Salah satu keistimewaan Tamadun Islam adalah kerajaannya menerapkan nilai toleransi yang tinggi. Al-Quran telah menetapkan dasar toleransi kepada non-muslim apabila Allah SWT berfirman “Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama serta tidak mengusir kamu dari negerimu. Seseungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil (Al-Mumtahanah ayat 8. Dr. Yusuf Al-Qaradawi berkata di dalam Tarikhuna Al-Muftara Alaih “adil di sini bermaksud kita memoerlakukan mereka dengan cara yang benar dan memberikan hak mereka”.

Dr. Yusuf turut menghuraikan perkataan al-Birr (berbuat baik ) di dalam ayat ini merupakan antara perkataan yang biasa digunakan untuk hak paling suci seperti Birr al-Walidain (berbuat baik kepada orang tua). Islam juga menerapkan nilai toleransi yang tinggi kepada golongan Ahl Kitab (kristian dan yahudi) apabila muslim dibenarkan memakan makanan mereka, mangahwini wanita mereka. Dr. Yusuf menyatakan ini merupakan bentuk toleransi yang paling tinggi apabila seorang wanita ahlul kitab menjadi teman hidup kita dan membesarkan anak-anak kita. Baiklah sekarang marilah pula kita melihat bentuk toleransi yang terdapat di dalam sejarah Islam

A. Toleransi pada zaman Rasulullah SAW

Rasulullah SAW sentiasa menerapkan nilai pendamaian apabila berhubung dengan golongan non-muslim. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari apabila Asma’ bin Abu Bakar meminta fatwa Nabi SAW iaitu boleh beliau berbuat baik kepada ibunya yang musyrik maka Rasulullah menjawab “ya berbuat baiklah kepadanya”. Rasulullah SAW juga sentiasa menghormati Ahlu kitab dengan memuliakan mereka dan menziarahi mereka serta menerima hadiah daripada mereka. Ibn Ishaq di dalam Sirah Nabawiyah (4/114) meriwayatlan bahawa ketika Rombongan Nasrani dari Najran datang kepada Rasulullah SAW di Madinah mereka menemui baginda di dalam masjid dan setelah Asar mereka memasuki masjid dan beribadah di sana.

Maka para sahabat hendak melarang mereka namun Nabi SAW menjawab “Biarkan mereka” lalu mereka pun melakukan ibadah menghadap Timur.” Atas dasar ini Imam Ibn Qayyim berpendapat di dalam Zad al-Maad 3/638 bahawa boleh Ahl kitab memasuki masjid dan melakukan ibadah di sana dengab syarat perkata itu ada alasan dan bukan kebiasaan.

Di kita Al-Amwal hlm 613 karya Abu Ubaid bahawa beliau meriwayatkan dari Said bin al-Musayyib Bahawa Rasulullah pernah mengeluarkan sedekah kepada keluarga yahudi. Diriwayat di dalam hadis al-Bukhari (1290) bahwwa Nabi SAW ada menziarahi orang yahudi yang sakit dan brjaya mengajaknya memeluk Islam. Riwayat Imam Bukhari daripada Sayyidatina Aisyah bahawa ketika Nabi SAW wafat baju perang baginda digadai kepada orang Yahudi untuk diberi nafkah kepada ahli keluarga. Riwayat Imam Al-Bukhari (2887) menceritakan Nabi SAW pernah berdiri memberi pengjormatan kepada jenazah yahudi. Kemudian para sahabat bertanya “Bukankah itu adalah jenazah yahudi ?” Nabi SAW menjawab bukankah di juga manusia?”.

B. Toleran para Sahabat Nabi SAW

Sesungguh para Sahabat telah mengikuti sunnah Nabi SAW dalam bertoleransi. Khalifah Umar al-Khattab di dalam buku al-Kharraj karya Abu Yusuf pernah memberi bantuan Baitulmal kepada seorang yahudi. Beliau berhujah dengan Firman Allah SWT di dalam surah Taubah ayat 60 “dan zakat itu hanyalah untuk orang fakir dan orang Miskin”.

Khalifah Umar berkata dia termasuk orang miskin ahli kitab. Khalifah Umar ketika nazak akibat ditusuk lelaki majusi bernama Abu Lu’luah berwasiat “Aku berwasiat kepada khalifah setelahku agar memperlakukan ahl Zimmi (Kafir yang duduk di wilayah Islam dengan membayar jizyah) , memenuhi janji mereka, berperang bersama mereka dan tidak membebani mereka dengan sesuatu yang mereka tidak mampu.” (Al baihaqy dan as-Sunan 9/206)

C. Toleransi Para Ulama

Toleransi ini dibuktikan apabila Sebahagi ulama Tab’in seperti Ibn Sirin dan az-Zuhri berpendapat boleh memberi zakat kepada pendeta kristian. Ibn Syaibah dalan Musannaf ibn Abi Syaibah (10409) meriwayatkan dari Jabir bin Zaid bahawa beliau pernah ditanya tentang orang yang berhak menerima sedeqah maka beliaa menjawab “kepada orang miskin baik muslim atau ahl Zimmi.”

