Penulisan artikel untuk kali ini mungkin boleh memacu sesetengah golongan liberal dan kaum bukan Islam di Malaysia, namun ia adalah perlu supaya mereka mampu memahami apa itu definisi kesamarataan dan liberalism menurut pandangan Islam itu sendiri.

Bahkan untuk bercakap soal negara Islam yang sering dinafikan oleh mereka bagi merujuk kepada Malaysia sebagai sebuah negara dengan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, mereka harus melihat bagaimana Empayar Uthmaniyyah berkembang sebagai sebuah negara Islam dikala kaum bukan Islam hidup aman damai di bawah pemerintah Islam.

Definisi Asas Uthmaniyyah

Empayar Uthmaniyyah adalah salah satu Empayar monarki yang paling lama dan paling lama bertahan dalam sejarah. Sejarah pemerintahan Islam bangsa Turki ini berusia kira-kira 600 tahun.

Ia adalah sebuah Empayar, sebuah Kesultanan, dan sebuah Khilafah yang diilhamkan dan dikekalkan, oleh Islam dan institusi Islam. Mereka menggantikan Empayar Byzantine (Rom Timur) sebagai kuasa hegemoni utama di Mediterranean Timur.

Empayar Uthmaniyyah mencapai kemuncak kegemilangannya di bawah Sultan Suleyman Qanuni (The Magnificent) yang memerintah pada 1520-1566, ketika keluasannya berkembang meliputi wilayah Balkan dan Hungary, kemudian mencapai pintu gerbang Vienna.

Empayar Uthmaniyyah mula memasuki fasa kejatuhan setelah dikalahkan dalam Pertempvran Lepanto (1571) dan kehilangan hampir seluruh angkatan lautnya. Mereka terus merosot lagi pada abad-abad yang akan datang, dan dihapuskan secara tersusun melalui Per4ng Dunia Pertama dan Per4ng Balkan. Lalu memperoleh kemerdekaannya melalui Per4ng Kemerdekaan Turki yang dicetuskan Mustafa Kemal Ataturk.

Faktor Lain Kejatuhan Islam Uthmaniyyah

Apakah lagi faktor lain yang menyumbang kepada kejatuhan Empayar Uthmaniyyah di kemuncak kejayaannya? Dikatakan bahawa, walaupun telah memasuki fasa kemerosotan seawal abad ke-16, ramai penganalisis per4ng dan sejarah percaya bahawa Empayar Uthmaniyyah sepatutnya mampu bertahan sekurang-kurangnya sehingga pertengahan abad ke-20.

Namun, pemerintah Uthmaniyyah mungkin tersilap dalam melaksanakan beberapa percaturan. Sesungguhnya, salah satu punca yang menjadi penyumbang besar akan kejatuhan kerajaan Islam itu adalah kerana keterlaluan dalam memberikan TOLERANSI terhadap kaum minoriti bukan Muslim di Turki.

Benar, walaupun Uthmaniyyah didendang sebagai antara pemerintahan Islam yang cukup adil dalam sejarah kerana polisi pemimpin Islam Uthmaniyyah yang menerapkan konsep toleransi beragama yang bebas, memberi keistimewaan terhadap kaum bukan Islam (dhimmi) yang kadangkalanya menganaktirikan umat Islam sendiri, lalu ditambah lagi dengan sistem millet yang memberi kebebasan kepada kaum minoriti menguruskan komuniti mereka mengikut dasar dan undang-undang yang mereka bentuk sendiri.

Semua pemberian pemerintah Islam itu tidak akan membuatkan kaum minoriti merasa bersyukur, sebaliknya mereka gunakan peluang kelebihan ini untuk membentuk struktur organisasi gerakan pember0ntak dari kalangan mereka sendiri, yang mencetuskan beberapa peristiwa-peristiwa berdarah kecil hingga mengundang campur tangan pihak asing lalu mengheret Uthmaniyyah ke kancah peper4ngan.

Kedudukan Orang Kristian Dan Yahudi Dalam Pemerintahan Uthmaniyyah

Kedudukan dan situasi orang Yahudi dan Kristian semasa berada di bawah pemerintahan Empayar Turki Daulah Uthmaniyyah merupakan satu isu yang masih terus dibahaskan hari ini setelah menjelang satu abad berlalu dan setelah berakhirnya Khilafah Islam itu secara rasminya.

