Tidak Ada Yang Rasis Pada Ucapan VC Universiti Malaya

2,810

“…Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan…”

(Petikan sajak ‘Melayu’ oleh Usman Awang)

Memang indah petikan sajak dari Allahyarham Dato’ Usman Awang di permulaan ucapan.

Tapi kami merasa hairan apabila ucapan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Kongres Maruah Melayu, Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Hj. Hashim ini dicop ‘rasis’ oleh makhluk-makhluk yang bertabiat pelik.

Kami sudah mendengar ucapannya: https://www.youtube.com/watch?v=E3Cwjc0XRjA

Apa yang rasisnye. Suruh Melayu bersatu, berharap Melayu maju dan terbela. Bersatu demi perpaduan bangsa dan negara. Bagus le tu.

Takkan nak suruh Melayu berpecah, galakkan Melayu mundur baru okay pulak.

Gelabah lebih je demer ni.

Apa la masalahnya orang Melayu bersatu. Makhluk yang tak suka melihat Melayu maju saja yang suka benar melihat orang Melayu menjadi lemah, berpecah dan mundur.

Dalam sejarah, memang penjajah ingin benar melihat orang Melayu menjadi lemah dan berpecah belah, miskin dan mundur. Supaya dengan mudah mereka mencengkamkan penjajahan ke atas orang Melayu tanpa banyak soal. Supaya orang Melayu lekas menjadi bodoh dan angguk-angguk geleng-geleng.

Kami nak bagitahu kepada orang Melayu ye, tak payah takut nak seru orang Melayu supaya bersatu dan maju. Seru je. Seru kuat-kuat. Tapi kalau sebab itu tiba-tiba dicop ‘rasis’, hanya satu kata: PEDULIKAN.

Ape ke hei suruh orang Melayu bersatu dan maju jadi rasis pulak. Kenot brenlah benda ni. Dia boleh seru puak dia bersatu dan maju, kita tak boleh pulak? Ape ke hei.

Lawan segala penindasan yang tak masuk dek akal ini. Bukan nak suruh berperang pun. BERSUARA. Sokong dan berdiri teguh di samping pihak Universiti Malaya yang menentang tabiat pelik mereka ini. Kena tegas benda ni. Kalau lembik, lain kali nak bercakap pasal Melayu pun dicop rasis. Sikit-sikit penganiayaan dikenakan ke atas kita. Mentang-mentang ler kita ni rileks je. Ditunjal lagi kepala kita.

Jangan biarkan elemen-elemen penjajahan cuba mengawal kita lagi. Bersatupadulah dan bergerak maju tanpa rasa takut. Wahai Melayu! Sedar dan bangunlah. Pesat dan majukan negerimu.

~ Srikandi

“كقواتن دري سجاره”

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.