Pulau Hawaii merupakan kepulauan yang asing daripada 130 buah pulau yang lain. Dalam konteks ini, Pulau Hawaii terletak lebih daripada 1500 batu daripada Lautan Pasifik. Pada masa yang sama, di Kepulauan Hawaii juga terdapat satu suku kaum yang dikenali sebagai Kapu. Pulau Hawaii merupakan lokasi terletaknya pangkalan tentera Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Pearl Harbor.

Sehubungan dengan itu, Kapal Arizona merupakan kapal perang yang menjadi kemegahan Amerika Syarikat.  Arizona merupakan kapal perang yang canggih pada zamannya. Hal ini dikatakan demikian kerana, Arizona dilengkapi dengan meriam , boleh memuatkan bilangan tentera yang ramai dan memiliki kelajuan yang tinggi.

Foto 1 : Kapal Perang Amerika Syarikat Arizona

Serangan Jepun ke atas Pearl Harbor

Serangan tentera udara Jepun ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat Pearl Harbor bermula pada pukul 7:56 minit pagi pada 7 Disember tahun 1941. Dalam konteks ini, serangan ini diketuai oleh Kapten Fuchida yang merupakan juruterbang terbaik Jepun dengan kod serangan “ Tora,Tora,Tora” menjelaskan kepada para tenteranya bahawa operasi Z telah dimulakan di Pearl Harbor yang merupakan serangan kejutan ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Pearl Harbor.

Dalam hal ini, tentera udara Jepun telah melalui ruang udara Pearl Harbor. Sasaran mereka ialah untuk memusnahkan angkatan laut Amerika Syarikat yang terletak di Pelabuhan Pearl Habour.  Hal ini menyebabkan 5 buah kapal perang Amerika Syarikat telah terkena serangan.

Pesawat-pesawat Jepun semakin mara secara berkumpulan selepas beberapa minit setelah bermulanya serangan. Setelah dibom secara berterusan maka 2 buah kapal perang Amerika Syarikat telah berjaya dikaramkan oleh pesawat-pesawat Jepun.

Foto 2: Kapten Mitsuo Fuchida

Pada jam 8:35 minit pagi 2 buah lagi kapal perang Amerika Syarikat telah terbalik dan 2 buah lagi mengalami kerosakan yang amat teruk.  Kemudiannya, kapal perang ke -7 yang dikenali sebagai Nevada yang sedang bergerak juga telah diserang dan menyebabkan kapal tersebut terpaksa berlabuh.

Seterusnya pesawat Jepun yang dikenali sebagai “zero” telah melakukan serangan terhadap pesawat Amerika Syarikat di ruang udara Pearl Harbor. Dalam kejadian yang sama sekumpulan pesawat Jepun telah menembak balai-balai dan pesawat-pesawat yang tidak dipandu berdekatan perlabuhan Pearl Harbor.

Foto 3: Pesawat Tentera Udara Jepun “Zero”

Kenapa serangan dilakukan pada hari Ahad ?

Yamamoto merancang serangan ini secara teliti iaitu memiliki badan penyiasat bagi mengetahui keadaan sebenar di Pearl Harbor. Dalam hal ini, menurut laporan perisikan maklumat menyatakan bahawa lazimnya pada hari ahad ramai orang Amerika menghabiskan masa hujung minggu mereka di perlabuhan Pearl Harbor dan hari ahad juga merupakan hari cuti bagi para tentera Angkatan Laut Amerika Syarikat.  

Hal ini menyebabkan mereka tidak bersedia bagi menghadapi serangan. Pada masa yang sama , pihak Jepun juga berpendapat Bahawa Amerika Syarikat merupakan sebauh negara yang mencari kenikmatan dan tidak berani menangung korban yang tinggi.