Kesatuan keagamaan biasanya menjadi penentu status terutamanya di dalam Empayar Uthmaniyyah yang majoritinya penduduk Islam. Menurut Moshe Ma’oz di dalam Middle Eastern Minorities, pada awalnya, orang Kristian dan Yahudi dilihat sebagai “subjek rendah atau denominasi tidak sah.” Akibatnya, mereka adakalanya di diskriminasi oleh entiti negeri.

Melalui pandangan yang berbeza, para sejarawan berpendapat bahawa kedudukan kaum minoriti di bawah Uthmaniyyah adalah lebih istimewa berbanding dengan layanan terhadap kaum minoriti di tempat lain di dunia ini.

Ia bahkan mengatasi negara Malaysia hari ini yang amat dikenali dengan toleransi bangsa Melayu terhadap kaum minoriti walaupun pelbagai sensitiviti mereka dicabar oleh orang-orang Cina dan India yang bukan Islam.

Menurut Edward Said di dalam karya Orientalism (New York: Vintage Books, 1979), penyalahgunaan istilah “Orientalisme,” yang digambarkan sebagai kaedah Barat untuk “menguasai” atau menyusun semula sejarah Timur Tengah berikutan sikap prejudis mereka terhadap orang-orang Islam atau bangsa Arab, telah menyebabkan banyak berlaku kesalahan naratif sejarah.

Menurut Bruce Masters di dalam Christians and Jews in the Ottoman Arab World: The Roots of Sectarianism. (Cambridge, Cambridge University Press, 2001), orang Barat sinonim dengan sikap berat sebelah terhadap orang Islam, dan sering memesongkan kenyataan berkenaan hubungan antara orang Kristian, Muslim dan Yahudi di bawah Empayar Uthmaniyyah.

Oleh itu, perlu diingatkan bahawa setiap tafsiran sejarah, atau tafsiran yang salah, wajib diperhatikan dengan amat teliti terutamanya apabila melibatkan persoalan tentang kedudukan orang Yahudi, Kristian dan Islam di bawah Empayar Uthmaniyyah.

Untuk memahami kedudukan orang-orang Yahudi dan Kristian semasa era Uthmaniyyah, status rasmi mereka perlu diter4ngkan. Mereka ditakrifkan dalam kelompok berbeza-beza, antaranya adalah Ahl al-Kitab (mereka yang memegang keyakinan monoteistik/tauhid).

Dengan demikian, layanan terhadap mereka mungkin agak berbeza jika dibandingkan dengan penduduk yang berpegang kepada ajaran dan fahaman politeist di bawah pemerintahan Uthmaniyyah, kerana umat Islam menerima dan beriman terhadap para Nabi dalam agama Kristian dan Yahudi.

Hasilnya, mereka diberi keistimewaan di mana mereka akan berada di bawah perlindungan kerajaan dan dikenali sebagai Ahl al-Dhimma (kafir Zimmi, ia adalah tradisi perlindungan untuk kaum minoriti yang masih boleh dilihat pada hari ini di Tehran. Masih terdapat ramai komuniti Kristian yang masih tinggal di Iran.

Memandangkan agama-agama Samawi ini (Kristian, Yahudi dan Islam) yang diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan masih lagi menikmati dhimma, maka komuniti Kristian akan dijamin perlindungan oleh kerajaan.

Salah satu contoh yang menjadi bukti toleransi Islam melalui tradisi perlindungan tersebut adalah melalui ekspresi lukisan simbolik wajah Ayatollah Khomeini dengan riak wajah tegas di luar gereja Armenia di sekitar Teheran. Lukisan tersebut melambangkan simbolik perlindungan Ayatollah ke atas gereja dan dia sedia melindungi keselamatan gereja mereka secara peribadi.

Mereka menikmati hak autonomi dalam urusan agama mereka dan pendidikan. Dalam pengertian ini, orang Yahudi dan Kristian menikmati beberapa keistimewaan tertentu di bawah Perundangan Uthmaniyyah yang tidak pernah diberikan kepada kaum minoriti di Eropah, di mana orang-orang Yahudi dan umat Islam sering dianiaya atau ditahan kerana sikap prejudis keagamaan.

