Dalam sejarah, ada tiga penularan wabak yang mengubah laluan sejarah, dicatat dengan baik kerana telah memberi kesan sangat besar kepada garisan masa ketamadunan manusia yang wujud ketika itu.

Pertamanya ‘Plague of Justinian’ pada tahun 541-542, diikuti oleh ‘Bubonic Plague’ atau ‘Black Death’ berlaku dalam beberapa tempoh berbeza sepanjang 1347-1671 dan ‘Bombay Plague’ pada 1896-1897.

Dalam catatan Arab, ada menceritakan bagaimana ‘Plague of Justinian’ yang berlaku pada abad ke-6 itu telah menyebabkan kematian sahabat Rasulullah.

Lebih diperincikan lagi bagaimana para sahabat hidup dan berani menghadapi penularan wabak dengan menentangnya atas nama tauhid, tidak semata-mata berserah atas nama ‘takut kepada Allah’ sahaja.

Para sahabat ketika itu percaya asas kepada agama adalah memelihara nyawa dan menjaga nilai-nilai manusiawi dan sivil sebuah masyarakat Islam yang melengkapi kehidupan mereka dengan pengetahuan, usaha, doa dan tawakal kepada Allah ketika menghadapi bencana wabak.

Kegelapan dalam kehidupan dan struktur sosiobudaya Eropah pada suatu ketika yang lainnya adalah disebabkan sifat sebahagian kelompok gereja dan taksub kepada Kristian ketika menghadapi Black Death.

Ketakutan dan kebinasaan masyarakat Eropah ketika itu mencapai kemuncaknya hingga apabila pihak gereja sudah habis ikhtiar dan putus harapan.

Saat mereka tersedar bahawa kematian tetap datang mendatangi mereka walaupun semuanya berlindung di sebalik dinding gereja mereka mula menyalahkan kaum Yahudi, membunuh mereka dengan alasan bahawa kaum Yahudi inilah sebenarnya yang membawa kemurkaan Tuhan ke atas mereka.

Sebahagian cendekiawan dan sarjana Islam pula pernah menempuh kehidupan ketika tibanya endemik yang dinamakan Wabak Amwas (dipanggil juga Taun), kerana berasal dari kota kecil itu yang kini terletak dalam Palestin moden.

Abu Aswad Al-Duwali seorang Parsi yang merupakan antara pelopor asas ilmu sastera dan bahasa Arab yang terkemuka, misalnya telah meninggal dunia akibat taun.

Ketika wabak taun melanda, Ibn Hajar Al-Asqalani, seorang ulama fiqh diceritakan telah kehilangan bukan seorang, tetapi tiga orang puterinya kerana wabak taun tersebut. Mereka ialah Fatimah, Aliyyah dan puteri sulung yang ketika itu sedang hamil iaitu Zin Khatun.

Namun apa yang Al-Asqalani lakukan bagi mengisi kekosongan akibat kematian anaknya menginsafkan kita. Beliau telah menulis kitab tentang amalan kebersihan dan kesihatan untuk rujukan ilmu perubatan.

Al-Asqalani menulis kitab “Badzl Al-Ma’un Fi Fadhl Al-Tha’un”. Karyanya ini telah digunakan dalam kajian oleh Ahmad Isham Abdul Qadir yang padanya mengulas perincian tentang jenis-jenis wabak termasuk taun dan Black Death, menghimpunkan pandangan ahli perubatan, cara mencegah dan amalan kebersihan bagi menghindari wabak-wabak ini.

Malah kitab tersebut turut menggariskan hukum syahid bagi mangsa wabak serta bagaimana sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang Muslim ketika menghadapi kesukaran dan bencana wabak.

Sesungguhnya, mereka ini jauh dari sekadar berserah dan menjadi pasrah hanya menyerah pada takdirNya.

Pandangan dan sikap rasional dalam beragama sebegini turut menjadi amalan ramai lagi ilmuwan Islam. Cara mereka menghadapi dan menangani bencana wabak wajar terus menjadi contoh kita selaku umat Islam yang wajib patuh pada suruhan dan akur pada larangan Allah dan Rasulullah.

Demi manusia, kerana Allah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.