Ramai tertanya-tanya kenapa “mass shooter” bernama Stephen Paddock yang meragut nyawa 59 orang di Las Vegas semalam tak dikategorikan sebagai “terrorist”.

Tidak dinafikan media Barat ni mengamalkan “double standard”. Sekiranya pembunuh tu Muslim, laju je nak dikaitkan dengan Islam. Tapi kalau pembunuh tu berkulit putih, tak ada pulak nak dikaitkan dengan keturunan atau agamanya.

Tapi nak mengkategorikan mass shooter sebagai “terrorist” pun tak tepat sebenarnya. Kalau semua jenayah membunuh orang awam dikategorikan sebagai “act of terrorism”, naye polis nanti semua kena jadi “special anti-terrorist force”.

Perkara yang membezakan “terrorist” dan “criminal” (penjenayah) ialah MOTIF POLITIK.

Perkataan “terrorism” berasal daripada peristiwa “Reign of Terror” (La Terreur) semasa Revolusi Perancis (1789-1799). Dari September 1793 hingga Julai 1794, Jacobin Club di bawah Maximilien Robespierre memegang kuasa setelah mengusirkan Girondist Club.

Untuk mencantas musuhnya daripada kalangan Girondist, Robespierre mengarahkan hukuman bunuh tanpa bicara terhadap mereka yang disyaki “mengkhianati revolusi”. Hukuman pancung dibuat secara terbuka di Place de la Concorde tiap hari agar menanam perasaan takut (fear atau “terreur” dalam Bahasa Perancis) di kalangan orang awam agar tidak mencabar Jacobin. Tapi disebabkan “terror” sangat punya pasal, orang Jacobin pun takut mereka akan jadi sasaran seterusnya dan Robespierre akhirnya digulingkan dan dipancung sekali.

Jadi, definisi “terrorist” adalah mereka yang menggunakan pendekatan keganasan (violence) untuk mencipta suasana ketakutan (terror) demi mencapai tujuan politik. Sesuatu tindakan bukan “act of terrorism” jika kekurangan salah satu daripada 3 elemen tersebut (keganasan, politik, ketakutan).

Khawarij dikira “terrorist” kerana mereka menggunakan keganasan untuk mencapai tujuan politik. Peristiwa “mass shooting” yang selalu berlaku di US tu tak boleh dikira sebagai “act of terrorism” melainkan ia bermotifkan politik, seperti sambil tembak sambil jerit “Aryan Power” atau “White Men Never Die”.

Kebanyakan kes “mass shooting” ni dilakukan oleh “psychopath” yang mempunyai “antisocial tendency”. Mereka membunuh samada untuk mendapatkan kepuasan, membalas dendam, atau “frust” dengan hidup. Dan kebanyakan mereka ni akan membunuh diri selepas melakukan pembunuhan.

Dalam kes ini, Paddock mengganas samada terpengaruh dengan ayahnya (yang merupakan penjenayah tegar), atau kecewa dengan hidup (banyak berhutang), atau mengamuk kalah judi. Tindakannya bukan kenyataan politik.

“Terrorist” boleh datang dari apa jua latar belakang, tak kira Muslim, Kristian (Ku Klux Klan), Buddhis (Gerakan 969 di Myanmar), Hindu (Abhinav Bharat di India), Yahudi (Zionis) atau Ateis (Society of the Godless di Soviet Union). Boleh terdiri daripada penganut ideologi kiri (Japanese Red Army) atau ideologi kanan (Aryan Brotherhood). Ada yang berjuang untuk pemisahan (ETA di Basque, Sepanyol), ada yang berjuang untuk penyatuan negara bangsa (IRA di Ireland dan Northern Ireland).

Kita boleh bantah “selective bias” media dalam melaporkan terrorism (hanya highlight “Muslim terrorist” tapi bukan terrorist lain), tapi tidak bermakna kita perlu pertikaikan kenapa mass shooter tidak dipanggil sebagai terrorist.

Cuma ada “thin line” antara “terrorist” dan “freedom fighter”. Kalau perjuangan tak berjaya, maka dilabel sebagai terrorist. Kalau perjuangan berjaya, maka dinamakan sebagai freedom fighter.

Contohnya pengasas (“Founding Fathers”) US banyak menggunakan taktik “terror” semasa memperjuangkan kemerdekaan daripada British dan merampas tanah Red Indians. Tapi disebabkan US berjaya, maka mereka tidak dikategorikan sebagai “terrorist” oleh sejarahwan. History is written by the victors.

Penggunaan istilah secara betul pun satu cabang ilmu juga. Begitu juga dengan istilah-istilah lain seperti “rebel” dan “insurgency”. Semua membawa makna khusus.

Yang saya tak faham ialah dari mana datangnya istilah “terer” dalam Bahasa Melayu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Leave A Reply