Top 10 Professor-Professor Hogwarts

1,074

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Hogwart merupakan sebuah institusi pendidikan bagi ahli sihir. Intitusi ini memuatkan seramai berbelas-belas guru bagi mengajar subjek-subjek yang diperlukan. Penulis ingin menyatakan profesor-profesor yang hanya dilihat di dalam filem, kerana di dalam novel, ia diceritakan dengan lebih teliti.

Tempoh hari, penulis membuat undian bagi siapakah Profesor Yang Paling Disukai di grup peminat Harry Potter antarabangsa. Jadi, penulis akan memberi sedikit keterangan siapakah Profesor Yang Paling Disukai dan penulis sendiri akan cuba merungkaikan mengapa yang itu pertama, tengah dan terakhir.

11. Dolores Umbridge

Bagi peminat siri Harry Potter sama ada novel ataupun filem, kalian tentunya pernah dengar nama makhluk gempal yang amat menyukai warna merah jambu ini. Diarahkan oleh Cornelius Fudge, Umbridge ditugaskan untuk menjadi profesor menggantikan Profesor Lupin sebagai guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam.

Umbridge juga sangat menitikberatkan Ordinary Wizarding Level Examination atau O.W.L dan tidak suka akan bantahan terhadapnya. Baginya, hanya dia yang betul dan tepat, pendapat orang lain adalah salah semata.

Seorang yang tegas dan tidak menyukai keseronokan seperti mengharamkan penggunaan ‘permainan’ Weasly, dia menjadi watak paling dibenci antara semua watak, termasuklah Lord Voldemort yang kejam.

10. Quiness Quirell/Gilderoy Lockhart

Dua guru ini hanya muncul sekali sahaja di dalam filem. Quiness Quirell di dalam Harry Potter and Sorcerer Stone serta Gilderoy Lockhart di dalam Harry Potter and Chamber Of Secret.

Memang sebermulanya cerita ini, ramai yang sudah menanam kebencian kepada Severus Snape memandangkan dia ‘didakwa’ menyihir batang penyapu Harry Potter sewaktu Quidditch Cup. Rupa-rupanya, ia adalah kerja Quiness Quirell yang hidup bertuankan Voldemort. Kemaruk dengan kuasa, profesor gagap tak sedar diri itu sanggup menjadikan badannya untuk ditumpang Voldemort.

Selain itu, bagi Profesor Gilderoy Lockhart yang hidup dalam penipuan, dibenci kerana sikapnya yang suka ambil lewa dan sanggup menyihir orang lain demi mendapat nama sebagai ahli sihir terhebat.

Ada khabar angin mengatakan bahawa Dumbledore sebenarnya memang tahu akan ‘penipuan’ Lockhart namun diambilnya juga untuk membuktikan bahawa dia seorang penipu.

9. Mad-Eye Moody

Nama asalnya ialah Alastor Moody. Yang ‘real’ hanya keluar dua scene sahaja, pertama sewaktu dia dijumpai oleh Dumbledore, McGonagall dan Snape di dalam sebuah peti yang sangat dalam di pejebatnya.

Kedua, di awal Harry Potter and Deathly Hallows ketika mengarahkan semua ahli Dumbledore Army untuk menyamar seperti Harry Potter dalam mengelirukan Death Eater.

Yang tiruan punya, menggunakan Polyjuice Potion, Bartemius Crouch Jr. atau Barty Crouch Jr. menyamar menjadi Alastor Moody dalam menjalankan hasrat menemukan Harry Potter dan Lord Voldemort di dalam Harry Potter and Goblet Of Fire.

8. Sybill Trelawney/Pomona Sprout

Penulis meletakkan dua profesor ini sekali gus kerana undian yang mereka dapat hampir sama jumlahnya. Trelawney mengajar subjek Peramalan manakala Sprout mengajar Herbalogi. Trelawney ialah guru rumah Ravenclaw manakala Sprout pula ialah ketua rumah Hufflepuff.

Mereka jarang muncul dan hanya membuat kemunculan dalam beberapa scene sahaja. Dan mereka semua tidak menampakkan diri sewaktu Battle Of Hogwart kecuali Profesor Sprout sekilas lalu.

7. Profesor Flitwick

Profesor Flitwick muncul lebih banyak scene berbanding Sprout dan Trelawney. Kemunculan pertama sewaktu dia mengajar tahun pertama Harry Potter berkenaan sihir keapungan atau Wingardium Leviosa.

Dia juga turut muncul sewaktu koir kodok, dan Battle of Hogwart dalam membuat pertahanan sihir tahap tinggi. Dia merupakan separuh elf-separuh manusia dan ketua rumah Ravenclaw.

