Theresa May Letak Jawatan PM UK

403

Selepas hampir 3 tahun cuba memastikan UK boleh meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) dengan tertib, Theresa May akhirnya meletak jawatan sebagai perdana menteri UK. Tarikh berkuatkuasa: 7 Jun.

May ialah PM wanita kedua UK selepas Margaret Thatcher (1979-1990). Yang menariknya, Thatcher letak jawatan pun berpunca daripada isu EU. Cuma bezanya: Thatcher dicabar oleh ahli separti sebab melengah-lengahkan kemasukan UK ke dalam European Exchange Rate Mechanism, May dicabar oleh ahli separti sebab “melengah-lengahkan” UK keluar daripada EU atau “Brexit”.

May nak cuba negotiate perjanjian (“deal”) dengan EU supaya UK boleh keluar EU dengan tempoh peralihan, bagi meminimakan kesan kejutan. Ramai yang skeptik dengan kebolehan May, sebab bila kau nak nego dengan EU mestilah kena terima terma dan syarat tertentu.

Bila draf perjanjian Withdrawal Agreement siap pada November 2018, suara-suara “Hard Brexit” (orang yang nak UK keluar EU serta merta tanpa nego) mula mendesak May untuk letak jawatan. Tapi May selamat undian tidak percaya pada Disember 2018.

Namun selepas 3 kali perjanjian May ditolak oleh Parlimen (15 Januari, 13 Mac, 30 Mac), keyakinan terhadap May dah drop habis. May masih gagal untuk menangani beberapa isu yang dilihat merugikan UK, terutamanya isu sempadan Northern Ireland (“backstop”) di mana May dilihat terlalu tunduk kepada EU. Dan sebab itu, UK dah missed deadline Brexit yang asal iaitu 29 Mac 2019.

May cuba untuk push deal dia sekali lagi sebelum deadline Brexit yang baru (31 Oktober). Kali ni, May cuba nak dapatkan sokongan Parti Labour dengan mencadangkan “customs union” dengan EU. Labour anti-Brexit. Tapi cadangan customs union tu buat golongan “Hard Brexiter” malah “Soft Brexiter” pun berbulu dengan May.

Ketua Parti Konservatif di Dewan Rakyat (House of Commons), Andrea Leadsom enggan membentangkan deal tersebut dan meletak jawatan pada 2 hari yang lepas. Dan itu yang trigger May untuk letak jawatan sebagai ketua parti dan ketua kerajaan.

Selepas May turun, kemungkinan besar UK akan keluar EU tanpa deal. Dan calon PM yang seterusnya pun dijangkakan akan datang daripada golongan “Hard Brexiter” seperti Boris Johnson atau Dominic Raab. Dan ini menambah lagi ketidaktentuan masa depan UK dan EU.

“June is the end of May”

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.