Serangan awal sebenarnya bermula di Teluk Bantan yang terletak di uatara Pulau Kurle dan mereka bertolak lebih awal iaitu 26 November 1941. Mereka juga mengisi minyak selepas beberapa hari dalam perjalanan. Craig Nelson dalam bukunya Pearl Harbor From Infarmy to Greatness beliau menyatakan bahawa:

“ At 0830, Nagumo’s Kido Butai finished her last refuelling,left her slow moving oilers behind ,and began ratcheting up to a full speed bore straight south toward Oahu,her tombstone gray the flag of a bloodred sun”

Gelombang pertama Angkatan Udara Jepun setelah itu tiba di Hawaii dan melakukan serangan terhadap pangkalan tentera Amerika Syarikat Pearl Harbor serangan yang berlangsung selama 2 jam 15 minit itu telah membawa banyak kemusnahan.

Serangan Jepun terhadap Pearl Harbor telah menyebabkan seramai 2,335 orang Amerika terkorban .Serangan ini telah memberi tamparan yang hebat kepada Amerika Syarikat kerana jepun mengangu harimau yang sedang tidur. Pada keesokan harinya pada 8 Disember 1941 Presiden Amerika Syarikat telah menyistiharkan perang terhadap Jepun. Berikut merupakan teks ucapan Presiden Amerika Syarikat Franklin D Roosevert dalam menyistiharkan perang terhadap Jepun pada 8 Disember 1941.

“ Yesterday December 7 1941 a date with will infarmy.The United State of Amerika was deliberately acttacked by naval and air force of the empire Japan.

The United State was peace with that nation and at the solicitation of Japan was still in conversation with it’s emperior looking toward the maintanance of peace in the pasific.Indeed, one hour after japanese air squadrons had commenced bombing in the A,erican Island of Oahu,the Japan ambossador to the United State and his colleague dilivered to our secretary of state a formal reply to a recent American massage and while this reply stated that it seems useless to continue the existing diplomatic negotiations,it contained no threat ot hint of war or of armrd attact.

The attack yesterday on Hawaii Islands had caused severe damage to American Naval and military forces .I regret to tell you that very many American lives here been lost .In Addition American Ships have been reported torpedoed on the hight seas between San Francisco and Honolulu.

I ask that the congress declare that since the unprovoked and dastardly acttack by Japan on Sunday December 7 1941, a state of war has existed between the United State and Japanese Empire”

                                                                                                (Franklin D Roosevert)

Foto 4: Amerika Syarikat istiharkan perang terhadap Jepun

Kesan serangan Pearl Harbor terhadap Jepun

Terdapat beberapa akibat yang perlu ditangung oleh Jepun setelah melancarkan serangan terhadap pangkalan tentera Amerika syarikat Pearl Harbor di Hawaii. Antaranya ialah Amerika Syarikat telah membekukan aset kewangan antarabangsa Jepun. Selain itu, Amerika syarikat juga telah menyekat kemampuan negara Jepun untuk membeli minyak.Apa yang lebih dasyat lagi setelah 4 bulan serangan Pearl Harbor, Tentera Udara Amerika Syarikat telah melancarkan serangan di Bandar Tokyo berhampiran istana Maharaja yang membawa kepada kerosakan.

Namun bergitu, tentera Jepun terus mara menguasai Asia Tenggara kemudiannya mereka terpaksa memerdekakan atau meninggalkan tanah jajahan mereka kerana menghadapi tekanan yang dasyat daripada pihak bersekutu. Pada 6 dan 9 ogos 1945 Hiroshima dan Nagasaki telah digugurkan bom atom oleh Amerika Syarikat yang dikenali Little Boy dan Fat Man. Seterusnya Jepun menyerah kalah kepada pihak bersekutu pada 2 September 1945 di atas sebuah kapal yang dikenali USS Missouri. Sehubungan dengan itu, peristiwa tersebut membawa kepada berakhirnya perang dunia kedua.

Foto 4 : Jepun Menyerah kalah kepada pihak bersekutu pada 2 September 1945

Rujukan

Craig Nelson.2016.Pearl Harbor From Infarmy to Greatness.

Britian:The Orion Publishing Group Ltd. 

Gilbert,Martin.2009.The Second world war.Blackstone Audio

Warner Gruhl.2007.Imperial Japan’s World War Two 1931-1945.New York:Roulege

Artikel sumbangan Azizan Che Man untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.