Pierpaolo Lazzarini, seorang arkitek yang bertanggungjawab melakar sebuah projek bandar terapung berkonsepkan piramid yang diinspirasikan daripada binaan piramid tamadun Maya dan kuil di Jepun mungkin akan mengambil alih tumpuan dunia pada tahun 2022.

Mengikut sumber dari New Atlas, di atas tapak Wayaland ini akan dibangunkan bandar terapung yang terdiri daripada pelbagai struktur yang berbentuk piramid. Struktur sebegini bukan sahaja berfungsi sebagai bangunan terapung malahan Lazzarini juga memasukkan konsep yang lain seperti rumah hijau, tapak bangunan sewa, panggung wayang, hotel, spa, gym dan lain-lain lagi serta kawasan ini bermungkinan bakal menjadi metropolis tumpuan pelancong dan hartawan dari seluruh dunia.

Daripada kertas cadangan projek, bangunan-bangunan piramid ini dibangunkan dalam pelbagai bentuk dan saiz serta setiap satu bangunan tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang bersesuaian dan setiap satu struktur tersebut dibekali dengan tenaga mesra alam seperti panel sel suria dan turbin air.

Dianggarkan, struktur bangunan yang paling tinggi daripada pelbagai struktur yang lain adalah berketinggian 30 meter dari paras laut. Struktur piramid ini dibina daripada bahan-bahan utama seperti besi, fiberglass dan carbon fiber.

Walaupun Wayaland masih dalam peringkat prototaip kepada umum, tetapi syarikat yang bertanggungjawab mengelola pembangunan bandar baru terapung ini telah mengutip dana daripada orang ramai melalui kempen kutipan dana Wayaland.

Kos pembinaan struktur piramid Waya yang paling kecil dianggarkan berjumlah sebanyak $ 422,000 USD. Dan pihak pengelola juga meletakkan harga sekiranya ada pengunjung yang datang ke bandar lalu ingin menyewa struktur ini akan dikenakan bayaran sebanyak $ 1,200 hanya untuk semalam sahaja.

Bayaran melalui PayPal yang disertakan oleh mereka adalah seperti berikut:

1. € 1 = Nama anda akan dinaikkan sebagai penyumbang di dalam laman web mereka.

2. € 10 = Seperti di atas dengan tambahan sebagai pemegang kunci Wayaland.

3. € 100 = Seperti di atas dengan tambahan anda akan diberikan passport Wayaland (pas masuk VIP).

4. € 1000 = Seperti semua di atas dengan tambahan nama anda layak untuk diberikan penginapan elit percuma di Waya Suite selama satu malam untuk dua orang sahaja.

Pihak Lazzarini telah mengumpulkan undian dari orang ramai yang telah bekerjasama dalam sumbangan dana berkenaan di manakah lokasi pembinaan bandar baru ini akan dibangunkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan projek bandar terapung Wayaland 2022 ini, pembaca boleh mengunjungi laman web rasmi milik mereka di:

http://www.waya.it

– TAMAT –


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.