Secara umum, kita mengetahui tentang spesis-spesis ular dari kebanyakan siaran seperti Animal Planet, buku, media elektronik ataupun ke zoo.

Paling tidak pun dalam filem, Pasti ramai di antara kita pernah menonton filem berjudul Anaconda, bukan? Melalui filem sahaja kita dapat bayangkan betapa besarnya spesis reptilia ini.

Berita kurang baik buat individu yang mempunyai ophidiophobia, Dalam sejarah pernah mencatatkan kewujudan satu spesis ular bersize gergasi, iaitu spesis Titanoboa yang pernah mendiami kawasan Colombia pada zaman purba dahulu.

Setakat ini, Ahli Paleontologi menemui fosil rangka ular sebesar ini dan membuat penyelidikan ke atasnya, kemudian mereka mencipta ukuran-model bagi menentukan anggaran saiz ular tersebut.

Titanoboa – Raja Segala Ular

Model Titanoboa ular gergasi pernah dipamerkan di sebuah pameran di New York City’s Grand Central Terminal 2012.

Titanic boa

Nama Titanoboa diilhamkan dari perkataan ‘Titanic Boa’ oleh kerana ukurannya yang sangat besar. Ahli Paleontologi membuat anggaran bahawa Titanoboa mampu mencapai panjang maksimum 12.8 meter – 14.9 meter, dan berat mencecah lebih 1134kg! Manakala lilitan badan sekitar 0.9meter.

Sebagai perbandingan, secara purata spesis Anaconda atau nama saintifiknya Eunectes mampu membesar dan panjang mencapai sekitar 4.6 meter – 6meter dan seberat 227kg.

Illustrasi Titanoboa

Penemuan Titanoboa

Penemuan Titanoboa dibuat pada dekad pertama abad ke-21 di Cerrejón, sebuah lombong arang batu di bahagian utara Colombia. Kempen yang membawa kepada penemuan itu dimulai pada tahun 1994, ketika ahli geologi Kolombia Henry Garcia menemukan fosil yang tidak dikenalnya yang dilabelnya sebagai ‘Petrified Branch’ dan meletakkannya di dalam kotak paparan syarikat arang batu.

Pada tahun 2003, seorang pelajar geologi sarjana Kolombia bernama Fabiany Herrera berada di Cerrejón untuk lawatan lapangan ketika beliau menemui sisa-sisa tumbuhan yang telah difosilkan. Oleh kerana kawasan ini belum pernah diterokai oleh Ahli Paleontologi sebelumnya, Salah seorang penyelidik yang dijemput untuk menyertai ekspedisi itu ialah Scott Wing, kurator tanaman fosil di Smithsonian’s National Museum of Natural History.

Dalam hal ini, Scott Wing menyedari bahawa fosil Garcia tidak mempunyai ciri-ciri tumbuh-tumbuhan, kemudian mengirim gambar Fosil Garcia kepada pakar lain untuk diselidik. Jonathan Bloch, ahli paleontologi di University of Florida. Bloch mengenal pasti fosil itu sebagai bahagian tulang rahang haiwan darat.

Lakaran ukuran Rangka Titanoboa

Ini kerana fosil jenis vertebrata darat dari zaman Paleosen tidak pernah dijumpai di bahagian Amerika Selatan sebelum itu. Dipercayai terdapat lebih banyak fosil haiwan seperti itu di lokasi tersebut.

Mengenal Pasti Ular Titanoboa

Sehingga tahun 2007, bagaimanapun Vertebra Titanoboa belum dikenal pasti dan para penyelidik masih tidak mempunyai jawapan. Ketika fosil berlabel ‘buaya’ diperiksa. Satu lagi ekspedisi baharu dijalankan dengan harapan dapat menemukan lebih banyak tulang haiwan ini. Akhirnya, sebanyak 100 vertebra ular dari 28 haiwan dikumpulkan. Dengan tulang belakang, ahli paleontologi dapat membuat anggaran ukuran ular prasejarah.

Tahun 2012, sekali lagi penemuan penting mengenai Titanoboa yang dijumpai para penyelidik. Kali ini tengkorak ular dijumpai. Dikatakan penemuan ini jarang berlaku kerana tengkorak ular sangat rapuh dan biasanya akan hancur selepas haiwan itu m4ti.

Titanoboa Makan Apa?

Sekali ngap terus kenyang!

Salah satu keistimewaan tengkorak ini ialah ia mempunyai giginya yang rapat,  Ini telah menyebabkan para pakar membuat spekulasi bahawa Titanoboa adalah pemakan ikan spesis tertentu, bukan semua jenis ikan.

Namun, dengan mempertimbangkan ukurannya, Titanoboa menjadikan penyu dan buaya prasejarah sebagai menu habitatnya.

Pameran Smithsonia Titanoboa

Penemuan kemudian mendorong penciptaan model Titanoboa pada 2012 yang dipamerkan di Grand Central Terminal New York City untuk mempromosikan dokumentari Smithsonian Titanoboa.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.