Moving Forward As One

Tiga Kesilapan Terbesar Arab Yang Melahirkan Negara Haram Israel

2,344

PayLater by Grab

Warga Arab di bumi Palestin terdiri daripada golongan fellahin (petani miskin), yang teruk dihimpit semasa pentadbiran Uthmaniyah (Yazbak, 2000).

Datang pula British kemudian menyusahkan lagi hidup mereka dengan cukai tidak berperikemanusiaan terhadap industri pertanian. Sepanjang 1920-an harga produk mentah tidak stabil dengan hasil tuai tidak menjadi.

Selama 20 tahun fellahin menghadapi nasib ini: kais pagi makan petang, kais petang makan esok pagi.

Sewa tanah pula melambung sekitar 1930-an, kerana pemilik Arab jual kepada agensi penempatan Yahudi seperti Keren Kayemet Yisrael. British mula garu kepala apabila ramai Arab kehilangan tanah bermula 1931 (Anderson, 2017).

Budaya Fellahin.

Tidak lama kemudian, warga Arab pun bangkit. Mereka menggulingkan sistem tradisionalis bangsa sendiri terlebih dahulu. Selama ini mereka hidup dalam sistem elitisme tanpa seorang pemimpin rasmi.

Hampir 20,000 nya.wa melayang kerana kebangkitan antara 1936-1939 (Hughes, 2009). Pemimpin mereka seperti Mohammed Amin al-Husyani dan Izzat Darwaza pula dihalau selepas kekalahan teruk ini.

Tetapi kebangkitan ini memberi impak besar terhadap Empayar British. Setelah meneliti, Perdana Menteri Neville Chamberlain mengemukakan sebuah permohonan rasmi kepada Dewan Perwakilan. Mereka mencapai persetujuan untuk:

  1. Menubuhkan sebuah negara Yahudi dan negara Palestin dalam masa 10 tahun.
  2. Mengehadkan imigrasi Yahudi. Hanya 75,000 orang saja dibenarkan dalam masa lima tahun. Warga Arab perlu membuat keputusan jika ingin terima lebihan yang lain.
  3. Hanya 5 peratus daripada seluruh Palestin boleh dibeli kaum Yahudi.

Cadangan ini agak baik, memandangkan Palestin sedang cuba pulih selepas peper.angan dan imperialisme. Tetapi kepimpinan Arab pula berbe.lah-bahagi, Cuma Raghib al-Nashashibi saja sedia menerima.

Pihak Haj Amin Effendi al-Husseini menolak; begitu juga semua kumpulan Zionis. Bagi British, apa yang berlaku bermula hari itu perlu diharung saja. Kerana dalam masa 10 tahun, British akan melepaskan Mandat Palestin kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Hari Keramat Pun Tiba

Lima bulan sebelum tarikh penyerahan, pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sudah duduk bersidang dan mencapai persetujuan untuk membahagikan mandat bakal dimiliki mereka.

Kesilapan pertama Arab bermula sini: mereka tiada akses yang saksama dalam perbincangan ini. Beberapa pertubuhan Yahudi terlibat dengan PBB dalam pembahagian ini.

Apabila keputusan diumumkan, David Ben-Gurion yang mengetuai Agensi Yahudi Palestin pun bersetuju.

David Ben Gurion

Warga Arab pula menolak, kerana mendapat 22 peratus sahaja (daripada saiz asal Mandat Palestin). Selebihnya dianugerahkan kepada Zionis untuk menubuhkan Israel (nama ini dicadangkan Ben-Gurion sendiri).

Pembahagian menurut PBB.

Sepanjang masa Arab dan Yahudi berkelahian, dengan British sekadar senyum dan melambai saja. Jarang British masuk campur, kerana ini bukan tanah mereka. Melihat perkembangan ini, Amerika Syarikat dibawah Harry S. Truman bertukar dasar.

