Tokoh Muslim yang membuka masjid pertama di UK ialah Syeikh Abdullah Quilliam dan beliau merupakan pengasas kepada masjid Liverpool dan tokoh muslim yang terhebat dalam sejarah Islam UK. Pada zaman beliau ada beberapa lagi tokoh Muslim hebat yang amat jarang diketahui, dan antaranya ialah Hadjie Mohammad Dollie. Siapakah beliau?

1. Beliau dilahirkan di Cape Town, South Africa pada 1846. Ibu beliau merupakan orang Melayu manakala ayahnya ialah berbangsa Scottish. Beliau membesar di Cape Town dan belajar ilmu agama dari seorang ulama hanafi yang bernama Abu Bakr Effendi. Ulama ini telah dihantar ke Cape town oleh Uthmaniyyah atas permintaan kerajaan British sendiri.

2. Maka, menjadilah Hadji Dollie seorang insan yang taat pada agama malah beliau sendiri seorang hafiz Quran. Pada sekitar 1880-an, beliau telah membuka sebuah masjid di Cape Town bersama seorang sahabatnya. Ini menunjukkan bahawa beliau juga terlibat dalam bidang dakwah dan seorang aktivis yang sangat bersungguh-sungguh untuk menegakkan agama Allah.

3. Pada 1893, beliau telah berpindah ke England bersama dengan keluarganya dan menetap di Liverpool. Beliau telah menghantar anak lelakinya ke masjid Quilliam untuk belajar agama dengan mendalam. Pda 1895, barulah beliau berpindah ke London dan mula memberi fokus untuk membantu umat Islam di sana.

4. Pada zaman Victorian England, umat Islam hanya berjumlah ratusan orang sahaja. Jumlah mereka memang tidak ramai dan sudah tentu Islam akan terkubur sekiranya tiada alim ulama yang membimbing mereka untuk mengamalkan Islam yang sebenar. Kehadiran Hadji Dollie ke London menjadi sinar harapan buat umat Islam di London.

5. Baru sahaja berpindah di London, Hadji Dollie terus menjadikan rumahnya sebagai sebuah masjid untuk komuniti Islam di sana. Beliau merupakan seorang hafiz Quran, maka beliau diminta untuk mengajar Al Quran di sana. Di sinilah beliau membimbing umat Islam untuk kembali ke jalan yang benar, membantu mualaf belajar agama Islam, berbincang berkenaan masalah ummah dan pusat untuk beribadah kepada Allah.

6. Pada 1899, beliau telah berpindah ke lokasi baharu yang terletak berdekatan dengan stesen kereta api. Lokasi ini adalah lebih strategik dan memudahkan umat Islam untuk singgah datang. Beliau mula merancang untuk membina masjid pertama di London memandangkan rumah beliau sudah tidak mampu menampung jumlah umat Islam yang ramai.

7. Malang sekali buat beliau, pihak merchant Association telah menarik balik tanah bakal masjid pertama London dan cita-cita beliau terbantut begitu sahaja. Maka, dengan rasa sedih, Hadjie telah menulis sepucuk surat kepada kerajaan Uthmaniyyah iaitu Sultan Abdul Hamid II yang merupakan payung umat Islam ketika itu.

8. Beliau meninggal dunia pada 1906 dan dikuburkan di London. Beliau tidak pernah berpeluang untuk menyebarkan Islam dengan lebih aktif di London namun usaha beliau untuk mengukuhkan pemahaman Islam dan mengajar Al Quran kepada umat Islam di London sudah cukup bermakna buat mereka. Semoga segala usaha beliau dirahmati oleh Allah.

9. Masjid pertana di UK ialah masjid Shah Jahan di Woking yang dibina pada 1889. Akan tetapi masjid ini terletak di luar bandar London dan sangat jauh ketika itu. Manakala masjid pertama di London ialah Masjid Fazl yang dibina pada 1920-an.

Artikel dikirimkan oleh Dinieland untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.