The Suicide Plant

861

Tahukah anda bahawa ada sejenis pokok yang bernama Dendrocnide moroides atau lebih dikenali sebagai Gympie-Gympie merupakan pokok yang paling berbahaya dari segi skala kesakitannya. Pokok ini mempunyai ketinggian sehingga 3 meter, dan daunnya berbentuk jantung (heart-shaped leaves).

Pada setiap bahagian pokok ini termasuk buahnya mempunyai duri-duri mikroskopik di mana sekiranya ada seseorang yang bernasib malang akibat terlanggar atau terpegang pokok ini, duri yang halus itu akan menikam secara terus menembusi kulit sambil mengeluarkan toksin jenis neurotoxin. Neurotoxin bermaksud sejenis bahan kimia yang bertoksik (toxin) yang akan merosakkan bahagian-bahagian saraf (neuro-) yang terdapat di dalam badan manusia.

Toksin ini dinamakan sebagai moroidin, iaitu satu bahan kimia yang dipercayai mempunyai kebolehan untuk memberikan kesakitan secara terus-menerus sehingga berbulan-bulan.

Mengikut kepada salah satu pengalaman seorang mangsa bernama Ernie Rider yang tersentuh pada muka dan dadanya pada tahun 1963, kesakitan yang dialaminya terlalu teruk dimana dalam masa 2 – 3 hari, kesakitan yang dialami sangat teruk, mencecah angka 10 dalam Stanford Pain Scoring System (gambar) yang membuatkan dia tidak boleh tidur dan langsung tidak boleh melakukan kerjanya.

Kemudian, dalam masa yang minggu-minggu dan bulan-bulan seterusnya, kesakitan yang dialaminya masih teruk, dan kadangkala sewaktu bekerja, dia tidak boleh fokus terhadap kerjanya. Kesakitannya masih tidak tertanggung olehnya, tetapi beliau masih boleh bekerja dengan terpaksa.

Hanya selepas 2 tahun barulah kesakitan yang dialaminya reda. Kesakitan itu boleh terjadi apabila dia mandi menggunakan air sejuk, yang mana masih lagi tidak hilang sepenuhnya sepenuhnya sehingga puluhan tahun mendatang.

Kadangkala, dalam usaha untuk menebang dan membuang pokok-pokok ini, apabila pokok ini bergoyang, duri-durinya akan tercabut dan berterbangan mengakibatkan gejala seperti sakit tekak dan pendarahan daripada hidung buat sesiapa yang tidak memakai perlindungan muka yang mana akan mengakibatkan duri-duri kecil ini masuk ke saluran pernafasan.

Pokok ini menjadi beberapa punca bunuh diri oleh mangsa yang menyentuhnya kerana kesakitan yang dialaminya terlalu teruk. Ada beberapa mangsa yang terpegang pokok ini menceritakan kesakitan yang mereka alami ibarat seperti dituang dengan asid serta terkena renjatan elektrik pada satu masa yang sama sehingga ke tahap ada pesakit sanggup membunuh diri, dan daripada situlah, pokok ini mendapat jolokkan nama ‘suicide plant’

Pokok ini banyak terdapat di timur laut Australia, dan diletakkan sebagai salah satu jenis pokok yang paling berbisa dan berbahaya kepada manusia. Kebanyakkan tumbuhan-tunbuhan ini telahpun diletakkan papan tanda berdekatan dengannya, di mana sebagai amaran kepada manusia lain dan pelancong daripada terpegang dan menghampiri tumbuhan-tumbuhan ini.

Antara beberapa konsensus rawatan yang dicadangkan oleh saintis adalah dengan cara meletakkan asid hidroklorik yang dicairkan kepada 10 bahagian air (1:10) dan sekiranya ada kertas untuk membuang rambut atau bulu (hair removal strips), letakkan pelekat tersebut pada kulit yang terkena duri-duri pokok ini dan cabut.

Sekiranya tiada hair removal strips ini, selotep dan pelekat double sided tapi juga boleh digunakan, di mana anda perlu melekatkan pelekat tersebut pada bahagian yang terkena duri in dan anda tarik semula dengan harapan mana-mana duri yang tertanam dalam kulit ini melekat dan berjaya dikeluarkan oleh pelekat tersebut. Sekiranya anad mempunyai tweezer, boleh juga digunakan dengan berhati-hati memandangkan kawasan yang terkena duri pokok boleh jadi terlalu banyak dan terlalu halus.

Apa pun, sewaktu melancong ke Australia dan sekiranya anda nak hiking atau menjelajah ke sesuatu tempat baru, amat baik jika anda mendapatkan nasihat daripada tourist guide sebelum memulakan perjalanan memandangkan risiko untuk terlanggar mana-mana pokok ini akan jadi tidak berbaloi jika anda perlu menahan kepedihan dan kesakitan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.