Truman tidak lagi menyokong Pelan Pembahagian PBB (Rosenthal, 2001). Sebaliknya, beliau berpendapat lebih elok jika Mandat Palestin dijaga PBB (bagaikan prinsip wakaf).

Dunia Arab sekadar bersorak di sebalik tabir (sambil menyalur bantuan) supaya Arab Palestin terus menolak pelan pembahagian. Tanpa kemahiran diplomasi, Arab Palestin melakukan kesilapan kedua.

Ben-Gurion menggesa supaya semua anak Yahudi bertahan secara habis-habisan. Mereka lebih berstruktur di belakang pemimpin ini yang mempunyai ketua-ketua mili.tan seperti Haganah, Irgun dan Lehi.

Seramai 100,000 warga Arab dalam kalangan kelas kayangan (dan sederhana) keluar daripada Haifa dan Jerusalem dimana kaum Yahudi menjadi majoriti. Mereka mencari bahagian Mandat yang lebih selamat (Morris, 2003).

Di sini terjadi kesilapan Arab ketiga. Kali ini, bukan Arab Palestin yang silap… sebaliknya seluruh Dunia Arab. Kerana Ben-Gurion sudah boleh membaca gerak-geri mereka yang akan campur tangan tidak lama lagi.

Haganah diminta merangka sebuah rancangan yang menjadi Pelan Dalet untuk menentang campurtangan ini. Dan dalam masa lima bulan, Ben-Gurion telah mera.napkan Arab Palestin pimpinan Fawzi al-Qawuqji.

Pelan Dalet pula memulakan siri asa.kan Haganah selama 45 hari yang meluaskan lagi sempadan negara berbanding kelulusan PBB. Paling mengejutkan, Irgun dan Lehi tiba di kampung Deir Yassin yang hanya mempunyai 600 penduduk.

Deir Yassin.

Dr Alfred Engel menulis, “ada may.at saja di rumah, semua dalam ratusan lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Teruk sangat. Saya tidak nampak sebarang petanda pem.erk.osaan. Nampak sangat mereka (Yahudi) pergi rumah ke rumah untuk tem.bak penduduk dari jarak dekat. Lima tahun aku menjadi doktor untuk Jerman dalam Per.ang Dunia Pertama, tetapi aku tidak pernah tengok keadaan sebegini teruk (berbanding apa yang berlaku di Deir Yassin).”

Tindakan Haganah telah mengusir 350,000 warga Arab, yang hilang tempat tinggal meskipun di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza (Hashemi & Sanchez-Jankowski, 2013).

Apa yang berlaku akhirnya mengubah pendirian Raja Abdullah di Jordan, yang selama ini enggan masuk campur meskipun Lubnan dan Syria menyatakan kesediaan. Firasat Ben-Gurion terbukti benar, kerana Liga Arab mengisytiharkan per.ang pada 15 Mei 1948.

RUJUKAN:

Anderson, C. (2018). The British Mandate and the Crisis of Palestinian Landlessness, 1929-1936. 54: 171-215.

Hashemi, M., & Sanchez-Jankowski, M. (2013). Children in Crisis: Ethnographic Studies in International Contexts. Routledge. Halaman 49.

Hughes, M. (2009). The Banalitiy of (ditapiskan): British (ditapiskan) (ditapiskan) and the (ditapiskan) of the Arab (ditapiskan) in Palestine, 1936-39. English Historical Review. 507: 314-354.

Morris, B. (2003). The Road to Jerusalem: Glubb Pasha, Palestine and the Jews. Tauris. Halaman 67.

Rosenthal, S.T. (2001). Irreconcilable Differences?: The Waning of the American Jewish Love Affair with Israel. Brandeis University Press. Halaman 19.

Yazbak, M. (2000). From Poverty to (ditapiskan): Economic Factors in the (ditapiskan) of the 1936 (ditapiskan) in Palestine. Middle Eastern Studies. 36 (3): 93-113.

Ruangan komen telah ditutup.