Sejak kemunculan penyiar digital seperti Netflix, Amazon dan Disney+, ia turut membawa kepada kemunculan trend tonton lewah (binge-watch). Tonton lewah ialah perbuatan di mana pelaku menonton beberapa episod program berturut-turut dalam masa singkat secara berlebihan. Persoalannya, apakah ia merupakan satu ketagihan seperti didakwa sesetengah pihak?

Tonton lewah yang bermasalah ditentukan bukan menerusi bilangan episod program yang ditonton atau jumlah jam yang dihabiskan di depan televisyen atau skrin komputer. Seperti mana tingkah laku perbuatan yang mencetuskan ketagihan, terdapat beberapa petanda yang perlu dicari. Menurut Profesor Mark Griffiths dari Universiti Nottingham Trent, terdapat enam tanda yang perlu dikesan:

  • Pelaku menganggap tonton lewah sebagai perkara paling penting dalam hidup
  • Pelaku melihat tonton lewah sebagai cara terbaik mengubah mood. Ini boleh jadi sama ada mengubah mood untuk jangka pendek atau cuba melepaskan diri dari sesuatu yang negatif secara sementara.
  • Tonton lewah menjadi punca konflik antara pelaku dengan pihak tertentu.
  • Bilangan jam untuk tonton lewah semakin bertambah dari semasa ke semasa.
  • Pelaku berdepan simptom menghentikan ketagihan secara fizikal atau mental sekiranya tidak melakukan tonton lewah.
  • Pelaku akan mengulangi kitaran tonton lewah selepas berjaya berhenti melakukannya untuk seketika.

Jika anda mempunyai semua tanda yang dinyatakan, maka tabiat tonton lewah anda merupakan satu ketagihan yang perlu dihentikan. Dan ia disokong oleh kajian-kajian terkini.

Menerusi satu kaji selidik di Poland membabitkan 645 responden berstatus orang dewasa, kebanyakan mereka mengakui ketagihan tonton lewah tercetus sama ada kerana faktor kesunyian, kegagalan mengawal gerak hati atau sebagai cara melepaskan diri daripada masalah. Data sama turut mendedahkan tabiat ini turut menyumbang secara signifikan kepada sindrom kemurungan-kerisauan (anxiety-depressive syndrome). Ini turut disokong oleh dua kajian tonton lewah yang dijalankan di Taiwan dan Amerika Syarikat.

Dari segi ciri personaliti, kajian menunjukkan tonton lewah secara berlebihan mempunyai kaitan dengan ciri keberhemahan dan neurotisisme yang rendah. Ini termasuk terlalu mengikut gerak hati, cuai, cepat risau dan terlalu mudah terdedah kepada emosi negatif. Ciri-ciri sebegini secara umumnya biasa dilihat dalam tingkah laku ketagihan.

Jadi, bagaimana hendak menghalang tonton lewah daripada menjadi tabiat yang mengundang ketagihan? Nasihat Dr Griffiths mudah sahaja, berhenti menonton sebelum separuh kedua episod bermula. Beliau mengakui ia agak sukar dilakukan pada awalnya lebih-lebih lagi sekiranya jalan cerita sesebuah episod program dibawa ke episod seterusnya.

Selain itu, beliau turut mencadangkan had masa yang realistik dan boleh dipatuhi sekiranya mahu tonton lewah. Tetapkan tempoh masa yang bersesuaian mengikut hari kerja dan hari cuti masing-masing. Jika mahu menonton sekalipun, Dr Griffiths mengingatkan ia hanya boleh dilakukan selepas semua tanggungjawab kerja dan sosial telah ditunaikan. Bagi beliau, itu merupakan ganjaran terbaik selepas berjaya menunaikan semua tanggungjawab yang dinyatakan.

Pada akhirnya, Dr Griffiths menasihatkan sekiranya tonton lewah telah bertukar menjadi satu tabiat ketagihan, langkah terbaik ialah merujuk kepada pakar psikologi klinikal terlebih dahulu. Ini kerana dengan merujuk kepada kepakaran mereka, tonton lewah berkemungkinan merupakan sebahagian daripada isu psikologi yang lebih besar yang dihadapi pelaku.

RUJUKAN

Griffiths, M. (2021, 7 Disember). What binge-watching TV is doing to your mind. The Independent.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.