Shingeki no Kyoujin atau Attack on Titan mendapat sambutan hangat bbnu millenial, remaja gen-z dan orang tua gen-y. Apa saja di dunia ini, boleh kita ambil hikmah kebijaksanaan jika dilihat secara halus. Apa kata kita perkenalkan hebatnya Tuhan secara analogi fiksyen ini. Maha kuasa Allah. Dakwah menuntut kita pandai menarik minat orang muda.

Dalam anime ni, di antara Titan paling tinggi adalah Colossal Titan. Kalau dikira tingginya sekitar 60 meter. Tinggi tu. Kagum kan. Agak-agak kalau ada depan mata mesti pengsan.

Perbandingan saiz.

Itu baru Colossal titan.

Malaikat Jibril lagi tinggi.

Dah tu Titan ni fiksyen, malaikat ni real. Nabi Muhammad saat pertama kali di Jabal Nur melihat Jibril dalam bentuk aslinya, baginda pitam.

Besarnya penghulu malaikat ni, sebelah sayapnya boleh menutup belahan timur, sebelah lagi menutup belahan barat bumi. Banyak sayapnya ada 600 buah. Satu belahan bumi ni kalau kita buat kiraan kasar mata kepala, macam dari atas tanah ke hujung langit, agak-agak besar mana? Ok kita try buat anggaran..

Kira-kira 14076 kilometer. Power tak sayap dia? Besar giler! Ni baru sayap. Kalau badan dia? Fuhhhh hebatnya ciptaan Allah.

Dah tu, bukan Jibril je malaikat paling besar. Ada lagi.

Rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibril, “Ya Jibril, adakah masih ada Malaikat yang lebih hebat daripada kamu?” Malaikat Jibril menjawab, “Ya, ada.” Malaikat Israfil mempunyai 1,200 sayap, yang satu sayapnya menyamai 600 sayap Malaikat Jibril. Sesudah itu, Rasulullah bertanya lagi,” Adakah Malaikat Israfil paling hebat?” Jawab Malaikat Jibril, “Tidak, Malaikat yang memikul Arasy Allah. Malaikat ini mempunyai 2,400 sayap yang satu sayapnya menyamai 1,200 sayap Malaikat Israfil”.

Subhanallah.

Kisah Isra Mikraj lebih real dan mengagumkan.

Nak menambahkan takjub kita kepada-Nya, bacalah Surah al-Maarij ayat 4;

“Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya).”

Masa itu tidak absolute. Tidak fixed.

Albert Einstein melalui Teori Relativiti menyatakan tempoh sesuatu masa yang dirasai seorang individu dengan individu yang lain boleh jadi berbeza. Begitulah di akhirat, setahun di mahsyar lamanya 1,000 tahun dunia.

Dengan menunggang Buraq, ramai ulama’ meyakini Isra Mikraj itu berlaku dalam tempoh satu malam sahaja. 11 destinasi Isra dan naik ke 7 petala langit semasa Mikraj semuanya dalam satu malam sahaja. Naik ke Sidratul Muntaha, Mustawa dan Arasy tanpa terlambat. Unbelievable! Hebat!

Buraq, makhluk berkaki empat yang bersayap itu bergerak sepantas kilat. Bahkan, namanya Buraq (البراق) jua berkait dengan perkataan برق yakni kilat.

Seberapa lajukah pula malaikat?

Malaikat ialah makhluk yang Allah ciptakan daripada cahaya. Dengan mengira kelajuan cahaya, mungkin kita dapat mengetahui lajunya malaikat. Malah mungkin lebih laju lagi. Tidak hairanlah masa menjadi lambat di sisi malaikat, hasil kepantasan sepantas cahaya mereka yang menakjubkan. Cahaya bergerak sepantas 299792458 meter per saat. Senang kata tak mustahil sekelip mata Nabi naik ke langit jika yang membawanya adalah makhluk daripada cahaya.

Andai dibandingkan kelajuan malaikat berdasarkan persamaan dilation masa, dengan 1 hari Malaikat bersamaan 50 ribu tahun, kita akan dapati yang kelajuan malaikat benar-benar menghampiri kelajuan cahaya. Logik, sebab Malaikat diciptakan daripada cahaya

Nabi Muhammad turun dari Hadrat Quds seusai bertemu Allah, baginda singgah ke Masjidil Aqsa di waktu fajar kazib. Kemudiannya Rasulullah pulang ke Mekah di saat fajar sadiq. Tahukah anda tempoh masa daripada Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram hanyalah kira-kira 30 minit sahaja!

Di sini kita saksikan keagungan Allah, tuhan semesta alam. Jika tuhan berkehendak, tiada apa yang mustahil. Masa adalah makhluk dan Dia yang menciptakannya. Maha suci Allah yang tidak tertakluk kepada masa. Malah tidak duduk di dalam tempat atau di luar tempat. Maha suci Allah yang tidak menyerupai apa pun khayalan kita.

Ashabul Kahfi tidur di gua selama 300 (syamsiah) atau 309 (qamariah) tahun. Tetapi mereka merasakan ia sebentar cuma. Bila ditanya, mereka rasa seperti tidur hanya sehari atau separuh hari. Masa yang panjang terasa pendek.

Sebagai hamba Allah, yakni semulia-mulia title yang diiktiraf al-Quran dalam Surah al-Isra’, kita beriman dengan semua yang disabdakan Nabi. Teori fizik ataupun penemuan saintifik bukanlah dalil utama bagi mempercayai peristiwa Isra Mikraj.  Bukannya di sini nak kata Jibril tu sama laju dengan cahaya. Tidak. Artikel ini sekadar suatu analogi bagi kita merenung kebesaran Allah.

Sebagaimana Abu Bakar al-Siddiq, jika yang berkata ialah Nabi, kita segera percaya tanpa perlu bertanya.

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ ﴿ ١ ﴾

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

(QS Al-Isra: 1)

RUJUKAN:

Syeikh Daud Abdullah al-Fathani. Kifayatul Muhtaj.

Study of Relativity Theory of Einstein: The Story of Ashabul Kahf and Isra’ Mi’raj. https://scie-journal.com/index.php/SiPoSE/article/view/48/28

Attack on Titan: Titan Size Comparison. https://www.youtube.com/watch?v=ZUtL68mvE_A&ab_channel=ShinigamiTales

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Comments are closed.