Walau bagaimanapun, itu tidaklah bermaksud bahawa orang Yahudi dan Kristian menikmati kebebasan sepenuhnya di bawah pemerintahan Islam. Mereka tetap dilihat sebagai subjek rendah di bawah Empayar.

Di dalam istilah yang mudah, nilai ketuanan Islam yang kompleks pada sifat umat Islam di Empayar Uthmaniyyah mungkin disebabkan oleh keimanan mereka yang tinggi terhadap Nabi Muhammad SAW sebagai nabi yang terakhir, sejenis kepercayaan prinsip yang tidak ada pada orang Kristian dan Yahudi.

Pendek kata, konsep nya mungkin hampir meyamai konsep di Malaysia, walaupun hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh kaum minoriti bukan Islam tidak setaraf atau tidak lah melebihi kelebihan yang dinikmati kaum majoriti sendiri, namun tidak pernah kaum majoriti menzalimi mereka dengan penindasan secara terbuka. Keadaan ini adalah jelas lagi nyata, baik di zaman Turki Uthmaniyyah mahupun pada hari ini di Malaysia.

Namun, kaum minoriti yang mula merasakan mereka sudah semakin kuat, mula bertindak menuntut hak kesamarataan dan mencabar kaum majoriti hingga kadang kala mencabul batas sensitiviti yang boleh mencetuskan peper4ngan kaum seperti 13 Mei 1969. Di Uthmaniyyah, keadaan yang tegang bermula setelah sistem millet tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan.

Walaubagai mana pun, kegagalan mereka untuk beraspirasi dengan hikmah Rasulullah SAW sedemikian mungkin menyebabkan pemerintah Islam melihat mereka sebagai satu kelompok dengan standard keupayaan yang rendah. Oleh itu, mereka dikehendaki membayar cukai pungutan khas menurut hukum yang dipanggil sebagai Jizyah.

Walaupun mereka dibenarkan untuk memegang beberapa jawatan kanan sebagai pegawai kerajaan, contohnya, penasihat kewangan atau pakar perubatan, mereka sentiasa dikehendaki memegang hanya jawatan yang lebih rendah daripada rakan sekerja mereka yang beragama Islam.

Mereka adakalanya terikat dengan larangan dan protokol dalam etika tatacara berpakaian, dan kadangkala diganggu oleh jiran atau pegawai mereka. Ini menunjukkan bahawa meskipun pemerintah memberikan keistimewaan sebagai dhimma kepada orang Kristian dan Yahudi, tindakan prejudis kadangkala berlaku dalam konteks secara tidak rasmi, atau tidak lah sampai mencalar imej kerajaan Islam.

Terdapat sedikit pemisahan sosial tertentu antara orang Islam dan bukan Islam. Melabel secara stereotaip berkategori terhadap orang Kristian dan Yahudi sering digunakan dalam mencipta jurang antara mereka. Malah di kawasan yang saling berdekatan antara kumpulan masing-masing, di mana mereka tinggal dan bekerja sebagai jiran, mereka jarang termasuk dalam komuniti “kami” dari kawasan kejiranan.

Sistem Millet

Masalah orang-orang Yahudi dan Kristian sangat jarang ditangani secara individu, sebaliknya mereka bersandar kepada sistem millet (sistem masyarakat) yang akan diuruskan kelompok mereka sendiri sebagai satu komuniti.

Sebagai contoh, Rabbi, dalam millet-bashi, berperanan sebagai pegawai pentadbir yang bertanggungjawab bertindak sebagai wakil untuk komunitinya kepada kerajaan. Lebih kurang semacam seorang penghulu atau ADUN di Malaysia.

Sistem millet berdasarkan pertuturan bahasa

Daripada mengumpul cukai jizya secara individu, mereka membayar cukai kepada kerajaan secara kolektif, dengan Ketua Rabbi sebagai pentadbir. Ini melibatkan semua komuniti Kristian dan Yahudi yang diiktiraf. Sistem millet membenarkan komuniti masing-masing menikmati tahap autonomi pentadbiran tertentu di bawah wakil mereka.

Pemimpin millet melalui bidang kuasa tertentu menggunakan kuasa mereka untuk menguatkuasakan dan meluluskan undang-undang. Dia juga bertanggungjawab membawa laporan rujukan isu komuniti beliau kepada kerajaan Uthmaniyyah.

