The Pontian Boat: Perahu Purba Tertua di Asia Tenggara

80

“Tegas Asyaari, pengkaji pada masa itu cuba membandingkan perahu yang ditemui pengkaji British, IHN Evans pada 1926 dengan beberapa penemuan bot purba di Asia Tenggara terutama daripada segi saiz dan bentuknya.

“CA Gibson Hill dalam tulisannya pada 1956 turut mengupas secara terperinci mengenai penemuan bot purba berkenaan yang dianggarkan dibina sekitar abad ke-3 hingga ke-5 Masihi berdasarkan kajian karbon yang dilakukan.

“Meskipun perahu berkenaan ditemui dalam keadaan amat rapuh dan hampir rosak keseluruhannya, ia masih dapat dibentuk semula.

“Penemuan The Pontian Boat adalah sebahagian daripada bukti kajian arkeologi maritim mengenai pelabuhan purba, perahu dan kapal purba di rantau ini.” – Berita Harian, Pelayaran Melayu silam teroka seluruh dunia

(Baca lanjut: https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2018/12/505880/pelayaran-melayu-silam-teroka-seluruh-dunia)

Srikandi nak fokuskan kepada ‘The Pontian Boat’ atau Perahu Pontian itu yang ditemui oleh Athur Evans di Pahang pada tahun 1926. Ini kerana cerita pasal perahu purba ini jarang diketengah dan diraikan padahal ia adalah penemuan menarik dalam sejarah maritim negara terutamanya tentang sejarah pelayaran bangsa Melayu di Asia Tenggara.

Evans ada mencatatkan bahawa perahu purba ini dibuat menggunakan kayu merawan di mana taburan pokok yang menghasilkan kayu ini didapati tumbuh begitu banyak di semenanjung Tanah Melayu dan kepulauannya.

Mengapa penemuan ini penting? Ini kerana pentarikhan perahu purba ini dibuat sekitar abad ke-3 hingga ke-5 Masehi dan ini disepakati adalah setara dengan zaman Funan! Seorang pengkaji, Gibson-Hill pernah berpendapat ia dibina sekitar 500 Masehi. Namun angka ini tidak berapa tepat kerana selepas dibuat pentarikhan melalui ujian pentarikhan-karbon, kayu yang digunakan untuk membuat perahu ini didapati berusia antara 260 Masehi hingga 430 Masehi, membuatkan Perahu Pontian adalah perahu tertua yang pernah ditemui di Asia Tenggara setakat ini!

Ini semua ada dijelaskan dalam buku Singapore and the Silk Road of the Sea, 1300-1800 oleh Prof. John N. Miksic.

Menarik tak? Rupanya banyak perkara menarik tentang sejarah pelayaran kita yang lalu. Perahu purba tertua… bayangkan jika kapal-kapal purba di Tapak Arkeologi Sungai Batu ini dapat diangkat dan dipulihara, agak-agak berapakah usianya?

Kita ada tamadun tertua di Asia Tenggara. Kita juga ada perahu purba tertua di Asia Tenggara. Ini barulah ngam membuktikan bangsa kita adalah pembina tamadun dan perdagangan maritim yang disegani dan paling berprestij di seluruh Asia Tenggara.

Perahu Pontian di Pahang tu diakui sebagai perahu purba tertua di Asia Tenggara yang direkodkan setakat ini. Ini dicatat oleh Prof John N. Miksic dalam bukunya. Tapi macam tak pernah dengar kan? Padahal ini satu rekod yang sangat berharga kepada kita. Kita selalu mengaku bangsa pelayarlah, empayar maritim lah… tapi kapal nye mana? Perahu nye mana?

Sebabnya kita tak berapa war-warkannya. Syiar dia takde. Agama pun ada syiar dia. Benda macam ni pun kena lah didakwahkan kepada masyarakat, barulah mereka tahu perahunya ada, baru dapat bangkitkan estim-diri dan semangat patriotisme. Syiar kapal penjajah Portugis pula kekal sampai hari ni. Sebab itu benda ni dipandang sepi oleh generasi kita. Maka yang tertanam dalam otak anak-anak kita, kapal Flor de la Mar…kapal Jack Sparrow…

Nah! Sekarang kita ada PERAHU PURBA TERTUA DI ASIA TENGGARA. Ini boleh jadi satu “national treasure’. Tamadun tertua dah ada, gandingkanlah dengan perahu tertua. Ini boleh jadi satu produk pelancongan di negara kita. Bila dah ada dalam peta pelancongan negara, maka orang luar akan datang ke sini nak tengok bagaimana rupa perahu tertua di Asia Tenggara tu yang bukannya di Thailand, bukannya di Kemboja, bukannya di Indonesia apatah lagi di Singapura. Rupa-rupanya ia ada di Malaysia di negara kita! Bukan sahaja pelancong malah para pengkaji akan datang untuk mengkaji, para pelajar akan datang untuk tugasan mereka.

Ini barulah ngam dengan apa yang selalu kita baca, sebagai contoh:

“The Malays were great seafarers who once dominated most parts of Southeast Asia. For centuries, they built great kingdoms, huge monuments and pioneered maritime technologies in strengthening their grip over a huge maritime area extending from Madagascar in the West to the Indonesian islands in the East.

(Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli, The Unsung Malay History)

Bangsa yang diakui pelayar terbaik, berkemahiran tinggi malah sebelum orang Cina berani berlayar jauh-jauh, kita sudah berlayar bebas dari timur ke barat. Malah kapal-kapal kita jadi ‘transporter’ bagi empayar Funan dan sebagainya berdagang sampai ke Rom. Maka nah! Ini dia perahu tertua di Asia Tenggara yang sepatutnya jadi SIMBOL zaman-zaman keemasan pelayaran ketika itu.

Untuk itu jangan harap serpihan perahu itu saja. Kena bina tugu perahu purba tu, atau bina balik perahu tu macam Indonesia promosikan kapal dalam ukiran bas-relief Borobudur tu. Tegakkan ia di Pahang. Biar anak-anak Melayu tengok model perahu tertua yang pernah ada setakat ni di Asia Tenggara. Thailand pun takde, Vietnam pun takde.

Bina galeri pelayaran purba dengan model-model perahu purba yang lain macam Perahu Butuan di Filipina. Barulah nampak menarik perhatian gah di mata umum. Lebih lanjut, ia boleh jadi satu tema untuk Malaysia khasnya negeri Pahang. “The Oldest Ancient Vessel in Southeast Asia” contohnya, tak ke power tu?

Mana nak cari ‘luck’ macam ni? Cuba perahu ni jumpa kat Thailand. Kat Patani contohnya. Terus diorang buat filem patriotik agaknya. Terus klaim orang Thai sebagai bangsa pelayar paling purba di Asia Tenggara. Kita pun terkebil-kebil sambil makan tomyam.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.