Titah Maharaja Terbaik Ming Yang Memuji Rasulullah S.A.W Dan Agama Islam

4,723

Pra-tempah hanya di Shopee

Jikalau ada titah Maharaja China yang menyebut nama Nabi Muḥammad ﷺ secara spesifik, ia adalah titah Maharaja Yongle kepada Imam Haji Miri. Muḥammad dieja dalam Bahasa Cina sebagai Mahama 马哈麻 (baris ke-3 dari kanan selepas tajuknya, 3 perkataan pertama di atas). Demikian titahnya –


[Terjermahan]

Titah kepada Haji Miri:
Beta percaya barang siapa yang ikhlas dan jujur akan menyanjungi Tuhan dan berkhidmat kepada Maharaja, maka dia juga akan membimbing rakyat dengan baik, sekaligus secara tidak langsung menyokong perundangan diraja. Maka, Tuhan akan memberkatinya, dan dia akan menikmati kebahagian hakiki. Wahai Haji Miri yang telah sekian mengamalkan ajaran Muhammad!

Anda seorang yang berbakti dan jujur, serta membimbing rakyat dengan baik. Anda juga menyanjungi Tuhan dan berkhidmat kepada Maharaja dengan penuh taat setia. Amalan sebegini layak dipuji dan diiktiraf. Maka, beta mengurniakan titah ini untuk melindungi rumah ibadatmu. Para pegawai, tentera, atau orang awam adalah dilarang menghina atau merosakkannya. Sesiapa yang mengingkari perintah beta akan menanggung kesalahan tersebut.

Menjunjung Titah
11 haribulan 5, tahun ke-5 Yongle (16 Jun 1407)

[Teks asal]

《谕米里哈只》
朕惟能诚心好善者,必能敬天事上,劝率善类,阴翊皇度。故天赐以福,享有无穷之庆。尔米里哈只,早从马哈麻之教,笃志好善,导引善类,又能敬天事上,益效忠诚。眷兹善行,良可嘉尚。今特授尔以敕谕护持,所在官员军民一应人等,毋得慢侮欺凌,敢有故违朕命慢侮欺凌者,以罪罪之。
故谕
永乐五年五月十一日

Siapakah Haji Miri? Beliau merupakan seorang pendakwah di Yangzhou.¹ Titah ini dinukilkan dalam Bahasa Cina, Parsi dan Monggol. Cap mohor dirajanya mempunyai 4 perkataan yang berbunyi Shuming Zhibao 敕命之宝 yang bermaksud “Cap Mohor Titah Diraja”.

Isi kandungannya pernah disalin untuk dipahat pada batu bersurat dan diletakkan di masjid-masjid sebagai langkah melindungi masjid tersebut daripada serangan diskriminasi, di samping untuk tatapan generasi masa depan tentang pengiktirafan diraja terhadap masyarakat Hui.

Setakat yang dikesan, terdapat 4 masjid yang memilikinya, iaitu Masjid Ashab di Quanzhou(مسجد الأصحاب/ 清淨寺), Masjid Fuzhou (福州清真寺) di Fuzhou dan Masjid Huimin Lorong Shapi (砂皮巷惠敏清真寺) di Suzhou.

Melihat kepada tarikh titah ini dikeluarkan, Laksamana Zheng He pada waktu itu sedang dalam pelayaran pulang ke China setelah selesai misi pelayaran pertamanya. Pada 2 Oktober 1407, beliau bakal bertembung dengan lanun Chen Zuyi di perairan Selat Melaka.² Juga pada bulan sama, Kesultanan Melayu Melaka mengutuskan dutanya untuk mengikuti beliau ke Balairung Istana di Nanjing untuk mempersembahkan ufti.³

Warqah titah asal ini adalah segulung sutera berukuran 72 cm × 10.5 cm. Ia dijumpai di kediaman Lan Xiaoyang 兰晓阳, pemangku Imam yang menjaga Maqam Puhading (普哈丁墓) di Yangzhou. Puhading adalah sebutan Cina untuk nama Burhanuddin. Dipercayai beliau adalah waris ke-16 Rasulullah dan merupakan salah seorang daripada 4 pendakwah terkenal di China, juga dikenali sebagai ‘4 Wali China’ (四大贤人) yang disebut dalam kitab Min Shu 闽书. Senaskah salinan telah dibuat dan disimpan di Muzium Istana Kebudayaan Suku Minoriti (北京民族文化宫) seperti yang dapat kita lihat dalam gambar ini.⁴

.
𝙇𝙄𝙆𝙀 & 𝙎𝙃𝘼𝙍𝙀
𝑳𝒆𝒈𝒂𝒔𝒊 𝒁𝒉𝒆𝒏𝒈 𝑯𝒆 ~ 鄭和遺風 ~ لڬسي چيڠ هو
ᴡᴡᴡ.ғᴀᴄᴇʙᴏᴏᴋ.ᴄᴏᴍ/ʟᴇɢᴀsɪᴢʜᴇɴɢʜᴇ

RUJUKAN:

1) Wang Huhua – Pendakwah Awal di Yangzhou
王虎华:扬州鲜为人知的穆斯林传教士,中国伊斯兰教协会,http://www.chinaislam.net.cn/…/history/201501/29-7894.html,2020年12月10日,dicapai 10 Dis 2020

2) Ming Shilu, Taizong Shilu, jilid 71

3) Ming Shilu, Taizong Shilu, jilid 71

4) Cultural Palace of Nationalities, Exhibition of Cultural Relics
民族文化宫馆藏文物精品展 ,民族文化宫,http://www.cpon.cn/special/details/42.html,2020年10月26日,dicapai 10 Dis 2020

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.