Dalam tempoh berpuasa semasa PKP ini, al-Faqir banyak mengambil manfaat dengan membaca atau menonton pelbagai perkongsian ilmu dari para asatizah melalui pelbagai ruangan maya termasuklah Facebook. Dalam perkongsian ilmiah ini, para asatizah juga sering bercerita tentang tokoh-tokoh ilmuwan yang banyak menyumbang dalam perkembangan ilmu di peringkat arus perdana.

Melalui perkongsian tersebut, al-Faqir dapat mengenali ramai tokoh ilmuwan yang diibaratkan sebagai permata ilmu berharga. Antara mereka ialah Prof Asmadi Naim dan Dr Luqman Abdullah. Apa yang mengkagumkan, mereka berdua merupakan lepasan pondok yang kemudiannya mencapai kejayaan dalam dunia akademik profesional sehingga mampu menyumbang di peringkat negara mahupun antarabangsa.

PROF ASMADI : PANEL RUJUKAN BANK NEGARA

Prof Dr Asmadi bin Mohamed Naim lahir pada 7 Ogos 1970 di Kelantan namun dibesarkan di Pahang. Beliau pernah mendapat pendidikan kitab Turath di Pondok Sg Ular sebelum menyambung pengajian di University of Islamic Studies di Karachi, Pakistan. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya di University of Jordan di peringkat Bachelor Degree dalam bidang al-Fiqh wa al-Tasyri’.

Beliau mengambil Master di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang al-Fiqh wa Usul al-Fiqh dengan disertasi berjudul Ahkam al-Rahn wa Tatbiqatuhu al-Muasirah fi Maliziya. Beliau juga mendapatkan ijazah Doktor Falsafah di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang al-Fiqh wa Usul al-Fiqh dengan tesis berjudul Nazariyyah Faskh al-Uqud fi al-Fiqh al-Islami.

Bahkan, beliau juga membuat pengkhususan profesional dalam Chartered Islamic Finance Professional di International Center for Education in Islamic Finance (INCEIF), Islamic Financial Planner (IBFIM dan FPAM) serta Persatuan Penasihat Syariah Malaysia.

Prof Asmadi Aktif menulis pelbagai buku, modul, kertas kerja, jurnal, kolum akhbar dan majalah, ensiklopedia, dan mengadakan seminar serta latihan. Penulisan akademik beliau menjadi rujukan di dalam dan luar negara. Beliau pernah dinobatkan sebagai penulis terbaik bagi Anugerah Pengguna oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Bahkan beliau turut mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai Education Leadership Award oleh CMO Asia and World Education Congres di Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Asia. Beliau banyak mengajar tentang Usul Fiqh dan Kewangan Islam. Bahkan banyak mendapat jemputan bagu pelbagai tugasan akademik ke luar negara seperti Indonesia, Hong Kong, Jepun, Iran dan Sarajevo.

Beliau merupakan Profesor di Islamic Business School UUM, Setiausaha Majlis Profesor UUM, Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Ahli Majlis Tertinggi bagi Chartered Institute of Islamic Finance Professional, Ahli Jamaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Beliau juga merupakan Ahli Panel Pakar Muamalat JAKIM, penerima darjah Paduka Mahkota Kelantan, penasihat Syariah pelbagai agensi antaranya Bank Negara Malaysia dan pelbagai lagi sumbangannya dalam bidang Kewangan Islam

DR LUQMAN : DARI PONDOK KE EDINBURGH

Dr Luqman bin Haji Abdullah lahir pada 12 September 1969 di Kelantan. Beliau pernah mendapatkan pendidikan kitab Turath di Pondok Lubuk Tapah di bawah asuhan bapanya sendiri.

Bachelor Degree di fakulti Syariah Akademi Islam Universiti Malaya. Beliau pernah mengikuti pengajian Undang-Undang Perbandingan di Universiti Islam Antarabangsa. Beliau menyiapkan pengajian peringkat Doktor Falsafah di University of Edinburgh, Scotland dalam bidang Undang-Undang Harta Islam.

Beliau juga aktif dalam pembentangan kertas kerja dalam forum, seminar dan konferens sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di dalam dan di luar negara dalam bidang wakaf, zakat, usul fiqh dan pengajian tradisional dan telah menghasilkan beberapa penulisan ilmiah dalam jurnal jurnal dan prosiding prosiding di dalam dan luar negara.

Di peringkat profesional, Dr Luqman merupakan Ahli lembaga Pusat Pembangunan Pengajian Pondok Kelantan, Ahli panel pakar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ahli panel Jemaah Ulama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Penasihat Majlis Syariah Amanah Raya Berhad, Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Penasihat Syariah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Panel penilai Majlis Kelayakan Malaysia (MQA), Penasihat Akademik Jabatan Syariah dan Fakulti Pengurusan Muamalat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Ahli Komiti Syariah MAA Takaful dan Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ Malaysia.

Kepakaran Dr Luqman antaranya adalah Panel Pakar Penyelidikan Istilah Wakaf, Penilai Luar bagi Program di sebuah institusi pengajian di Kelantan serta Penilai Pakar bagi Kajian “Pengurusan Dan Kurikulum Pondok Di Malaysia, JAKIM. Beliau pernah mendapat penganugerahan Gold Medal Isu Kutipan Zakat Rentas Sempadan Di Malaysia Menurut Hukum Islam Universiti Malaya. Beliau juga penerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia, Darjah Kebesaran Negeri Kelantan.

Antara jawatan yang pernah atau sedang disandang oleh Dr Luqman adalah Ketua Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Ahli Jawankuasa Penyediaan Dokumen Semakan Kurikulum Program Sarjana Muda Syariah, Ahli Jawatnkuasa Pentadbiran UM Awqaf, Ahli Jawatankuasa Penyediaan Dokumen Akreditasi Semula LPKP 03-2016 APIUM dan pelbagai lagi tugasan serta jawatan akademik di peringkat universiti.

KESIMPULAN

Prof Asmadi dan Dr Lukman merupakan ahli akademik profesional dalam bidang kewangan Islam dan Usul yang berlatar belakangkan institusi pondok Turath.

Al-Faqir tidak mampu menyenaraikan kesemua pencapaian dua orang tokoh ini kerana terlalu banyak untuk ditulis. Malaysia sangat beruntung memiliki ilmuwan yang hebat begini. Walaupun mencapai pelbagai kejayaan profesional di peringkat kebangsaan atau antarabangsa, namun sikap humble atau tawaduk para ilmuwan hasil didikan dari pengajian pondok ini sangat al-Faqir kagumi.

Benarlah bahawa pelajar pondok juga boleh mencapai kejayaan yang gemilang. Malah, ramai lagi golongan pondok yang perlu kita cungkil kisah kejayaan mereka. Moga Prof Asmadi dan Dr Luqman dikurniakan kekuatan dan keberkatan oleh Allah bagi terus berjuang menabur bakti serta menyebarkan ilmu buat umat Islam di Malaysia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

IBN JAWI merupakan penuntut bidang Engineering di sebuah universiti. Beliau juga giat dalam pengajian Turath Islami secara Talaqqi Sanad bagi mengimbangi aspek duniawi dan ukhrawi. Beliau yang meminati topik Falsafah, Sejarah dan Politik merangka usaha kebangkitan ummah melalui Kalam & Qalam. Walaupun memiliki aliran pemikiran tersendiri, namun beliau terbuka untuk bertukar pandangan dengan mana-mana aliran pemikiran agar dapat memahami cara berfikir kelompok berlainan.

Comments are closed.