“Iron pillar of Delhi” memang popular dengan cerita sensasinya bahawa ianya tidak berkarat walau utuh berdiri ratusan tahun. Lokasinya sekarang terletak di Kompleks Qutb di Mehrauli, Delhi di India.

Tiang besi ini menjadi terkenal kerana ketahanan tingginya melawan pengaratan yang diketahui umum adalah keadaan yang terbentuk oleh tindak balas besi dan oksigen dengan kehadiran air atau kelembapan udara.

Para saintis telah mengkaji tiang besi ini dan menyedari bahawa ia mempunyai cara yang aneh untuk bertindak balas terhadap atmosfera. Biasanya, besi bertindak balas dengan kelembapan di udara atau hujan dan menghasilkan besi oksida atau besi (III) oksida, yang dikenali sebagai ‘karat’ (Fe2O3). Karat ini sangat berkuasa, ia mampu melemahkan bahagian-bahagian besi, dan akhirnya memusnahkan keseluruhan struktur. Namun begitu Tiang Besi Delhi tidak terkesan dengan tindakbalas karat yang biasa ini. Apabila ia berhubung dengan kelembapan atau hujan, ia menghasilkan bahan aneh yang dikenali sebagai Misawite (y-FeOOH) yang belum pernah dilihat di mana-mana sebelum ini.

Bahan ini sebenarnya membentuk satu salutan pelindung di atas permukaan tiang besi tersebut dan menjadi seolah-olah perisai kepada kerosakan yang dihasilkan oleh pengaratan. Ia juga meningkatkan sifat magnetnya.

Bagaimana orang zaman dahulu mampu membikin teknologi pembuatan besi yang hebat ini? Jawapannya ialah pada ramuan campuran besinya.

Ya, teknologi yang sama pada pembuatan keris!

Melalui komposisi campuran aloi yang digunakan (antaranya besi dan fosforus), ia telah menghasilkan Misawite ini dan bukannya besi oksida atau dikenali sebagai ‘karat’ itu.

Ramuan aloi yang kompleks ini apabila bertindakbalas dengan molekul air, tidak menghasilkan karat (besi oksida) sebaliknya akan menukarnya ke Misawite, sebatian besi, oksigen dan hidrogen (y-FeOOH). Lapisan inilah yang sebenarnya melindungi tiang tersebut dari berkarat. Kesimpulannya, dengan membina lapisan ini secara semulajadi maka ia mampu melawan kesan pengaratan dalam jangkamasa yang lama.

Sejarahwan setakat ini bersepakat bahawa usia Tiang Besi Delhi adalah sekitar abad ke-3 hingga ke-4 Masehi dan dibina oleh dinasti Gupta. Malah pendapat popular ialah ia dibina oleh Chandragupta II.

Tetapi, imagine this…

Usia tapak peleburan besi di Sungai Batu sahaja berusia 535 Sebelum Masehi!

Ketika nenekmoyang Melayu sibuk melebur besi di Kedah, kira-kira 10 abad kemudian… di India, raja empayar Gupta berjaya menegakkan sebuah tiang besi berteknologi tahan karat.

SERIBU TAHUN KEMUDIAN!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Comments are closed.