‘India’ memikul konotasi yang bukan kecil. Ia menempatkan salah satu tamadun tertua di dunia. Raja agungnya pula cukup perkasa dalam menyekat kemaraan Seleucus si pengganti Alexander. Di bumi itu juga, lahir ajaran besar yang dianuti 1.2 billion manusia – menjadikan Hindu sebagai agama ketiga terbesar selepas Kristian (2.4 billion penganut) dan Islam (1.9 billion penganut).

Di pentas moden, India turut tidak ketinggalan menjadi antara pemain utama. Baik ia dalam hal populasi, ekonomi, mahupun teknologi. Sebagai negara berpopulasi kedua terbesar di dunia, India menduduki tangga kelima dalam hal ekonomi dan dijangka akan memintas Jepun di tempat ketiga menjelang  tahun 2031.

Jika ditinjau daripada sudut teknologi pula, nama India ikut muncul sebagai satu daripada sepuluh negara paling aktif dalam usaha penerokaan angkasa – menyusuli Amerika Syarikat, China, Russia, Jepun, dan United Kingdom.

Usahanya paling terkini baru sahaja dilakukan pada 12 Ogos yang lepas, melibatkan pelancaran satelit dari Pusat Angkasa Satish Dawan. Ini sekali gus menjadikan 2021 sebagai tahun ke-46 India berkecimpung dalam penerokaan angkasa, dengan pelancaran Aryabatta pada 1975 adalah yang pertama.

Kesemua kemajuan ini bagaimana pun tidak menjamin India sebagai sebuah negara yang ideal. Banyak cacat-cela yang melompongi sisi sempurnanya. Sebagai misalan, cuba ambil Indeks Pembangunan Manusia sebagai ukuran.

Untuk tahun 2020, India menduduki tangga ke-131 daripada 189 buah negara. Ia sedikit di hadapan Bangladesh (ke-133) dan Pakistan (ke-154) namun jauh ketinggalan di belakang negara kecil seperti Malaysia (ke-62).

HDI India pada 2019 dan 2020

India juga dilabel pada 2011 sebagai negara keempat paling tidak selamat buat wanita menyusuli Afghanistan, Pakistan, dan Somalia terutama dalam tiga hal utama – kega.na.san dan gangguan se.ks.ual, an.ca.man daripada amalan tradisional, dan ri.si.ko pemer.dagangan manusia (termasuk ri.siko menjadi bu.ruh paksa dan ham.ba).

Sementara itu, Forbes menerusi Women’s Danger Index pula meletakkan India sebagai negara ke-9 paling tidak selamat buat wanita selepas Afrika Selatan, Brazil, dan Iran. Indeks tersebut dinilai berdasarkan kadar keselamatan di jalan, kadar pembu.nuhan, kadar kega.na.san sek.sual sesama bukan-pasangan, kadar kega.na.san domestik, dis.kri.minasi undang-undang, dan jurang antara jantina.

Keadaan sebegini berlaku di kala India dilimpahi ramai tokoh wanita baik dalam legenda mahupun sejarah. Nama-nama seperti Rani Padmavi, Sultana Raziya, Maharani Durgavati, Rani Lakshmibai, dan Ahilya Bai Holkar bukanlah nama asing bagi telinga mereka.

Ia seumpama orang Melayu mengenali Adruja, Tun Fatimah, dan Keumalahayati. Atau orang China mengenali Wu Zetian dan Ng Mui. Atau orang Celt mengenali Boudicca. Atau orang Afrika mengenali Amina dan Nandi.

Jadi, dengan segala nama besar ini, mengapa wanita di India masih diketepi dan mengalami ba.haya sebegitu rupa? Jawapan ringkasnya, kasta dan budaya. Sehingga hari ini, dua perkara itu menunjangi segala sikap dan layanan yang diterima wanita di sana – dan hal ini cuba disoroti oleh artikel menerusi tiga stigma dan budaya di bawah.

