Kisah Tomyris pemimpin kaum nomad berkuda Massagetae-Scythia mengalahkan Cyrus The Great dalam peperangan, saya terus berpendapat bahawa tiada lagi yang lebih menakutkan daripada amukan seorang ibu kehilangan anak!

Cyrus The Great ni bukan calang-calang manusia. Penakluk Timur-Barat sehinggakan ada ulama yang menabalkannya sebagai dia ialah calon Zulkarnain dalam sejarah selain Alexander The Great. Ya tuan-tuan dan puan-puan, saya sedang menceritakan tentang kekalahan Cyrus The Great kepada seorang wanita yang cukup dikagumi dalam sejarah. Dan tentunya, puak berkuda nomad berkuda yang dipimpinnya juga bukan calang-calang.

TETAPI nanti dulu, kalau anda peminat kisah-kisah yang berkaitan dengan puak berkuda Steppe dulu yang berjaya menggegarkan dunia dengan serangan, penaklukan serta penjarahan mereka, makanya buku kami, KITAB TAMADUN MONGOL ialah pilihan anda. Boleh beli di: http://bit.ly/3OO2CNU

Pada tahun 550 SM, Cyrus menyasarkan wilayah Massagetae yang merupakan sebuah kondeferasi puak-puak berkuda yang menduduki wilayah di Timur Iran hari ini. Konfederasi itu ketika itu dipimpin oleh Tomyris yang mewarisi kedudukan pemimpin daripada suaminya yang meninggal dunia.

Cyrus telah menghantar pesanan kepada Tomyris untuk menyerahkan wilayah Massegetae kepada Parsi, tunduk dan akur pada pemerintahan Cyrus serta menikahinya, tetapi Tomyris menolak tawaran yang dibuat oleh Cyrus itu. Dia lebih rela memilih perang!

Dipendekkan cerita, ketika pertempuran awal, puak-puak Massegetae kalah teruk dengan Cyrus akibat helah bijak Cyrus buat-buat berundur, meninggalkan kemnya yang penuh dengan arak Parsi. Arak itu terlalu kuat untuk puak-puak Massegetae, lantas mereka pun mabuk.

Waktu mabuk teruk tu, barulah Cyrus membantai puak ni, banyak yang terbunuh, ada jadi mangsa tawanan perang termasuklah anak lelaki Tomyris. Selaku seorang ibu, mendengarkan ini terjadi, pastilah hatinya luluh kerana nak yang dia mengandungkan selama 9 bulan, ditangkap musuh!

“Sekarang dengar nasihat aku untuk kebaikan kau, berikan anak lelaki aku semula dan berambus daripada tanah air aku dengan keseluruhan bala tentera kau, dan kami akan membiarkan kau bergembira dengan kejayaan membunuh sebahagian daripada pasukan aku.

Kalau kau menolak tawaran ini, aku akan bersumpah atas nama Matahari sebagai TUHANKU untuk menghapuskan rasa haus kau pada darah dalam jumlah yang kau sendiri tak mampu meminumnya!” ugut Tomyris, yang memintak anak lelakinya dipulangkan semula.

Cyrus tidak mengendahkan ugutan yang dilontarkan oleh Tomyris ini. Tetapi kemuncak amuk Tomyris ialah apabila anak lelakinya berjaya melarikan diri daripada tawanan Cyrus lalu membunuh diri…… kerana rasa malu yang sedang membelenggu dirinya, maka Tomyris merasakan masa untuk dia berdiplomasi dan berlembut sudahpun tamat dan dendam terhadap Cyrus harus dibalas dengan darah.

Maka dicatatkan oleh Herodotus bahawa pertempuran itu pun berlaku dan dia tidak pernah melihat pertempuran yang seganas itu antara negara asing. Tomyris mengetuai askarnya tanpa sebarang formasi…..taktikal atau seumpama dengannya. Dia membawa seluruh tentera Massegatae turun ke medan perang dengan rasa yang dendam yang sedang terbakar.

Tentera Parsi tidak dapat menahan amuk bangsa-bangsa berkuda ini lalu dihabiskan nyawa mereka satu persatu. Lagipun di belakang mereka ialah Sungai Araxes yang menghalang lagi mereka untuk melarikan diri. Akhirnya, lelaki yang telah menakluk Timur dan Barat ini tewas di tangan seorang wanita yang mengamuk kerana kehilangan anak lelakinya.

Tomyris telah menjumpai mayat Cyrus The Great, memenggal kepala lelaki itu lalu memandikannya dalam mangkuk yang penuh dengan darah. Tomyris telah membenarkan janjinya untuk menghapuskan rasa tamakkan darah Cyrus The Great dan memberikan darah kepada Cyrus The Great dalam jumlah dia sendiri tidak mampu menanggungnya Bukan itu sahaja, bahkan dikatakan juga bahawa Tomyris telah mencabut otak Cyrus dari tempat asalnya lalu menjadikan tengkorak kepalanya Cyrus sebagai mangkuk arak sepanjang hayat Tomyris sendiri.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply