Baru-baru ini seorang pemimpin PKR telah digelar pengkhianat dan dibaling objek oleh ahli partinya sendiri. Lebih teruk, beliau turut ditampar oleh seseorang yang tidak dikenali. Pemimpin tersebut ialah Tian Chua, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Chua Tian Chang atau Tian Chua telah dilahirkan di Melaka pada 21 Disember 1963 dan merupakan anak sulung dari empat adik-beradik. Ayahnya, Chua Neo Lai seorang peniaga beras dan berketurunan Hakka. Ibunya, Chan Yuet Chien merupakan guru sekolah. Tian Chua mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Siang Lin, Bandar Melaka dan Sekolah Katolik Melaka bagi peringkat menengah.

Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya ke Tingkatan Enam di Sekolah Tinggi Gajah Berang. Chua kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke Sydney High School, Australia. Di peringkat universiti, Tian Chua mengambil jurusan Sains Agrikultur di Sydney University. Chua mengambil jurusan tersebut kerana beliau amat mengagumi Thomas Edison yang berjaya mencipta pelbagai teknologi.

Sewaktu tahun ketiga pengajian, beliau menukar tempat ke New South Wales University dan mengambil jurusan falsafah kerana  memenuhi tuntutan bapanya untuk menjadi seorang peguam.

Di sana, Chua telah dilantik sebagai ketua kesatuan pelajar dan bergiat aktif di sana. Teman teman beliau pada ketika itu termasuklah Stevan Gan dan Pramesh Chandran yang merupakan pengasas MalaysiaKini.

Di bawah Tian Chua, beliau telah menentang cadangan kerajaan Australia untuk menaikkan taraf yuran universiti dengan mengadakan sebuah dem0ntrasi di bandar Sydney. Beliau kemudiannya ditangkap atas tindakannya itu. Chua juga telah dipanggil untuk berkhidmat untuk Presiden Ramos Horta sebagai ahli komunikasi dan akhbar.

Setelah pulang ke Malaysia pada 1990, beliau telah menyertai Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) untuk berkempen bagi menent4ng ISA. Sekitar tahun 1992, Tian Chua telah menyertai Asia Monitor Resource Centre yang berpusat di Hong Kong.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya sekali lagi di Social Studies Institute, The Hague, Belanda. Pada tahun 1997, Tian Chua telah dilantik sebagai Pengarah Labour Research Centre dan pada masa yang sama dilantik sebagai ahli lembaga pengurusan SUARAM.

Tian Chua menggupakan antara figura terpenting yang terlibat semasa peristiwa Reformasi. Sekitar 27 hingga 30 September 1998, beliau telah ditahan dan dilarang untuk bertanding bagi pilihan raya umum 1999.

Tian Chua kemudiannya ditahan sekali lagi pada 2001 di bawah akta ISA dan dimasukkan ke dalam Kem Tahanan Kamunting. Semasa di dalam tahanan, Tian Chua menyibukkan dirinya dengan melukis. Beliau juga turut membaca buku dan mempelajari bahasa asing seperti Sanskrit, India, Perancis dan lain lain.

Sewaktu Pilihan Raya Umum 2008, Tian Chua telah menewaskan calon BN bagi kawasan Batu dan berjaya mengekalkannya sewaktu pilihan raya yang berikutnya. Pada pilihan raya 2018, Tian Chua tidak dibenarkan bertanding kerana disabitkan sebuah kesalahan.

Oleh sebab itu, beliau mengetengahkan seorang calon Bebas, P. Prabakaran dan akhirnya Prabakaran berjaya memenangi parlimen itu dan menjadi   ahli parlimen termuda di dalam sejarah.

Selepas kemenangan Pakatan Harapan, Tian Chua telah dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri Kerja Raya. Setelah Tun Dr Mahathir mengumumkan perletakkan jawatannya pada 24 Februari 2020, jawatan Chua juga telah ditarik balik.

Pada 1 Mac, selepas sahaja selesai daripada sebuah program di Ibu Pejabat PKR, Chua telah dibaling botol mineral ke mukanya. Beliau juga telah ditampar dan digelar pengkhianat kerana Tian Chua dikatakan penyokong Azmin Ali. Tidaklah sangka, dahulu disimbah air, kini ditampar ahli parti sendiri yang diasasnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.