Dis.kri,mi.nasi Di Saat Menstruasi

April lepas, negara kita dihangatkan dengan satu isu. Iaitu, pelecehan maruah pelajar wanita di sekolah berasrama atas alasan pemeriksaan datang bulan – sama ada disuruh menunjukkan pad, dicalit tuala wanita yang sedang dipakai menggunakan jari, tisu, atau kapas, atau bahkan dira.ba pangkal pahanya semata-mata untuk memastikan yang mereka pakai tuala wanita. Isu ini cukup hangat, sampaikan laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan pun mengeluarkan rencana khusus bagi memurnikan keadaan.

Senario hampir sama turut berlaku di India pada tahun lalu. Seramai 68 orang pelajar di hostel Kolej Perempuan Shree Sahjanand,disuruh menanggalkan pakaian di hadapan pengetua dan tiga orang warden. Tujuannya tidak lain adalah pemeriksaan datang bulan.

Namun, apa yang menjadi kerisauan bukanlah pemeriksaan itu semata. Tetapi peraturan yang ditetapkan oleh kolej berkenaan ke atas pelajar-pelajar yang datang bulan – mereka dilarang bersosial, dilarang memasuki dapur dan bilik ibadat, disuruh gunakan utensil berasingan, disuruh duduk di kerusi paling hujung di kelas, dan paling haru, disuruh tinggal berasingan di ruang basement. (Times of India, 2020)

Wanita yang datang bulan diasingkan di pondok sebegini

Ketetapan tersebut mencerminkan realiti di India. Wanita-wanita yang datang bulan bukan hanya dilarang duduk di atas sofa atau baring di katil. Mereka malah diasingkan di sebuah pondok di luar rumah kerana dianggap kotor.

Bercakap tentangnya juga tab.oo hatta sesama jantina. Sampaikan dua pertiga anak perempuan di India tidak mempunyai pengetahuan tentang menstruasi kecuali setelah mengalaminya buat kali pertama (Bhatia, 2020). Lebih buruk, seramai 23 juta pelajar di India berhenti sekolah setiap tahun kerana ke.ca.man rakan dan kurang akses kebersihan seperti tandas dan tuala wanita (BBC, 2020).

Harga tuala wanita di sana memang tidak jauh berbeza dengan di Malaysia. Sekitar 100-250 rupee (RM4.85 – RM14.54) sahaja (Bhatia, 2020). Tetapi, ‘sahaja’ itu hanya untuk kita. Bagi mereka, ia ‘sia-sia’. Atau paling tidak, ia tidak lebih penting berbanding makanan. Lebih-lebih lagi kerana purata gaji bulanan mereka hampir dua kali lebih rendah berbanding kita, iaitu 29,400 rupee (RM1,650, berbanding RM2,900 di Malaysia).

Keadaan ini menyebabkan hanya 58% sahaja dalam kalangan wanita berusia 15-24 tahun di India gunakan pad. Selebihnya cuma pakai kain lama, daun, atau surat khabar. Sebagai kesan, ramai yang alami jang.kitan penya.kit, masalah ketidaksuburan, dan kan.ser servik. Isu ini bukan isu remeh. Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), sebanyak 27% kema.tian kanser ser.vik global disumbangkan oleh wanita-wanita India. (Severns, 2021)

Seberapa ramai 27% itu? Kalau data tahun 2018 merakamkan jumlah kema.tian mencecah 311,000 orang, maka ia bermakna India menyumbangkan seramai 83,970 orang. Besar tidak besar jumlah ini, ia sedikit lebih berbanding angka kor.ban pele.tupan Nagasaki (c. 70,000 orang).

Hanya 58% remaja berusia 15-24 tahun menggunakan tuala wanita, selebihnya hanya pakai kain lama, daun, dan surat khabar

Semua itu gara-gara stigma yang dipalitkan ke atas fitrah alami wanita. Sampaikan, timbul pihak yang mempersoal; kalau kerajaan sejak berdekad-dekad boleh sediakan kon.dom secara percuma di hospital bagi mengawal populasi, mengapa dasar sama tidak boleh dilaksanakan untuk menyediakan tuala wanita? (Bhatia, 2020)