Menurut Roderic H. Davison, kumpulan-kumpulan etnik yang mengamalkan sistem millet meneruskan sistem tersebut sehingga melangkaui batas tertentu sebagai “ejen perubahan,” yang membantu membawa kemodenan dan reformasi tertentu di dalam Empayar Uthmaniyyah.

Sistem millet berdasarkan perbezaan etnik

Dia merujuk kepada individu-individu yang menjadi penghubung atau perantara di kalangan orang-orang bukan Islam millet dengan dunia Eropah. Orang-orang Armenia, orang Greek dan Yahudi menyumbang kepada kemasukan import media cetak ke Empayar Uthmaniyyah.

Kerajaan juga menguatkuasakan beberapa perubahan untuk memulihkan kembali Empayar Uthmaniyyah, seperti  menaiktaraf angkatan tenter4 dan membuka kedutaan di Eropah. Titah 1856 dari Sultan Abdülmecid menubuhkan autonomi kaum berdasarkan kesamarataan, tetapi meninggalkan aspek pentadbiran berstatus peribadi, seperti perkahwinan dan pendidikan kepada millet.

Ia turut menguatkuasakan sistem kutipan cukai dari semua warganegara, bukan sekadar orang Kristian dan Yahudi semata-mata lagi, serta perkhidmatan tenter4 diwajibkan untuk semua orang.

Walau bagaimanapun, terdapat amalan yang agak berbeza dilakukan; tindakbalas kebanyakan orang Kristian dan Yahudi terhadap reformasi tenter4 adalah mereka lebih rela membayar cukai khas yang boleh mengecualikan mereka daripada berkhidmat dan bertugas untuk tenter4, berbanding memenuhi tanggungjawab mereka dalam khidmat mandatori.

Selain itu, dalam beberapa kes, millet adalah ejen perubahan dalam memodenkan Empayar Uthmaniyyah; mereka bertindak sebagai “saluran” atau “penapis” perubahan. Yang lain, mereka bertindak sebagai penentang untuk melakukan reformasi demi melindungi kepentingan mereka sendiri, seperti dalam hal perkhidmatan ketenter4an.

Menurut Davison, penerimaan pemodenan tertentu oleh kaum bukan Islam juga menyebabkan pertembungan dengan penolakan dari umat Islam atas dasar keagamaan dan sentimen anti-Barat.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengingati kembali pemetaan semula sejarah oleh orientalis Said berdasarkan prejudis anti-Islam ketika bercakap soal dakwaan Davison.

Kedudukan Kristian dan Yahudi di bawah pemerintahan Uthmaniyyah boleh dibahaskan dalam bentuk sejarah. Di saat persatuan keagamaan sering menjadi penentu status sosial masyarakat, hakikatnya kaum minoriti dilayan melalui tahap toleransi yang tidak sering dinikmati oleh kaum minoriti di bawah pemerintahan Kristian.

Kesimpulan

Disebabkan pemerintahan Uthmaniyyah berdasarkan toleransi agama, maka selagi mana rakyatnya bertutur dalam bahasa Turki dan bersumpah setia terhadap Empayar Uthmaniyyah dan para sultannya. Semua orang adalah sama jika mematuhi garis panduan ini, tanpa mengira perbezaan latar belakang

Inilah yang membezakan Islam dengan bukan Islam melalui undang-undang tradisional Kristian Eropah di mana seseorang haruslah memiliki darah keturunan bangsawan Kristian untuk mendapat keistimewaan.

Empayar Uthmaniyyah dan kerajaan-kerajaan Islam yang lain berkembang mekar kerana meghargai nilai kedamaian, dan sifat hormat mereka terhadap budaya lain bawah pemerintahan mereka.

Uthmaniyyah membuktikan bahawa dengan memberi layanan yang sama rata, mereka berjaya mengekalkan dominasi kuasa dan menjadi salah satu empayar yang paling penting, terkenal dan berkuasa dalam sejarah.

Ini kerana berdasarkan tradisi Sufi yang diamalkan dalam Islam Uthmaniyyah mereka terikat dengan ajaran Islam yang mengatakan bahawa orang Kristian dan Yahudi percaya kepada konsep Tuhan itu adalah Esa, dan manusia hanya akan selamat di bawah kepercayaan ini.