Seorang tokoh Ulama bermazhab Maliki yang bernama Al-Qadhi Ismail bin Ishaq di dalam Tartib al-Madarik karya al-Qadhi Iyadh hlm 174 pernah dikunjungi menteri Khalifah Abbasiyyah (Al-Mu’tadhid Billah) beragama Nasrani yang bernama Abdun bin Shaid lalu al-Qadhi berdiri menyambutnya, orang yang melihat perkara itu mengingkarinya maka al-Qadhi menjawab “Saya tahu kalian tidak suka saya melakukan hal ini, tetapi Allah SWT berfirman “Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama serta tidak mengusir kamu dari negerimu. Seseungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil (Al-Mumtahanah ayat 8) dia adalah orang mewakili al-mu’tadhid dan hal ini termasuk perbuatan baik.

Ibn Taimiyah pernah menunjukkan nilai toleransinya seperti mana dinukilkan di dalam Ahkam Dzimmiyin karya Shaikh Abdul Karim Zaidan bahawa Raja Tatar iaitu Qazan pernah menyerang Damsyik pada 7 H dan menawan ramai orang Islam dan kafir Dzimmi Yahudi dan Kristian. lalu Ibn Taimiyah bersama ulama lain pegi menemui Raja Qazan agar membebaskan tawanan itu. Raja Qazan menerima permintaan Ibn Taimiyah dengan membesarkan tawanan Islam tetapi tidak kepada tawanan ahl Zimmi, maka ibn Taimiyah menolak perkara tersebut dan tidak ingin meninggalkan tempat sebelum tawanan itu dibebaskan beliau berkata “mereka dan umat Islam mempunyai hak dan kewajiapan. yang sama. itulah ajaran Islam.”

D. Toleransi di Era Bani Umayyah

Sesungguhnya pada Era Bani Umayyah penyebaran agama Islam berlaku dengan sangat pesat akibat toleransi dan akhlak panglima Islam yang menakluk Andalusia, Sind dan Asia tengah sehingga pemerintah Bani Umayyah sendiri bimbang akan kekurangan baitulmal melalui pembayaran jizyah sehingga gabenor Iraq, Hajjaj menetapkan golongan non-muslim yang baru memeluk Islam tetap wajib membayar jizyah kerana iman mereka belum kuat sebelum amalan ini dihapuskan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Will Durrant di dalam bukunya, The Story of Civilization 13/113 berkata:

“Pada era Bani Umayyah, ahli Zimmi dari Kristian, Zoroaster, dan Sha’biin menikmati rasa toleransi yang sangat besar dan tidak dapat kita bandingkan di Negeri Kristian sekarang. Pada saat mereka diberi kebebasan untuk melaksanakan ajaran agama, membaik-pulih gereja dan tempat ibadah lainnya. Tidak ada diwajibkan mereka selain dikenakan pakaian warna khusus dan mengeluarkan pajak sesuai dengan.kemasukan setiap orang. Biasanya pajak tersebut hanya berharga 4 atau 2 dinar sahaja. Pajak tersebut hanya wajib bagi orang yang mampu berperang sahaja. Adapun pendeta, wanita, lelaki belum dewasa, hamba,orang buta dan orang miskin tidak dikenakan kewajipan pajak. Mereka pun tidak harus melaksanakan kewajiban militer dan mengeluarkan zakat yang jumlahnya mencapai 25 peratus dari permasukan tahun. Pada saat itu, pemerintah harus melindungi mereka.”

E. Toleransi di era Abbasiyah

Sesungguhnya era Bani Abbasiyah merupakan kemuncak peradaban Islam. Nilai toleransi mencapai tahap yang tertinggi apabila Dr. Khartbuli di dalam al-Islam wa ahlu adz Dzimmah menyatakan bahawa terdapat ramai pembesar bukan Islam yang terkenal pada era ini. Contohnya Garges bin Bakhtesyu merupakan doktor Khalifah Abu Jaafar al- Manshur yang sangat dipercayai.

