Tuberculosis adalah satu penyakit yang telah lama melanda dunia. Penyakit ini tersebar melalui partikel cecair yang mengandungi kuman bakteria bila pesakit batuk atau bersin. Ia disebabkan oleh jangk1tan kuman bakteria yang bernama ‘Mycobacterium tuberculosis’.

Penyakit ini telah ada dalam rekod sejarah perubatan purba malah kuman bakteria ini dianggarkan telah wujud sejak 3 juta tahun lalu. Tuberkulosis (TB) dipanggil “phthisis” dalam perubatan Yunani, “tabes” dalam perubatan Rom, manakala “schachepheth” dalam bahasa Ibrani purba. Sekitar tahun 1700 masihi, Penyakit ini dipanggil White Plague kerana keadaan pesakit yang pucat dan keletihan.

Rekod bertulis tentang penyakit ini berdasarkan simptom dan gejala pesakit ialah seawal 3300 tahun lalu di India dan 2300 dahulu di China (CDC website).

Ahli arkeologis menemui kesan kuman bakteria ini dalam tetulang manusia di lautan Mediterranean. Berdasarkan rekod, tetulang manusia yang ditemui ialah penduduk yang mendiami kota purba Atlit Yam, sekitar 9000 tahun lalu.

Tidak hanya menjangkiti manusia, kuman bakteria ini turut menjangkiti haiwan. Ahli arkeologis menemui kuman bakteria ini dalam fosil tulang seekor kerbau purba (ancient bison). Haiwan ini dianggarkan hidup sekitar 17 ribu tahun lalu.

Seorang tokoh perubatan Jerman bernama Johann Schonlein menamakan penyakit ini sebagai Tuberculosis pada tahun 1834. Nama ini diambil daripada perkataan Latin, “Tuber” yang bermaksud stem atau spora yang kecil berakar berwarna putih. Ini kerana pada masa itu, hasil autopsi pada m4yat menemui kesan spora kecil berbentuk bulat berakar, berwarna putih pada organ dalam terutamanya paru-paru.

Pada tahun 1882, Dr. Robert Koch menemui dan mengenalpasti kuman bakteria yang menyebabkan penyakit ini. Beliau ialah tokoh perubatan dan mikrobiologi dari Jerman. Pada masa itu, tujuh orang telah meningg4l dunia di Eropah disebabkan penyakit ini.

Berdasarkan rekod WHO, lebih kurang 1.5 juta penduduk dunia meningg4l dunia akibat penyakit ini pada tahun 2018. Tuberculosis juga diklasifikasikan salah satu penyakit yang menyebabkan kem4tian tertinggi (top ten list).

Ada lapan negara yang mempunyai kadar jangkitan tertinggi iaitu India, China, Indonesia, Filipina, Pakistan, Nigeria, Bangladesh and Afrika Selatan. Dianggarkan kes jangkitan seluruh dunia pada tahun 2018 ialah sebanyak 10 juta orang.

Jangan risau tengok statistik tu, penyakit ini ada ubat dan boleh dicegah (preventable). Sekiranya anda dijangkiti dan dikesan pada tempoh awal jangkitan, peluang untuk sembuh adalah tinggi. Penyakit ini juga lebih berisiko terhadap penghidap penyakit kronik lain seperti HIV, kencing manis dan perokok tegar.

Penyakit ini akan menjadi keadaan yang kronik sekiranya kuman bakteria itu memasuki bahagian tulang.

Kuman baketria Tuberculosis  ini juga dianggarkan telah ada dalam tubuh separuh  dari penduduk dunia. Tetapi mereka tidak mengalami masalah kesihatan walaupun telah dijangkiti. Mereka juga tidak menyebarkan kuman bakteria ini kepada orang lain (WHO Website). Kuman itu bagaikan terpendam dalam tubuh manusia.

Simptom yang paling ketara bila anda dijangkiti kuman bakteria ini ialah batuk yang tidak berkahak dan kering. Batuk yang anda alami juga dalam keadaan berpanjangan, melebihi dua minggu. Anda akan mengalami rasa keletihan, pucat dan kehilangan berat badan.

Anda juga akan mengalami demam pada waktu malam dan rasa sihat pada waktu siang. Bahang yang dirasai pada waktu malam akan membuatkan anda berpeluh walaupun berada dihadapan kipas.

Tahap paling teruk simptom ini ialah batuk yang berdarah. Malah lebih teruk muntah berdarah dalam kuantiti yang banyak.

Pesakit yang dijangkiti kuman bakteria ini akan diasingkan dari wad biasa. Mereka juga perlu memakai topeng muka supaya tidak menyebarkan kuman bakteria ini kepada orang lain.

Penyakit Tuberculosis ada ubatnya. Perlu diambil setiap hari secara berdisiplin dalam tempoh 6-8 bulan. Ubat ini perlu diambil mengikut dos yang ditetapkan setiap hari. Jika anda tertinggal satu hari, ia berisiko menyebabkan kuman bakteria ini menghasilkan daya rintang untuk melawan ubat. Ini akan menyebabkan pesakit gagal sembuh sepenuhnya atau mengalami kondisi lebih teruk.

RUJUKAN:

  1. Shajahan, R., Navaratnam, P., Kasinathan, G., Kadirvelu, A. and Pillai, N. (2016) Predictors of Re-Emerging Tuberculosis: A Review. Open Access Library Journal, 3: e2520. http://dx.doi.org/10.4236/oalib.1102520
  2. History of World TB Day, CDC Website. https://www.cdc.gov/tb/worldtbday/history.htm
  1. Zawn Villines (2019) What to know about pulmonary tuberculosis, Medical News Today Website. https://www.medicalnewstoday.com/articles/325526
  1. Tuberculosis, WHO Website. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/tuberculosis

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.