Uthmaniyyah secara beransur-ansur menerapkan konsep toleransi agama di kawasan-kawasan yang baru ditawannya, memang benar ia telah menjadikannya antara penyumbang terbesar kepada pengembangan Islam, dan lebih mudah untuk Uthmaniyyah menaklvk dengan lebih jauh.

Yahudi Yishuv di Palestin, Uthmaniyyah

Namun Uthmaniyyah sering terlupa, bahawa di saat mereka sedang mengembangkan Islam, telah wujudnya pergerakan-pergerakan pember0ntak yang dimulakan oleh orang-orang Islam sendiri di kalangan mereka semenjak awal abad ke-15 lagi. Pergerakan-pergerakan ini sikit sebanyak beransur menjadi kumpulan Islam yang menerima fahaman liberal ketika zaman moden.

Apatah lagi apabila sistem millet diperkenalkan, ia telah menyebabkan organisasi-organisasi nasionalis bukan Islam yang telah sedia ada wujud sejak awal abad ke-19 seperti Filiki Eteria pada 1814 di Odessa, dan telah melahirkan beberapa organisasi pember0ntak yang menjadi ejen kemerdekaan wilayah tertentu keluar daripada Uthmaniyyah seperti IMRO – Internal Macedonian Revolutionary Organization pada 1893 di Salonica.

Mengapa ia boleh berlaku? Ya, mungkin pemerintah Uthmaniyyah pada waktu itu fikir, dengan mengamalkan sistem millet, mereka boleh menyatukan semua rakyat bukan Islam di bawah satu bumbung.

Tetapi mereka lupa sedangkan orang-orang Islam termasuk bangsa Arab sendiri boleh melancarkan pember0ntakan menentang Uthmaniyyah di bawah semangat nasionalis, mengapa tidak orang bukan Islam?

Ia mengakibatkan tersebarnya pemahaman bahawa mereka sebenarnya ‘berhak’ untuk menubuhkan negara bangsa sendiri, sistem millet telah menyebabkan kaum bukan Islam bebas menghasut pember0ntakan, bebas menubuhkan pertubuhan-pertubuhan politik yang akhirnya bergerak sebagai sebuah gerakan bersenjata.

Sesungguhnya Rev0lusi Turki Muda itu didominasi oleh golongan bukan Islam walaupun dimulakan oleh para aristokrat Muslim yang berketurunan diraja Uthmaniyyah sendiri, sesungguhnya Rev0lusi Arab itu didalangi oleh Lawrence Of Arabia dari British walaupun pada asalnya ia adalah pertikaian mengenai siapa yang lebih layak menjadi Khalifah.

Dan sesungguhnya situasi ini akan berulang di mana-mana sahaja negara-negara Islam termasuk Malaysia sendiri sekiranya kita gagal memahami konsep toleransi yang sebenarnya.

Betapa besarnya salah faham yang kalian sedang sebarkan mengenai toleransi beragama di Malaysia, bukan ini toleransi yang kami maksudkan, tidak, ia bukan lagi toleransi sekiranya ia membuka ruang kepada kalian untuk memijak-mijak maruah dan harga diri bangsa Melayu dan agama Islam

RUJUKAN:

  • Western Civilizations Their History & Their Culture. N.p.: W W Norton & Co, 2011. Print.
  • Edward Said, Orientalism (New York: Vintage Books, 1979)
  • Bruce asters, Christians and Jews in the Ottoman Arab World: The Roots of Sectarianism. (Cambridge, Cambridge University Press, 2001)
  • Benjamin Braude, “Foundation Myths of the Millet System,” in Christians and Jews in the Ottoman Empire: The Functioning of a Plural Society, ed. Benjamin Braude and Bernard Lewis (Teaneck: Holmes & Meier Publishers, 1982)
  • Roderic H. Davison, “The Millets as Agents of Change in the Nineteenth-Century Ottoman Empire,” in Christians and Jews in the Ottoman Empire: The Functioning of a Plural Society, ed. Benjamin Braude and Bernard Lewis (Teaneck: Holmes & Meier Publishers, 1982), 319
  • Daphne Tsimhoni, “The Tanzimat: Ottoman Reforms and the Millets,” February 11, 2010

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.