Bukan setakat guru sihir, dia juga seorang guru yang bertugas dalam subjek koir kodok.

6. Horace Slughorn

Bekas profesor Hogwart yang dahulu kembali semula apabila didesak oleh Dumbledore. Horace merupakan ketua rumah Slytherin, dia satu zaman dengan kewujudan Tom Riddle.

Horace merupakan seorang posyen master dan merupakan watak penting dalam Harry Potter and Half-Blood Prince, di mana dia yang menolong Harry dan Dumbledore dalam mengenalpasti tentang Tom Riddle di waktu remajanya semasa sekelas dengan Profesor Horace, sewaktu mabuk di pondok Hagrid.

Horace Slughorn juga muncul dalam Harry Potter and D3athly Hallows Part 2 sewaktu dia menggunakan sihir pelindung tahap tinggi (Protego Maxima, Fianto Duri, Repello Inimicum) bersama Profesor Flitwick dan Molly Weasly dalam mempertahankan Hogwart dari diserang Lord Voldemort dan D3ath Eater.

5. Rubeus Hagrid

Penulis rasa dia dapat markah tinggi bukan kerana dia seorang guru, tetapi kerana dia sahabat rapat Harry Potter. Namun, dia sempat menjadi guru kepada subjek Care Of Magical Creatures atau Penjagaan Makhluk Magis menggantikan Profesor Grubbly-plank.

4. Remus Lupin

Lupin merupakan seorang serigala jadian yang berubah apabila bulan penuh.

Dia seorang yang nampak mesra dan sangat menyayangi Harry Potter memandangkan dia merupakan sahabat baik James Potter. Dia dikenali sebagai seorang yang suka menenangkan orang lain dengan coklat.

Dia mengajar subjek Pertahanan Ilmu Hitam dan antara watak dominan dalam Hary Potter and Prisoner Of Azkaban. Dia juga yang mengajar Harry perihal dementor dan sihir Patronus, sihir paling sukar.

3. Albus Dumbledore

Ramai yang kurang bersetuju, namun inilah keputusannya. Dumbledore merupakan seorang profesor Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam ( Boleh rujuk Fantastic Beast and Crime Of Grindelwald ) dan juga profesor Transfigurasi sebelum menaiki jawatan yang lebih tinggi, Pengetua Hogwart itu sendiri.

Dumbledore merupakan seorang yang sangat bijak, mempunyai stail tersendiri dan hebat. Sebagai pemegang tongkat sihir The Elder Wand setelah mengalahkan Gellert Grindelwald, dia juga seorang musuh utama Lord Voldemort dalam mencapai usaha menguasai dunia ahli sihir.

Dumbledore mati setelah terkena sihir Avada Kedavraa dari Snape sebagai salah satu cara bagi menghalang pembunuhan Draco Malfoy oleh Lord Voldemort.

2. Severus Snape

Meskipun memberi impak kuat dalam kalangan peminat Harry Potter, Severus Snape masih menduduki tangga kedua memandangkan masih ada yang membencinya kerana sikapnya yang agak kejam kepada Harry ( dalam skop kemarahannya pada James Potter ).

Snape merupakan ketua rumah Slytherin dan orang kepercayaan Dumbledore. Dia seorang yang pendiam dan tidak gemar senyum. Dia juga suka menolak markah rumah lain.

Severus Snape mengejutkan peminat seluruh dunia apabila peminat mengetahui bahawa dia mempunyai kaitan dengan kisah lama Harry Potter, kecintaannya pada Lily Evans. Kata yang paling diingati ialah Always..

1. Minerva McGonagall

McGonagall ialah ketua rumah Gryffindor. Seorang yang tegas tetapi masih mempunyai hati keibuan, dia sangat menitikberatkan soal dan hal ehwal pelajarnya. Dia diminati oleh ramai peminat Harry Potter memandangkan dia seorang yang bersih dari apa-apa propaganda, skandal dan sebagainya.

Peminat juga suka apabila melihatkan dia bergaduh dengan Umbridge dan mempertahankan Trelawney apabila dia dipecat oleh Umbridge dalam Harry Potter and Order Of Phoenix.

McGonagall juga dilihat hebat sewaktu bertarung dengan Snape dan apabila menggunakan sihir ‘ Piertotum Locomotor’ sewaktu mengerakkan pelindung Hogwart, pahlawan tanah liat.

Antara ayat terkenal dari McGonagall ialah,

“Babbling bumbling band of baboons.”

“I’ve always wanted to use that spell.”

Jadi, apakah pula pendapat kalian? Berlainan dengan undian peminat Harry Potter antarabangsa?

Artikel dikirimkan oleh MYPotterHead untuk The Patriots. 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.