Khalifah Harun ar-Rasyid juga sangat mempercayai seorang doktor bukan Islam yang bernama Gabriel bin Bakhtesyu. Kepercayaan Khalifah Harun terbukti apabila baginda pernah berkata “setiap orang yang mempunyai keperluan denganku, bicaralah kepada Gabriel kerana setiap permintaanya akan aku laksanakan.” Khalifah al-Mu’tashim juga amat menghormati pegawai non-muslim yang bernama Salmoeh, apabila Salmoeh meninggal, Khalifah Mu’tashim memerintah jenazah Salmoeh dibawa ke Istana Khalifah dan dinyalakan lilin sempena kematiannya serta khalifah Mu’tashim pada waktu itu jadi tidak lalu makan. Begitu juga Yohana bin Masaweh yang telah mengabdikan diri kepada Khalifah Mutawakkil sehinggakan khalifah tidak akan makan kecuali jika dia turut serta makan.

Pada era Abbasiyah terdapat pegawai non-muslim yang masyhur bernama Ibrahim Bin Hilal. Beliau menduduki pelbagai jabatan penting kerajaan sehingga mendapat pujian. Khalifah Bani Buwaih iaiyu Bakhtiar bin Muiz pernah menawarkan beliau jawatan wazir sekiranya beliau memeluk Islam namun Ibrahim menolaknya. Golongan non-muslim juga turut menuntut ilmu daripada tokoh ilmuwan Islam seperti Yahya bin Adi dan tokoh ilmu mantik seperti Al-Farabi. Tsabit bin Qurrah pula telah belajar dengan tokoh Muktazilah yang bernama Ali bin al-Walid.

Masyarakat Islam turut memandang tinggi dan memanfaatkan ilmu daripada tokoh bukan Islam seperti Aristotle yang dianggap guru dunia Islam. Saintis Islam seperti Al-Khazin dianggap sebagai Ptolemy II. Tokoh perubatan seperti Ibn Nafis dan Al-Zahrawi telah memajukan teknologi perubatan mengikut asas dari Hippocrates. Begitu juga Al-Khwarizmi telah memanfaatkan ilmu matematik India untuk konsep Algebra.

F. Toleransi di era Uthmaniyah

Kerajaan Uthmaniyah telah menerapkan nilai toleransi yang tinggi pada zaman kegemilangannya. Hal ini dibuktikan pada tahun 1530 M sebanyak 80% penduduk kerajaan Uthmaniyah di Eropah adalah bukan Islam. Golongan non-muslim telah mendapatkan kebebasan sepenuhnya di era Uthmaniyah. Hal ini dibuktikan apabila Sultan Mehmed II (Muhammad Al-Fateh) telah mengasaskan sistem Millet setelah penaklukan Konstantinople 1453. Melalui sistem ini, setiap kumpulan agama seperti Kristian Ortodoks dan Yahudi memiliki undang-undang agama mereka tersendiri. Mereka tidak akan diadili hukum Islam jika mereka melakukan kesalahan sesama mereka.

Kumpulan ini turut berhak memilih ketua mereka sendiri, membangunkan rumah ibadat dan sekolah, menggunakan bahasa mereka sendiri serta mengutip cukai. Jika terjadi permasalahan mereka boleh memgadukan masalah kepada Sultan. Sultan Mehmed II merupakan contoh terbaik dalam menonjolkan dasar toleransi.

Antara dasar toleransi yang diterapkan oleh Sultan Mehmed II ialah:

1. Shakir Afandi Al-Hanbali menyatakan dalam talkhid al-Tarik al-Uthmani hlm 37 “Memberikan pengampunan, melaksanakan pendamaian serta mewujudkan toleransi agama dalam kalangan penduduknya. Beliau melayan penduduk konstantinople dengan penuh hormat.”

2. Al-Shallabi menyatakan dalam al-Dawlah al-Uthmaniyah hlm 111:

“Para tentera dititahkan untuk memberi layanan baik terhadap tawanan perang bahkan sultan Muhammad Al-Fateh sendiri menbus sejumlah tawanan perang menggunakan hartanya. Tawana ditebus kebanyakkan bangsawan berasal dari Greek serta para pemimpin kristian.”

3. Memberi kebebasan kepada penduduk Kristian memilih uskup mereka yang baru. Penduduk Kristian telah memilih Gennadius Sholarius dan disambut Mehmed II dengan penuh hormat.

4. Sejarawan Turki bernama Halil Inalcik menyatakan Sultan Mehmed II menggalakkan penganut Kristian Ortodoks melarikan diri supaya kembali ke Istanbul dan memberi perlindungan sepenuhnya kepada agama tersebut.

5. Memberi kuasa sivil kepada uskup Gennadius sebagai autoroti keagamaan kepada penduduk Konstantinople dan hubungannya dengan muslim

6. Mengumumkan uskup Gennadius memiliki kedudukan setaraf dengan menteri-menteri dalam Uthmaniyah

7. Memberi sokongan dalam membaik pilih gereja-gereja

Atas sikap inilah yang menyebab paderi Gennadius scholarius menyatakan satu perkataan yang cukup terkenal bahawa dia lebih suka melihat serban sultan daripada topi latin.” Topi latin yang dimaksudkan ialah golongan Kristian Katholik yang telah menindas Kristian Orthodoks.

