Moving Forward As One

Tradisi Memburu Bersama Helang Bangsa Mongol

426

PayLater by Grab

Tradisi helang pembu-ru yang sebati dengan budaya Mongol ini dikenali sebagai tradisi sayat dan ia telah pun berusia lebih dari seribu tahun. Genghis Khan dipercayai pernah melibatkan diri di dalam sukan yang dianggap sebagai ‘seni’ di kalangan masyarakat nomad di Kazakhstan hari ini. Bahkan Marco Polo sendiri pernah menggambarkannya.

Dikatakan, semasa era Empayar Mongol, seekor helang dan kuda yang baik memiliki persamaan dari segi harga dan kedua-duanya memberikan nilai prestij kepada pemiliknya. Orang Kazakh mewarisi sukan ini dari nenek moyang Turkik dan Mongol mereka dan mereka telah pun mula mempraktikkannya ketika Kazakh mula muncul sebagai sebuah kumpulan etnik pada abad ke-15.

Helang pembu-ru pada asalnya hanya dikaitkan sebagai sejenis aktiviti golongan elit. Menjadi satu kebiasaan sekiranya kelas pemerintah seperti seorang Khan akan memiliki beberapa ekor helang pembu-ru dan juga puluhan spesis burung pemang-sa yang lain.

Hari ini ia hanya dipraktikkan sebagai salah satu daya tarikan bagi pelancong di Kazakhstan dan Kyrgyzstan. Manakala di beberapa tempat lain, ia terus hidup dan diamalkan sebagai bidang pekerjaan di wilayah-wilayah yang didominasi etnik Kazakh di barat Mongolia.

Di sana, pembu-ru kebiasaannya akan membu-ru musang dan tupai tanah untuk mendapatkan bulu dan daging mereka. Di Kazakhstan, budaya helang pembu-ru dihidupkan semula. Kejohanan sayat diadakan pada setiap tahun di Ekan Tau (150 kilometer dari Almaty).

Helang biasanya dilepaskan untuk membu-ru rusa, musang, atau binatang-binatang kecil yang lain, helang akan terbang mencari sasaran kemudian meluncur ke arah mereka dan jika perlu, helang akan membu-nuh mereka.

Tetapi selalunya ia juga mampu membu-nuh serigala yang masih muda. Kadang-kadang helang akan berbu-ru secara berpasangan, seperti yang mereka lakukan di alam liar. Burung helang amat jarang gagal menangkap mang-sanya, mereka juga kebiasaannya akan segera membu-nuh mang-sa mereka dengan cara mematahkan leher menggunakan cakarnya yang sangat kuat.

Aksi menarik seorang pembu-ru Kazakh bersama helangnya

Penggunaan helang pemang-sa untuk membu-ru serigala lazimnya dilakukan di Asia Tengah. Orang Kyrgyz secara tradisinya menggunakan helang emas, yang dikenali sebagai berkut, untuk membu-ru serigala.

Pada masa yang lalu, serigala merupakan haiwan yang penting kerana mereka menyediakan bahan untuk membuat pakaian yang sangat penting untuk kelangsungan hidup orang-orang nomad ketika menghadapi musim sejuk yang teruk. Burung helang digunakan untuk melum-puhkan serigala dengan meletakkan sebelah kakinya di bahagian belakang leher dan kaki yang lain di bahagian rusuk yang lebih dekat dengan jantung dan paru-paru.

Pembu-ru biasanya hanya menggunakan helang terhadap anak serigala, kerana serigala dewasa mampu mendominasi pertem-puran walaupun helang yang digunakan sangat berpengalaman. Sekiranya helang kehilangan walau satu jari kaki, ia telah mengurangkan keupayaan helang dengan begitu ketara untuk menundukkan mang-sanya.

Helang emas digunakan oleh pembu-ru helang Kazakhstan. Ia merupakan spesis burung helang yang besar dengan lebar sayap hingga dua setengah meter (lapan kaki). Sesetengah helang ada yang terlalu besar sehingga pembu-ru mereka terpaksa bergelut untuk mengawalnya.

Selepas merdeka dari pemerintahan Soviet pada tahun 1991, helang emas dijadikan sebagai simbol kebangsaan bagi negara Kazakhstan. Kerana itulah kita boleh melihat imej burung helang emas berada pada bendera kebangsaan Kazakhstan.

Seekor helang emas yang berkualiti bernilai $ 12,000 atau lebih dan berupaya untuk membu-ru selama 30 tahun atau lebih. Kebanyakan pembu-ru yang melatih dan memelihara beberapa ekor helang di sepanjang hayatnya, kebiasaanya akan melepaskan ia ke alam liar selepas melebihi 10 tahun. Helang emas adalah helang pembu-ru yang mahir, bahkan dikatakan mengatasi keupayaan helang botak yang digunakan di Amerika Syarikat.

