Sempadan, ekonomi dan identiti bangsa – menjadi akar perjuangan dalam politik pasca moden

Kebakaran gereja purba zaman Gothik – Notre Dame di Paris, Perancis pada tahun ini mencetuskan kehibaan seluruh warga Tamadun Barat. Sama seperti kebakaran Muzium Nasional Brazil di Rio de Janeiro pada tahun lalu, ia mencetuskan perasaan ‘kehilangan yang tidak boleh diganti’.

Kehilangan ini mencetuskan kehibaan, lalu kemarahan mula timbul apabila establishment liberal demokrasi tidak mempedulikannya, bahkan menjadikan ia sebagai satu jenaka.

Presiden Perancis, Emannuel Macron mahu Notre Dame dibina semula dengan melantik Norman Foster sebagai arkitek untuk pembinaan semula.

Jika anda arif dalam bidang architecture, Norman Foster adalah arkitek yang mereka semula Reichtag di Jerman, Bangunan 30 St Mary Axe di London dan pembinaan Apple Park di San Francisco.

Semua bangunan yang berbentuk macam rekabentuk alien yang makin bercambah di dunia yang korang nampak ni, nama rekaan ini ialah neo-futurism. Antara arkitek yang popular dalam rekaan macam ni selain Norman Foster ialah Zaha Hadid, Eero Saarinen dan Santiago Calatrava.

Mungkin nama-nama ni korang tak kenal, tetapi sebagai bekas pelajar architecture macam aku, nama-nama ni dipaksa untuk aku hafal masa aku belajar kat UiTM dulu.

Rekabentuk bangunan seperti alien ini juga berjangkit di Malaysia seperti rekaan Bangunan Mesiniaga yang direka oleh Ken Yeang (rekaan ini dipanggil structural expressionism, akar kepada neo-futurism), Menara Telekom dan Stadium Shah Alam yang direka Hijjas Kasturi dan Menara Berkembar Petronas yang direka oleh Cesar Pelli dan Fazlur Rahman Khan.

Kalau korang tengok design bangunan ni, design bangunan ni sama macam di Eropah, Amerika dan Asia. Design bangunan bentuk pelik (dan adakalanya macam pelir) ini sering menyakitkan hati pencinta arkitek yang dambakan keindahan identiti budaya dalam rekabentuk bangunan.

Dan bangunan – salah satu identiti bangsa, juga hilang dalam kehidupan masyarakat. Bangunan semua bentuk sama dengan gunakan material yang sama. Dan ini mencetuskan kemarahan ramai orang.

Identiti budaya – seperti arkiteksur, masakan, muzik, fesyen dan banyak lagi – kini ditenggelamkan oleh modeniti yang menghasilkan reka bentuk dan budaya uniformiti.

Ini ditambah pula dengan kebanjiran imigran dari luar memenuhi bandar-bandar utama dunia, dan pihak elitis establishment mahu menjadikan semua bandar dengan rekabentuk yang uniformiti serta menghancurkan identiti bangsa yang mereka labelkan sebagai “sisa terakhir fasisme sejak Perang Dunia Kedua”.

Kebanjiran para imigran ini mencetuskan keresahan orang ramai, terutamanya kelas pekerja yang semakin sukar mendapatkan peluang pekerjaan kerana perindustrian di negara mereka semakin merosot, dan kena bersaing pula dengan teknologi baru serta automasi.

Apabila orang ramai sudah semakin sukar dalam menyaingi dalam ekonomi, datang pula imigran dengan menawarkan gaji yang lebih rendah, menyebabkan mereka semakin sukar untuk meneruskan kehidupan.

Dan itu menimbulkan keresahan ketiga – sempadan negara. Rakyat merasakan sempadan negara mereka poros dan mudah diceroboh warga asing.

Tiga perkara ini – sempadan, identiti budaya dan ekonomi, dipanggil sebagai post-security politic issues. Tiga isu ini yang memenangkan kem Brexit di UK, Donald Trump di Amerika Syarikat, Matteo Salvini di Itali dan Jair Bolsonaro di Brazil.

Mereka yang pro liberal globalis demokrasi melihat tiga perkara ini sebagai “fasis, nasionalis dan populis”, dan ditambah pula dengan sayap Cultural Marxist yang menyusup dalam kelompok mereka selepas runtuhnya Soviet Union pada 1991 – menyertai golongan liberal elites menerusi pentadbiran Bill Clinton pada tahun 1993 dan Tony Blair ketika menjadi Perdana Menteri pada 1997.

Kebimbangan orang awam tentang identiti yang hilang, peluang pekerjaan yang hilang, dan sempadan negara yang semakin menipis, menyebabkan kebangkitan rakyat dalam peristiwa Brexit dan kemenangan Donald Trump.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.

Comments are closed.