Top 5 Peristiwa Geopolitik (Februari 2019)

91

Pejam celik pejam celik, dah Februari dah.

Berikut ialah “Top 5” peristiwa geopolitik paling signifikan bagi Februari 2018.

1. Persidangan Trump-Kim Kedua

Perjumpaan kedua antara Donald Trump dan Kim Jong-un ini diadakan sebagai susulan kepada pertemuan bersejarah pada Jun tahun lepas.

Tujuannya adalah untuk membincang langkah-langkah untuk mencapai hasrat penghapusan nuklear (denuclearization) di Semenanjung Korea seperti yang dinyatakan pada persidangan pertama.

Tapi macam aku kata, Kim Jong-un sebenarnya sekadar memberi “lips service” kepada agenda denuclearization. Tak kan dia cari nahas dengan menghancurkan punca kekuatan sendiri.

Justeru, persidangan kali ini hanya gempak dari segi publisiti, tapi tiada apa-apa hasil konkrit tentang “denuclearization”.

2. Ketegangan India-Pakistan

Hubungan India dan Pakistan berada dalam keadaan paling tegang sejak tahun 2002 selepas Pakistan menembak jatuh 2 pesawat tempur milik India di Kashmir, kawasan yang menjadi punca perbalahan India-Pakistan sejak Pembahagian India tahun 1947 yang melahirkan kedua-dua negara.

Seperti tahun 2002, insiden kali ini juga berpunca daripada serangan teroris di Kashmir. Pada 14 Februari, 46 anggota polis India terbunuh apabila serangan teroris berlaku di Peristiwa serangan di Pulwama, kawasan Kashmir yang dikawal India.

Susulan itu, India memasuki kawasan Kashmir yang dikawal oleh Pakistan untuk memburu teroris, sambil menuduh Pakistan sebagai dalang. Maka terjadilah insiden tergempak ini.

Ramai melihat insiden ini sebagai percubaan Narendra Modi (PM India) untuk meraih sokongan untuk PRU India pada April atau Mei nanti.

Tapi disebabkan kedua-dua India dan Pakistan ialah pemilik senjata nuklear, tak kira siapa menang, kedua-dua akan jadi abu. Jadi satu dunia minta India dan Pakistan masing-masing mengawal diri dan cool down.

“Crisis is opportunity”. Imran Khan, PM Pakistan pula menangani krisis ini dengan bergaya sekali. 
Selain menunjukkan ketegasannya dalam isu kedaulatan, Imran juga memenangi “moral high ground” dengan menawar dialog kepada India. Ini membantu menaikkan populariti Imran yang semakin menurun akibat kehampaan rakyat terhadap “Naya Pakistan” (Pakistan Baharu) di bawah Imran.

3. Pelanjutan Tempoh Gencatan Senjata Perang Perdagangan US-China

Satu-satunya berita positif dalam Top 5: gencatan senjata perang perdagangan US-China selama 90 hari yang sepatutnya tamat pada 1 Mac 2019 telah dilanjutkan.

Menurut Trump, proses perundingan US-China berjalan dengan rancak dan kemungkinan US dan China akan capai “deal” untuk menamatkan perang tersebut.

Masa semakin suntuk bagi Trump untuk melaksanakan salah satu janji utamanya semasa kempen tahun 2016 iaitu mencapai “fair deal” dengan China dalam hal perdagangan. Trump nak dapatkan “result” sebagai persiapan bagi pilihanraya presiden tahun depan.

Apa pun, market boleh bernafas seketika daripada pertembungan dua ekonomi terbesar dunia ini.

4. Kontroversi Huawei Menemui “Turning Point”

Sejak Ogos 2018, negara-negara Five Eyes (US, UK, Kanada, Australia, New Zealand) telah mendesak negara-negara lain untuk menyekat Huawei daripada mendapatkan kontrak penyediaan infrastruktur teknologi 5G kerana takut China guna 5G untuk mengintip.

Namun pada 18 Februari, UK mengeluarkan kenyataan bahawa Huawei tidak memberi ancaman. PM New Zealand, Jacinda Ardern juga tengah mempertimbangkan untuk menggugurkan sekatan NZ ke atas Huawei.

Satu kemenangan moral kepada Huawei. Reng Zhengfei, pengasas Huawei dalam satu wawancara telah menyatakan bahawa US tidak akan berjaya menghancurkan Huawei.

5. Kejatuhan ISIS dan Kontroversi Shamima Begum

Perkampungan terakhir ISIS (Islamic State of Iraq and Syria) di Baghuz, Syria diserang oleh pasukan Syrian Democratic Force (SDF) dengan sokongan US. Tinggal masa saja entiti bernama ISIS akan terhapus dari atas muka bumi.

Tapi masih terlalu awal untuk bergembira. Masalah sekarang, bagaimana nak menangani beribu-ribu bekas ahli ISIS termasuk golongan “ISIS bride” (wanita yang meninggalkan negara masing-masing ke Syria untuk mengahwini pejuang ISIS) dan anak-anak mereka.

Dilema antara kemanusiaan dan keselamatan jelas terlihat dalam kes yang membabitkan warga UK bernama Shamima Begum. Walaupun Shamima merayu untuk kembali ke UK, tapi kerajaan UK telah melucutkan kewarganegaraannya atas penglibatan Shamima dalam ISIS.

Yang lagi merisaukan, bekas pejuang-pejuang ISIS ini bertebaran merata-rata dan mungkin akan membentuk ancaman baru.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.