar terhad di Volga Bulgaria, namun setidak-tidaknya ia memberikan sumber primer berkaitan tradisi penyemadian Viking – suatu tamadun yang pernah menempa nama khususnya di Zaman Pertengahan.


Tradisi pengebumian Viking juga melibatkan korban manusia. Jika mayat tuannya dibakar, maka hambanya pun akan dibakar hidup-hidup bagi mendampingi pemergian tuannya

TERJEMAHAN
Wu Mingren. (5 Disember 2018). What Really Happened at Viking Funerals? It’s Not What You Think! Ancient Origins.

Ruangan komen telah ditutup.