Tidak Mustahil Pedofilia Sebagai Ahli Baru LGBT

0
750
views

Mengapa Hawa diciptakan sebagai pasangan kepada Nabi Adam a.s dan bukannya ‘Hamdan’? Persoalan ini bukan hanya berlegar sekitar agama Islam, tetapi dalam agama Kristian juga begitu. “Tuhan ciptakan Adam dan Eve, bukannya Adam dan Steve,” kata mereka.

Jangan meletakkan wajah yang buruk dan kuno kepada agama Islam seolah-olah hanya agama Islam yang menolak dan melawan gejala LGBT. Negara besar seperti Rusia yang majoriti rakyatnya adalah beragama Kristian juga menentang LGBT.

Di Malaysia, kita sedang ‘dijajah’ secara minda yang dalam diam menghakis kepercayaan kita kepada lumrah dan norma kehidupan iaitu untuk berpasangan hanya dengan berlainan jantina. Perjuangan gerombolan LGBT ini adalah pastinya untuk mencapai tujuan ulung mereka iaitu pengiktirafan kepada perkahwinan sejenis ataupun perkahwinan sama jantina.

Dalam mencapai destinasi perkahwinan sejenis tersebut, gerombolan LGBT telah lama mengorak langkah dan menyusun strategi melalui aktivitis individu, organisasi antarabangsa, badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dan parti-parti politik melalui gerakan-gerakan sosial berselindung di belakang tirai ‘hak asasi manusia’.

Usaha halus yang bertemakan hak asasi manusia kini telah menampakkan hasilnya.  Jika dahulu, gerombolan LGBT ini bergerak secara dalam diam namun sekarang mereka semakin berani memperjuangkan dan mengakui mereka sebagai sebahagian daripada LGBT tanpa rasa bersalah dan segan-silu.

Lebih parah, muktahir ini apabila terdapat golongan yang menentang perjuangan gerombolan LGBT ini, golongan penentang ini pula digambarkan dan dilabel sebagai ketinggalan zaman, kuno, ortodoks, konservertif dan seumpamanya walhal golongan ini (kita) hanya mempertahankan dan mahu meneruskan lumrah dan norma kehidupan berpasangan ‘Adam-Hawa’.

Jika sekarang gerombolan LGBT iaitu lesbian, gay, biseksual dan transeksual ini menggunakan ‘hak asasi manusia’ sebagai hujah dan justifikasi untuk menghalalkan nafsu orientasi seks mereka, adakah selepas ini kita perlu menerima golongan ‘pedofilia’ pula atas hujah dan justifikasi yang sama iaitu ‘hak asasi manusia’?

Waqaf Saham

Di sinilah bahayanya mengiktiraf perjuangan gerombolan LGBT kerana ianya akan membuka pintu kepada golongan Pedofilia pula untuk diiktiraf dan dihalalkan nafsu serakah mereka terhadap kanak-kanak yang di bawah umur yang belum baligh.

Adalah gerombolan LGBT dan para penyokong mereka sanggup untuk menggadaikan anak-anak dan adik-adik bawah umur mereka kepada golongan Pedofilia atas dasar ‘hak’ golongan Pedofilia pula selepas ini?

Pasti terdapat gerombolan LGBT dan para penyokong mereka yang cuba mengatakan bahawa Pedofilia adalah berbeza dari LGBT kerana Pedofilia merupakan sejenis penyakit mental atau gangguan psikologi. Namun jangan lupa, tidak lama dahulu homoseksual juga pernah dikategorikan sebagai ‘penyakit mental’ yang kini telah bertukar menjadi ‘halal’ dan ‘normal’ di mata sesetengah pihak.

Jangan sesekali meletakkan masa depan anak-anak dan adik-adik kita yang di bawah umur sebagai taruhan dengan cubaan dan usaha untuk mengiktiraf LGBT di negara kita. Perkahwinan sejenis yang menjadi panji perjuangan gerombolan LGBT ini sebenarnya masih ditolak oleh majoriti negara dalam dunia ini apabila setakat ini hanya lebih kurang 23 buah negara sahaja yang menghalalkan perkahwinan sejenis di negara mereka.

Oleh yang sedemikian, usahlah kita di Malaysia ini mahu bertindak ‘lebih sudu daripada kuah’ sedangkan banyak lagi negara lain yang menolak gejala dan gerombolan LGBT ini termasuklah negara-negara Barat walaupun majoriti rakyatnya bukan beragama Islam.

Tidak mustahil selepas ini golongan Pedofilia akan menggunakan taktik dan kerangka sama yang digunapakai oleh gerombolan LGBT yang telah terbukti berjaya sebelum ini. Jika dahulu perkahwinan sejenis yang diperjuangkan oleh gerombolan LGBT diharamkan diseluruh dunia, ia telah mula diiktiraf pada 2001 apabila Belanda menjadi negara pertama mengiktiraf perkahwinan sejenis diikuti dengan 22 buah negara kemudiannya hingga sekarang.

Oleh itu, lindungilah Malaysia daripada terjerumus ke lembah gejala LGBT dan Pedofilia. Sekali kita terbuka hati dan terbuka pintu untuk menerima anasir-anasir songsang dan negatif seperti ini, ianya sudah terlambat untuk kita kembali ke jalan yang benar. Cegahlah gelaja LGBT sebelum ianya menjadi parah dan terus membarah dalam masyarakat kita.

Artikel ini disumbangkan oleh Muhammad Iqbal Ikhwandi untuk The Patriots.