Tony Hawk: Kisah Pemain Papan Luncur Berusia 50-an

0
556
views

Siapa tidak kenal Tony Hawk? Beliau adalah salah seorang pemain papan luncur yang professional tahap lagenda untuk peminat papan luncur. Ramai juga kenal beliau melalui permainan video-permainan video papan luncur yang diletakkan namanya iaitu Siri Tony Hawk Pro Skater, Siri Tony Hawk Underground, Tony Hawk Downhill Jam, Tony Hawk American Wasteland dan macam-macam lagi.

Sebagai salah seorang yang bermain papan luncur juga, saya memang minat dengan beliau kerana kecekapan dan permainan beliau dan kawalan papan luncurnya ketika di atas udara, memang mengagumkan. Beliau digelar sebagai “Birdman” malahan, gelaran ini lahir kerana beliau merupakan salah seorang pemain papan luncur terawal membuat banyak aksi di udara dan majoriti aksi-aksi papan luncur udara adalah daripada beliau (Rodney Mullen banyak mencipta aksi di atas jalan). Beliau kini sudah berumur 50 tahun dan video terbarunya dalam RIDE Channel, beliau membuat 50 aksi di udara. Seolah-olah angka 50 itu sekadar nombor, dan tubuihnya masih lagi berusia 30-an.

Jetpack Langkawi

Antara aksi yang turut dikaitkan dengan Tony Hawk ialah kemampuannya bmembuat salah satu aksi papan luncur yang dikatakan susah dan memerlukan momentum yang tinggi iaitu 900. Aksi 900 ini ialah aksi dimana pemain papan luncir ini akan “terbang” dan membuat 2 setengah pusingan di atas udara (900 itu adalah 900 darjah di mana separuh pusingan ialah 180, pusingan penuh 360, pusingan satu setengah 540, dua pusingan 720 dan dua setengah pusingan ialah 900).

Tidak ramai pemain papan luncur boleh melakukan aksi ini kerana anda perlu melawan graviti untuk seketika dan pusingannya kena laju dan tepat ke tempat tanat ketika mendarat. Aksi ini memang merbahaya kerana dengan momentum yang tinggi dan kelajuan pusingan, pemain boleh terlepas papannya dan terjatuh dan mungkin mengakibatkan kecederaan.

Aksi 900 ini pertama kali dilakukan oleh beliau pada pertandingan X Games 1999 dimana beliau berjaya buat aksi ini dihadapan hampir 30,000 penonton dan ia adalah salah satu kejayaan besar dan aksi yang paling mendebarkan serta teruja untuk pemain papan luncur, malah professional juga tidak ramai boleh melakukan aksi ini.

17 tahun selepas pertama kali aksi 900 dibuat oleh beliau, beliau yang ketika itu berusia 48 tahun ingin mencuba lagi aksi 900 ini. Beliau mencuba hampir berbelas kali sehinggalag beliau berjaya. Beliau dikatakan penain papan luncur tertua yang berjaya membuat aksi 900 ini pada usia 48 tahun. Menurut salah satu temu ramahnya, berkemungkinan adalah aksi 900 terakhir beliau akan buat.

Jadi, apa pengajaran kita dapat di sini? Percubaan beliau untuk berjaya membuat aksi 900 pada usia 48 tahun ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita bahawa usia hanyalah nombor sahaja. Malah kita kena usaha untuk berjaya. Bukan duduk diam dan mengharap bantuan orang lain untuk menggerakkan kita.

Tony Hawk sudah berkecimpung dalam papan luncur sejak usianya 9 tahun dan usahanya menjadi salah satu ikon papan luncur dalam sejarah papan luncur. Usaha beliau tidak terhenti di situ apabila beliau membuat 50 aksi berbeza ketika usianya 50 tahun. Usaha dan kesungguhan beliau untuk menjayakan aksi 900 ini sepatutnya menjadi inspirasi kepada kita untuk mencapai impian dan cita-cita kita.

Biarlah kita meningkat usia kita kerana itu adalah salah satu ketentuan alam, tapi kita jangan jatuhkan cita-cita dan keyakinan kita, Tony Hawk sudah membuktikan kepada kita yang umur hanyalah nombor. Apa yang diambil kira ialah keazaman kita dalam menempuhi hidup kita. Kita jangan memberi alasan kerana usia, kita nak berhenti mencapai impian kita, kita kena teruskan untuk mencapai cita-cita kita.

Lebih bagus jika cita-cita itu adalah untuk keuntungan diri dan orang lain. Jadi kepada yang rasa nak menyerah kalah dengan ujian dunia yang fana ini. Bangunlah dan cari jalan untuk mencapai cita-cita kita, Insyaallah dengan usaha dan berkat Tuhan kita akan berjaya.

Rujukan:

 1999 Summer X Permainan videos: Chat wrap: Hawk soars to legendary status Archived April 4, 2005, at the Wayback Machine

 “Tony Hawk Lands 900 At 48!”. RIDE Channel.