Dalam era moden ini, ten.te.ra khususnya pasukan khas memakai topeng setiap kali terlibat dalam operasi rahsia. Pemakaian topeng bertujuan untuk melindungi identiti mereka daripada diketahui pihak musuh. Tetapi untuk artifak serpihan topeng yang dijumpai di Hadrianopolis, ia lebih kepada artistik dan untuk tujuan latihan.

Rajah 1: Pengkaji arkeologi menunjukkan serpihan topeng yang dijumpai di Hadrianopolis. Sumber: Ahmet Ozler/Anadolu Agency/Getty Images

Penemuan yang dibuat oleh sekumpulan pengkaji arkeologi dari Universiti Karabuk ini mengesahkan bahawa wilayah ini merupakan sebahagian daripada jajahan takluk Rom. Hadrianopolis yang terletak di Paphlagonia berhampiran Eskipazar, Karabuk merupakan bandar garison ten.te.ra Rom semasa empayar tersebut berkuasa.

Kerja-kerja ekskavasi di kota berkenaan sejak 2003 mendedahkan pelbagai penemuan menarik termasuk 14 buah struktur lama. Antara struktur tersebut ialah dua tempat mandi, dua buah gereja, sebuah teater dan sebuah vila dengan dataran – tempat serpihan topeng itu ditemui.

Hadrianopolis mula dikenali dalam dunia arkeologi menerusi penemuan mozek-mozek di dua gerejanya. Mozek-mozek ini bukan sekadar memaparkan imej haiwan tetapi imej dua buah sungai iaitu Sungai Euphrates dan Sungai Tigris. Selain itu, ia turut dikenali sebagai tempat kelahiran dua santo Kristian iaitu Alypios the Stylite dan Stylianos of Paphlagonia.

Rajah 2: Tapak kota Hadrianopolis dari pandangan udara. Sumber: Ahmet Ozler/Anadolu Agency/Getty Images

Pengkaji arkeologi percaya serpihan topeng ini merupakan sebahagian daripada topi keledar ten.te.ra berkuda Rom yang digunakan semasa latihan sukan berkuda atau hippika gymnasia dalam Bahasa Latin. Topi keledar ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu topeng muka, pengikat dahi dan pelindung telinga dan leher di setiap bahagian.

Acara sukan berkuda ini dilihat bukan sekadar memantapkan kemahiran ten.te.ra mengendalikan kuda. Tetapi ini juga merupakan peluang menonjolkan kemahiran mereka kepada orang ramai. Satu contoh topi ini ialah Topi Keledar Nijmegen yang dijumpai di Nijmegen, Belanda pada 1915.

Mengikut sejarawan Yunani Arrian, dalam hippika gymnasia, penunggang dikelaskan mengikut pangkat atau keupayaan mereka mengendalikan kuda. Penunggang hebat biasanya memakai topi keledar besi atau gangsa yang disadur dengan emas bagi menarik perhatian penonton. Tidak seperti topi besi biasa, ia bukan saja melindungi wajah penunggang tapi menunjukkan rupa sama dalam kalangan mereka.

Setakat artikel ini ditulis, kerja-kerja ekskavasi masih berjalan di Hadrianopolis. Mengikut pasukan pengkaji, artikel kecil akan dibawa ke muzium untuk dibersihkan dan dipulihara sebelum dipamerkan. Manakala artifak atau struktur yang tidak dapat dipindahkan akan terus dipulihara sementara ia dikeluarkan. Ini sebagai persiapan pihak kerajaan Turki untuk menjadikannya sebagai satu lagi tarikan pelancong di Karabuk.

Kalau anda berminat dengan sejarah Tamadun Rom, bolehlah membeli buku terbaru kami, KITAB TAMADUN ROM yang sedang ada promosi di Shopee. Boleh beli di: bit.ly/30VoLai

RUJUKAN

Randall, I. (2021, 23 November). Roman soldier’s cavalry FACE MASK dating back 1,800 years is uncovered in Turkey, confirming the existence of the Roman Empire in the region. Daily Mail.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.