Bahkan sejarawan menganggap dasar toleransi dan perlindungan Sultan Mehmed II menyelamatkan mazhab Kristian Orthodoks daripada pupus akibat daripada penindasan Maharaja Constantine XI yang ingin menukarkan mazhab empayar Byzantine daripada Orthodok kepada Katholik untuk mendapat sokongan Pope.

Layanan Sultan Mehmed II kepada penduduk Konstantinople jelas berbeza dengan penaklukan Tentera Salib Latin pada Perang Salib ke-4 (1204) dimana mereka memusnahkan harta benda awam bahkan sejarawan Villa Hardouin merekodkan kegilaan tentera salib di Konstantinople bukan sekadar mencabuli kehormatan anak-anak gadis yang masih dara bahkan mereka sanggup menggali dan menyelongkar kubur-kubur yang menyimpan mayat permaisuri-permaisuri Rom. Ini dengan tujuan memuaskan nafsu mereka.

Bukan itu sahaja dasar toleransi Sultan Mehmed II kepada non-muslim dapat dilihat melalui titah bertulis yang dikeluarkan kepada Kristian Bosnia setelah penaklukan Bosnia yang diberikan kepada Angjeo Zvizdovic iaitu ketua Kristian yang mendiami daerah Fojnica pada 1463. Titah ini bertulis

“Beta adalah Sultan Mehmed Khan si penakluk. Inilah yang diisytiharkan oleh masyarakat antarabangsa. Masyarakat kristian Bosnia di bawah titah Sultan ini dengan segala bentuk perlindungan daripada Beta sendiri.

Beta memerintahkan agar tiada seorang pun berhak mengganggu atau mengancam peribadi atau gereja mereka! Mereka berhak hidup aman sejahtera di bawah naungan beta. Mereka ini boleh menjadi penduduk tetap memerlukan perlindungan keselamatan dan juga kebebasan.

Justeru mereka perlu kembali semula ke kediaman mereka di mana sahaja tempatnya di dalam sempadan wilayah beta. Tiada seorang pun di dalam kerajaan beta sama ada menteri, pegawai atau pembantu boleh menjatuhkan maruah atau mengancam kehidupan mereka. Tidak seorang pun boleh mengancam, membahayakan atau menyerang kehidupan peribadi, harta benda dan rumah ibadar mereka! Apa sahaja dilakukan oleh mereka walau di tanah air mereka ini adalah mendapat hak keadilan yang sama.

“Dengan itu Beta mengisytiharkan titah ini dikuatkuasakan! Beta jyga bersumpah dengan pedang beta ini atas nama Allah Yang Maha Suci yang telah menciptakan langit dan bumi dan Muhammad itu persuruh Allah serta 124000 nabi diutuskan. Bahawa tidak boleh seorang pun rakyat beta yang berhak menolak atau menentang titah ini!”

Pada zaman Sultan Sulaiman Al-Qanuni (1520-1566M), beliau telah menghapuskan pelbagai jenis cukai dan terutamanya kepada golongan petani Kristian seperti yang digariskan dalam kod undang yang ditetapkannya iaitu Kanun-i Osmani. Tindakan dapat menjamin kesetiaan mereka serta kegembiraan mereka merupakan keutamaan buat Sultan Sulaiman.

Tindakan ini menyebabkan taraf ekonomi petani kristiann bertambah baik dan cukai yang dikenakan terhadap golongan kristian di kerajaan Turki Utmaniyah jauh lebih rendah berbanding cukai yang dikenakan terhadap penduduk kristian di kerajaan Eropah. Bahkan banyak penduduk kristian dari Eropah telah berpindah ke jajahan Kerajaan Uthmaniyah pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Qanuni.

Penutup

Oleh itu jelaslah betapa toleransi merupakan nilai utama di dalam tamadun Islam. Gustave le Bon pernah berkata di dalam “The World of Islamic Clivization” seperti yang telah kita lihat dalam Al-Quran, dasar toleransi Muhammad terhadap Yahudi dan Kristian sangat besar dalam hal yang belum pernah kita dapatkan dari pada pendiri agama yang hidup sebelumnya seperti Yahudi terutama Kristian. Kita melihat para khalifah yang menggantikannya melakukan hal yang sama.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nama Diberi Muhammad Iqbal Harraz bin Mohd Yaakub. Masih lagi belajar di UiTM Rembau di dalam jurusan diploma mascomm. Sangat meminati sejarah Islam dan suka berkongsi apa yang dibaca kepada orang ramai. Berpegang kepada prinsip "yang Benar tetap Benar".

Comments are closed.