Semenjak dunia meraikan Hari Kebersihan Menstruasi setiap 28 Mei bermula dari tahun 2014, suara-suara sebegini tidak lagi asing hatta di India. Hinggakan pada 2018, wujud filem Padman bagi mendedahkan kemiskinan haid yang melanda negara itu. Kri.tikan dan gesaan sebegini berkesan dalam menggerakkan kerajaan India untuk melu.puskan cukai 12% yang sebelum itu dikenakan ke atas produk-produk kebersihan wanita – memadai atau tidak, ia setidaknya satu petanda ke arah lebih baik harapnya (BBC, 2020)

Feti.sida Wanita

Dua tahun lalu, India dikejutkan dengan satu fenomena aneh – dalam tempoh tiga bulan, tiada bayi perempuan dilahirkan di 132 buah kampung di Uttarakhand.

Sedangkan dalam tempoh masa yang sama, seramai 947 bayi dilahirkan di seluruh 500 kampung, termasuk 132 kampung tadi. Nisbah jantina juga menunjukkan yang secara keseluruhan, kelahiran bayi perempuan lebih ramai iaitu 479 berbanding 468 orang. (Kuchay, 2019)

Keadaan ini justeru menimbulkan satu persoalan; apa yang terjadi di 132 buah kampung tersebut? Kenapa boleh tiada langsung bayi perempuan dilahirkan di sana, sedangkan di 368 buah kampung lain elok sahaja ada?

Jawapannya terletak pada budaya feti.sida wanita (female fe.tici.de), iaitu penggu.guran bayi perempuan lantaran bias jantina (gender bias).

Menurut Institusi Penyelidikan Populasi (PRI). sepanjang tempoh 1990-2018 terdapat 15.8 juta kes feti.sida wanita di India dengan tahun 2018 sahaja menyaksikan jumlahnya mencecah 550,000 orang (Gopalakrishnan, 2019).

Sementara itu, laporan Dana Populasi PBB (UNFPA) pada tahun 2020 pula mendapati jumlah bayi perempuan yang ‘hilang’ di India adalah seramai 45.8 juta orang. Ini sekali gus menjadikan negara itu penyumbang kedua terbesar bagi kes feti.sida wanita global (142.6 juta kes) selepas China (72.3 juta kes). (Sarkar, 2020)

India adalah negara keempat dengan nisbah jantina tidak sekata, berpunca daripada feti.sida wanita yang berleluasa

Salah satu faktor utama yang mendorong feti.sida wanita di India adalah budaya hantaran perkahwinan. Di sana, budaya itu diamalkan secara terbalik. Keluarga pengantin perempuan yang perlu berikan emas, wang, kereta, rumah, atau kebendaan lain kepada keluarga pengantin lelaki. Tujuannya, supaya dapat meringankan beban suami dalam menjaga isteri. Atas sebab itu, mempunyai anak perempuan dilihat sebagai bebanan. Terutama bagi keluarga yang sudah sedia miskin.

Lagipula, bukan sedikit kes negatif yang melibatkan hantaran perkahwinan. Dianggarkan, seramai 20 orang wanita ma.ti setiap hari akibat hantarannya yang kecil diperlecehkan oleh keluarga mertua. Mereka ini sama ada dibu.nuh atau bu.nuh diri (Gupta, 2021)

Justeru, fetisida wanita berleluasa di India walaupun akta yang mengharamkannya sudah pun dipinda sejak tahun 1994.

Keadaan ini mengakibatkan India dilabel sebagai negara keempat dengan nisbah kelahiran tidak sekata – selepas Liechtenstein, China, dan Armenia – di mana bagi setiap 112 bayi lelaki hanya ada 100 bayi perempuan, Dalam erti kata lain, bagi beberapa kawasan, kaum lelakinya sukar mencari isteri. Ini sekali gus mendorong kepada masalah seterusnya, iaitu perkahwinan bawah umur (Gopalakrishnan, 2019).

Perkahwinan Bawah Umur

Secara teknikal, perkahwinan bawah umur adalah ha.ram di India. Ini berikutan pindaan Akta Larangan Perkahwinan Kanak-Kanak 2006 yang menggariskan bahawa mana-mana ibu bapa yang membiarkan anak berusia bawah 18 tahun (wanita) dan 21 tahun (lelaki) akan diden.da sebanyak RM6,407 dan dipen.jara dua tahun.