Helang emas adakalanya boleh menjadi sangat berbahaya.  Kadang-kadang mereka boleh bertindak di luar kawalan dan bahkan membahayakan pemiliknya. Helang emas telah diketahui pernah melepaskan kemarahan mereka kerana perbu-ruan yang gagal terhadap pemilik atau kudanya. Bahkan pernah ada laporan tentang pembu-ru yang kehilangan mata akibat dise-rang helang emas.

Bendera kebangsaan Kazakhstan

Seorang pembu-ru yang menggunakan helang akan dikenali sebagai berkutchi. Mereka melaksanakan pembu-ruan dengan menunggang kuda. Objektif utama seekor helang pembu-ru sangat ringkas, iaitu menangkap mang-sa dan mencengkamnya untuk satu tempoh yang cukup lama sehingga pembu-ru tiba dan memu-kul mang-sanya sehingga ma-ti.

Helang akan diberikan sepotong daging sebagai upah bagi setiap perbu-ruan yang berjaya. Mata helang akan ditutup ketika mereka tidak membu-ru agar helang kekal dalam keadaan yang tenang. Semasa membu-ru di musim sejuk, ketika suhu menurun hingga ke empat puluh darjah celsius ke bawah, helang akan diselimuti dan dibalut dengan kulit dan kain berbulu agar ia kekal merasa hangat.

Cara Menjinakkan Helang

Helang dijinakkan dengan menambat bahagian pergelangan kakinya dengan tali kulit dan diikat pada blok kayu. Setiap kali helang itu cuba terbang, ia akan terbalik.  Selepas kira-kira dua hari, helang itu akan keletihan dan menjadi jinak. Ia kemudian boleh didekati dan dilatih untuk terbang pergi dan kembali oleh berkutchi.

Helang muda biasanya ditangkap ketika berusia sekitar dua tahun.  Untuk menangkap seekor helang, seorang berkutchi akan membuat pe-rangkap yang biasanya dalam bentuk jaring tenunan tangan, tujuh batang kayu, tiga ekor arnab beku dan seekor gagak hidup. Jaring akan digantung menggunakan batang yang dipacak.

Ketika helang meluncur ke bawah untuk mengambil umpan yang disediakan, ia akan menakut-nakutkan gagak yang ditambat pada jaring hinggalah jaring itu dijatuhkan lalu memerangkap sang helang.

Latihan seekor helang pembu-ru memakan banyak masa, biasanya sekitar tiga hingga empat tahun dan ia mestilah hanya dilakukan oleh seorang berkutchi sahaja serta memerlukan penjagaan harian yang berterusan secara konsisten.

Apabila helang hampir dewasa, pelatih akan memperkenalkan ia dengan kulit binatang dan jenis bulu yang mahu dibu-ru sehingga helang terbiasa dengan bau dan ciri-ciri mang-sa. Semua ini akan dilakukan dengan arahan khas.

Latihan diteruskan dengan mengheret bulu musang yang diikat di belakang kuda yang berlari. Tidak semua helang boleh dilatih dengan begitu baik, tetapi lazimnya semua helang akan menunjukkan kesetiaan yang tinggi.

Walaupun tidak ditambat, mereka akan sentiasa kembali atau terus menunggu pemiliknya setelah berjaya menyambar mang-sanya. Seorang berkutchi yang mahir adakalanya boleh mengarahkan helang untuk membu-nuh mang-sanya dengan hampir tidak meninggalkan sebarang kesan cakaran pun pada bulunya.

Aksi seekor helang emas Mongol mengejar seekor musang
Musang dibu-ru atas keperluan kulitnya untuk membuat pakaian musim sejuk

Kebanyakan golongan konservatif di Kazakhstan menganggap helang pembu-ru sebagai simbol silam budaya nomad negara mereka dan tradisi peninggalan era yang sering diromantiskan dengan Empayar Mongol sebelum wilayah padang rumput ini berubah menjadi medan pertem-puran geopolitik di antara kuasa wilayah setempat yang bersaing dengan ideologi Rusia dan China.

Dua dekad pertumbuhan ekonomi yang menyusuli kemerdekaan Kazakhstan dari pemerintahan Kesatuan Soviet pada tahun 1991 juga telah mewujudkan generasi muda Kazakh dan Mongol yang tercari-cari identiti baru lalu mendorong mereka untuk meneroka sejarah mereka dengan lebih mendalam. Semasa zaman pemerintahan Soviet, semua keunikan ini telah dilupakan kerana setiap rakyat harus patuh kepada prinsip-prinsip komunisme.

Ruangan komen telah ditutup.