Thor, namanya kalau tidak diambil menjadi sebahagian daripada komik superhero Marvel, atau menjadi sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe, tentunya kita tidak mungkin mengenalinya. Mungkin nama Thor akan tenggelam dalam nama-nama dewa-dewa purba yang namanya diabadikan pada mitologi-mitologi bangsa diseluruh dunia.

Terima kasih kepada Marvel, Thor mungkin tidak akan menjadi makhluk mitologi paling terkenal di zaman moden. Namun, kisah sebenar Thor dalam mitologi adalah jauh berbeza dengan yang digambarkan dalam komik. Thor bukan adiwira, tetapi dewa bengis yang garang dan mempunyai nafsu membunuh yang membuak-buak.

Anak kepada Odin dan Fyorgyn ini merupakan antara dewa yang terpenting dan terkuat dalam mitologi Norse itu sendiri. Bentuk fizikal Thor adalah berambut dan berjanggut kemerah-merahan. Bahkan Thor dilabelkan sebagai antara dewa yang terkuat antara dewa-dewa lain dalam sejarah. Selalunya, Thor dikaitkan sebagai dewa ribut dan dewa petir, di samping juga sering dikaitkan dengan kekuatan, guruh, dan pokok oak.

Thor juga dikaitkan dengan hari Khamis (Thursday) di mana perkataan Thursday itu datang daripada perkataan Torsdag pada bahasa negara-negara Scandinavia, dan di negara Jerman, ia juga dipanggil sebagai Donnerstag yang kedua-dua perkataan ini bermaksud hari penuh petir. Sebab itu juga di negara Germanik, kita dapat melihat Thor wujud dan dikenali sebagai Donar.

Walaupun sedemikian dikenali sebagai dewa yang terkuat, Thor tidaklah terlalu bijak dan sering diperbodoh-bodohkan oleh para gergasi. Ini membuatkan Thor yang panas baran itu selalu memukul mereka dengan tukulnya yang bermana Mjolnir. Apabila Thor marah, dia selalu menghasilkan bunyi yang kuat bersama dengan percikan eletrik dan juga kilat disekitar tubuhnya, menyebabkan para gergasi ketakutan. Mungkin sebab ini juga, Thor sangat gemar mencari gaduh dengan para gergasi.

Di Asgard, Thor tinggal di dalam sebuah rumah yang mampu memuatkan lebih 540 buah bilik. Rumah tersebut dikenali sebagai rumah yang paling besar di Asgard. Nama untuk rumah ini ialah “Palace Of Might.” Ahli keluarga Thor ialah isterinya sendiri yang bernama Sif, dewi yang dikaitkan dengan kesuburan. Thor mempunyai dua orang anaknya iaitu Magni, Trud dan Modi, serta mempunyai anak angkat bernama Ullr. Terdapat juga seekor gergasi bernama Jarnsaxa tinggal bersama Thor di rumah tersebut. Selain itu, terdapat juga dua hamba Thor bernama Thialfi (lelaki) dan Roskva (perempuan).

Thor memiliki sebuah pedati yang ditarik oleh dua ekor kambing raksasa bernama Tanngniost dan Tanngrisnir yang digunakan untuk merentasi langit. Dua ekor kambing ini boleh dijadikan makanan dan hidup semula pada keesokan harinya. Syaratnya ialah tulang kedua-dua ekor kambing ini mestilah tidak terusik, nescaya pada esoknya nanti ia akan kembali dalam keadaan sempurna, seolah-olah seperti malam sebelumnya, dagingnya tidak pernah dimamah langsung.

Dua orang hamba ini yang disebut dalam awal artikel datang daripada sebuah ladang di Migard. Mereka ialah peladang yang miskin. Pada suatu masa dahulu, Thor dan Loki pernah tinggal di ladang ini untuk satu malam. Thor berkongsi daging kambingnya untuk dinikmati oleh dua orang peladang ini.

Malangnya, Thialfi telah mematahkan salah satu tulang kambing yang menarik pedati Thor dan menghisap ke tulang hitamnya. Apabila keesokan harinya, ketika kambing tersebut dihidupkan semula, Thor mendapati bahawa kambingnya tempang dan ternyatalah dua orang peladang itu telah mengusik tulang si kambing. Dengan perasaan yang marah dan bengang, Thor mengarahkan Thialfi dan Roskva untuk ikut ke Asgard dan berkhidmat sebagai hambanya.

Thor juga sering dilihat membawa tukul besinya yang dikenali sebagai Mjolnir yang juga dikaitkan dengan petir dan guruh Mjolnir dibina oleh dwarf bernama Brokkr dan Eiteri kepada Thor. Kekuatan tukul ini dikatakan mampu memanggil kilat dan petir, dan menghancurkan sebuah gunung.  Thor boleh melontarkan tukulnya untuk mengenai sasaran sebelum ia akan berputar lalu kembali ke tangannya. Tukul ini juga mampu menghidupkan haiwan dan manusia. Mjolnir juga digunakan dalam upacara-upacara ritual melibatkan kelahiran atau kematian.

Selain itu, senjata yang dimiliki oleh Thor ialah sejenis sarung tangan (gauntlet) bernama Járnglófar dan Megingjard, sejenis tali pinggang yang dimana kalau disarungkan pada tubuh Thor itu sendiri, ia akan menggandakan kekuatan yang dimilikinya.

Pernah suatu masa, Asgard, dunia yang menempatkan para dewa dalam mitologi Norse rosak kerana peperangan saudara antara para dewa. Salah seekor gergasi yang menghuni alam itu menawarkan untuk memperbaiki Asgard dalam masa yang sangat singkat. Tetapi yang dipinta oleh gergasi adalah bulan, matahari, bahkan dewi jelita bernama Freyia yang selalu dikaitkan dengan cinta, seks, kecantikan, emas, perang, kematian dan kesuburan. Namun ketika kerja memperbaiki alam Asgard yang musnah itu hampir siap, Thor tiba-tiba telah membunuh gergasi tersebut.

Menggunakan senjata dan segala alat sakti yang mengelilinginya, haiwan raksasa yang setia di sisi, tidak lupa juga kebolehannya mengawal petir dan ribut, Thor terkenal dengan kisah penuh kejam melawan pelbagai raksasa dan mengalahkan mereka. Contohnya ketika pada dewa-dewa mengadakan jamuan. Gergasi bernama Ægir diamanahkan untuk menguruskannya. Namun, Ægir meminta sebuah labu gergasi, yang hanya boleh didapati pada seekor gergasi bernama Hymir.

Maka, Thor menawarkan dirinya untuk bertemu dengan Hymir. Pada pertengahan misi mendapatkan labu gergasi, Thor dan Hymir dalam ekpedisi memancing. Pada waktu inilah di mana Thor hampir sahaja menangkap seekor ular gergasi (serpent) Jormungand. Jormungand ini jugalah yang kononnya akan membunuh Thor pada Ragnarok nanti.

Ragnarok ialah sejenis hari kiamat yang diceritakan dalam mitologi Norse itu sendiri. Kononnya nanti Thor dan Jormungand akan saling bertempur, sebelum Jormungand berjaya dibunuh. Namun nanti akhirnya Thor akan tewas juga kerana bisa Jormungand itu sendiri.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.