Kerajaan India semenjak dekad kebelakangan sememangnya komited untuk membasmi perkahwinan bawah umur dan perkahwinan paksa.

Contohnya pada 2013, Kementerian Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak menggubal Pelan Tindakan Negara yang menumpukan usaha ‘menguatkuasakan undang-undang, memperbaik norma dan minda masyarakat, memperdayakan remaja, menambah kualiti pendidikan, dan menyebarkan lebih banyak kesedaran (Lal, 2020).

Usaha tersebut sedikit-sebanyak membuahkan hasil. Ia berkesan mengurangkan peratusan kes dari 47% (untuk tahun 2005-2006) kepada 27% (untuk tahun 2015-2016), menurut UNICEF.

Namun, angka itu sebenarnya masih tinggi. Dianggarkan, seramai 1.5 juta perempuan bawah 18 tahun di India berkahwin setiap tahun. Ini mewakili lebih 10% kes global, iaitu 12 juta kes (Pathak & Frayer, 2020).

Apa yang membimbangkan tentang perkahwinan bawah umur ini adalah kerana ia mencabut hak pendidikan dan mendedahkan mereka kepada kega.nasan domestik dan ri.siko kelahiran. Menurut WHO, sebab utama kema.tian remaja perempuan berusia 15-19 tahun adalah komp.likasi semasa bersalin (Lal, 2020).

Perkahwinan bawah umur mencabut peluang pendidikan dan cenderung meneruskan kitaran itu generasi demi generasi

Pandemik COVID-19 yang menimpa setahun dua ini meruncingkan lagi keadaan. Sebelum adanya pandemik, pelajar-pelajar darioada keluarga berpendapatan rendah diberikan skim makanan tengahari percuma. Namun, ia tidak lagi dapat dimanfaatkan berikutan penutupan sekolah. Jadi untuk kurangkan tanggungan, anak-anak perempuan ini pun dikahwinkan.

Dianggarkan, sepanjang Mac-Mei tahun lalu sahaja ada 5,200 kes perkahwinan bawah umur yang berjaya dielak atau ditunda oleh talian kanak-kanak yang didanai kerajaan (Lal, 2020).

Sebahagiannya dengan memberi pesanan keras kepada ibu bapa, “Kalau buat macam itu, ia sama macam kamu benarkan orang ro.gol anak sendiri.” Ada pula yang dipujuk dengan bantuan kewangan. Yakni, kalau ibu bapa bersetuju untuk tangguhkan perkahwinan sehingga anak tadi mencapai usia 18 tahun, maka kerajaan akan berikan bantuan (Pathak & Frayer, 2020).

Betapa ia menggambarkan runcingnya isu perkahwinan bawah umur di India.

RUJUKAN:

Bhatia, Isha. (2020, 25 November). Opinion: When will India give women the right to (ditapiskan)? DW.

BBC. (2020, 28 May). Why India must (ditapiskan) the shame of period stain.

Gopalakrishnan, Manasi. (2019, 8 January). Female (ditapiskan) in India – a paradox of development? DW.

Gupta, Rudrani. (2021, 26 June). 20 Women (ditapiskan) a Day: Dowry (ditapiskan) Still a (ditapiskan) Reality in India? She The People.

Kuchay, Bilal. (2019, 23 July). India probes as no girl is born in three months in 132 villages. Al-Jazeera.

Lal, Neeta. (2020, 8 September). Early Marriages in India: No Child’s Play. The Diplomat.

Pathak, Sushmita & Frayer, Lauren. (2020, 5 November). Child Marriages Are Up in the Pandemic. Here’s How India Tries to Stop Them. NPR.

Sarkar, Sravani. (2020, 1 July). About 4.6 crore female ‘missing’ in India due to son preference: UNFPA report. The Week.

Severns, Charlotte. (2021, 26 May). (ditapiskan) the Stigma of Menstruation in India. Borgen Magazine.

Times of India. (2020, 14 February). 68 girls in Kutch institute hostel forced to undergo ‘(ditapiskan)’ test.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.