Perang Dunia Kedua telah disingkap segala rahsianya melalui media televisyen. Filem-filem seperti Saving Private Ryan, Schindler’s List dan Enemy at the Gates merupakan contoh mengenai Eropah. Manakala Hacksaw Ridge pula mengisahkan tentang peperangan Amerika Syarikat dan Jepun. Namun The Zookeeper’s Wife menunjukkan perspektif di Warsaw jauh berbeza yang jarang ditekankan dalam filem-filem perang.

The Zookeeper’s Wife menekankan kisah pengorbanan keluarga Zabiński iaitu Dr. Jan (Johan Heldenbergh) dan Antonina (Jessica Chastain). Dr. Jan merupakan pengarah Zoo Warsaw dibantu isterinya. Namun pada 1 September 1939, hidup mereka berubah buat selamanya apabila Luftwaffe mengeb0m Warsaw, menandakan pencerobohan Jerman di Poland.

Nina dan anak lelakinya Ryszard selamat. Apabila ketenteraan Poland ditewaskan, ketua Zoo Berlin iaitu Dr. Lutz Heck (Daniel Bruhl) tiba di Warsaw yang menjalinkan hubungan kayu tiga tanpa kerelaan Nina. Plot filem ini mula berkembang secara serius dengan keluarga Zabiński menyelamatkan kaum Yahudi yang menjadi mangsa kezaliman Jerman. Pengarah Niki Caro menunjukkan dengan tepat bagaimana Yahudi disiksa dengan hidup mereka bagaikan buangan di tempat sendiri.

Keluarga Zabiński cuba menyelamatkan Yahudi seramai mampu. Klimaks filem ini menyaksikan Jan ditangkap kerana memberontak, dan Heck kembali ke Berlin yang sedang diasak Soviet. Setelah Poland bebas, keluarga Zabiński bersatu dengan hampir semua orang Yahudi diselamatkan mereka termasuk juga dengan penjaga zoo Jerzyk (Michael McElhatton) yang sangat setia bersama mereka.

Selama setahun Jan dan Nina terpisah kerana peperangan. Namun pada penghujung, didedahkan bahawa berkat usaha berani dan mulia keluarga Zabiński, seramai 300 orang diselamatkan. Dan keluarga ini juga mendapat penghargaan daripada Israel, dengan ganjaran Zoo Warsaw dibuka sampai hari ini.

Impak filem ini berjaya menunjukkan bagaimana perusahaan zoo dihancurkan kerana peperangan. Haiwan dib0m dari udara. Yang terselamat seperti gajah, unta dan helang pula ditemb4k. Singa dan harimau yang berkeliaran pun diberikan klu sama juga. Tetapi filem ini berkembang pula menunjukkan anak-anak kecil Yahudi dihantar ke kem-kem buruh m4ut utk dibvnvh. Belum lagi dengan pengalaman Nina kerana terpaksa berpisah dengan bayinya Teresa.

Realiti peperangan dalam filem ini tidak ditunjukkan dengan letvpan-letvpan serta babak-babak berimpak tinggi. Sebaliknya perhatian yang diberikan bagaikan menembusi roh membenarkan penonton menghayati setiap detik dengan teliti. Pencinta-pencinta haiwan pun turut terasa dengan kem4tian serta kez4liman.

Filem sebeginilah yang menunjukkan kenapa peperangan seharusnya diperangi dengan cara keamanan. Bagaimana sebuah perusahaan zoo boleh tergelincir ke kancah krisis sampai pekerja tidak mampu digajikan – bagaimana keluarga terbelah dan musnah – bagaimana abu-abu kebakaran berawang-awangan bagai salji hitam – dan sebagainya.

Tidak banyak filem berkaitan H0l0kus sebenarnya fokus daripada perspektif wanita. Dan the Zookeeper’s Wife meskipun tidak mendapat kutipan selayaknya merupakan antara filem yang berjaya.

Ibu bapa juga perlu memastikan filem ini tidak ditonton bersama kanak-kanak, oleh kerana ada babak-babak yang tidak sesuai. Terutamanya apabila seorang anak dara Y4hudi dir0g0l tentera-tentera Nazi. Walaupun tindakan tersebut tidak ditunjuk, kesannya jelas apabila anak gadis tersebut keluar berkelihatan sugul, berpakaian koyak dan berlumurah d4r4h dengan teruk dari tumit ke peha.

Bercakap dari perspektif sejarah pula, inilah realiti yang mana para Yahudi berdepan apabila bala H0l0kus menimpa. Sementara ramai masih berdebat tentang angka, yang sebenarnya tidak relevan pun, hakikatnya jelas. H0l0kus tetap berlaku.

Pandangan penulis, filem ini layak ditarafkan dengan 8/10.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.