Tip Pengurusan Masa: “Time Management Matric”

400
views
Photo of hands holding paper cards with concept words

Pengurusan masa merupakan aspek terpenting dalam kejayaan seseorang. Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa anda dengan efektif dalam menjalani aktiviti harian. Kegagalan anda menguruskan masa dengan berkesan memberi kesan yang memudaratkan seperti pembaziran masa, stres, dan lain-lain.

Sejak daripada kita dibangku sekolah, kita diajar oleh guru untuk menguruskan masa dengan cermat. Antaranya dengan menggunakan teknik jadual harian. Namun, saya masih ingat bahawa ramai kawan-kawan saya ketika itu tidak langsung mempraktikkan jadual harian yang dibuat.

Stephen Covey memperkenalkan teknik yang baharu dalam pengurusan masa iaitu “Time Management Matric”. Lihat jadual dibawah:

Teknik ini berfokuskan pada pembahagian aktiviti yang kita perlu lakukan dalam kehidupan kepada 2 kategori utama iaitu “Important dan “urgent”.

Covey mendefinisikan “Important” sebagai tanggungjawab yang menyumbang kepada pencapaian matlamat seseorang. Manakala, “Urgent” sebagai tanggungjawab yang memerlukan perhatian yang segera.

Misalnya, rujuk rajah.

  1. Quadrant 1

– Bagi aktiviti-aktiviti atau tugasan yang bagi kita sangatlah penting dan perlu disegerakan.

-Iaitu bagi aktiviti yang memrlukan kita menangguh tugasan lain semata-mata bagi menyelesaikan aktiviti di dalam quadrant ini terlebih dahulu.

– Contohnya, menyiapkan tugasan yang mempunyai tempoh masa, jawab panggilan telefon dan habiskan kerja sekolah,

  1. Quadrant 2

– Bagi aktiviti atau tugasan yang sangat penting namun tidak perlu disegerakan.

-Menurut covey, aktiviti yang tersenarai dalam petak ini harus kita beri tumpuan untuk pencapaian matlamat jangka panjang.

– Oleh itu, ia kebiasaannya untuk aktiviti yang memerlukan tempoh masa yang lama dan melibatkan rancangan yang rapi.

– Contohnya, bersenam, rancangan pendidikan dan rancangan kerjaya.

  1. Quadrant 3

– Bagi aktiviti atau tugas yang tidak penting namun perlu diselesaikan dengan segera.

– Covey mengesyorkan meminimumkan atau menghapuskan tugas-tugas ini kerana mereka tidak memberi sumbangan yang jelas dalam kehidupan kita.

– Kebiasaannya, quadrant ini melibatkan menyelesaikan aktivit yang mengganggu fokus kita dalam aktiviti harian yang lain.

-Oleh itu, ia perlu diselesaikan dengan segera agar tidak membebankan kita di kemudian hari.

– Contohnya, balas pesanan rakan

  1. Quadrant 4

– Bagi aktiviti atau tugas yang langsung tidak penting dan tidak perlu disegerakan.

– Malah menurut Covey, aktiviti ini juga perlu diminimumkan atau dihapuskan kerana ia hanya akan membuang masa.

– Contohnya, menghabiskan masa dalam media sosial, menonton televisyen selama berjam-jam dan membeli belah berkurun-kurun lamanya.

Kesimpulannya, penggunaan “Time Matric” ini membolehkan kita jelas akan aktiviti yang perlu kita lakukan terlebih dahulu. Oleh itu, ia terpulang pada pembaca sama ada hendak mempraktiknya ataupun tidak.

P.S. Contoh yang diberi merupakan pendapat penulis. Pembaca boleh mengaplikasikan aktiviti mereka yang tersendiri mengikut kesesuaian masing-masing.