The Patriots Dan Konservatif Melayu

0
1009
views

Ekoran pelbagai tohmahan dan tuduhan menerima dana parti politik a.k.a dedak, satu per satu penulis laman The Patriots (TP) menulis testimoni untuk bersihkan nama TP daripada fitnah haters.

TP dapat tuduhan sebegini sebab lewat ini, TP banyak bersuara tentang isu kedudukan Raja-Raja Melayu, hak bumiputera (kes UiTM), kedudukan Bahasa Melayu dan identiti Melayu. Tak tahu kenapa, pasca PRU ni tetiba perkara-perkara ini mula dicabar, mungkin orang nak ambil kesempatan ke atas pertukaran kerajaan kot. Atau mereka salah faham antara pertukaran kerajaan dan pertukaran negara. Jadi, apabila TP pertahankan perkara-perkara itu, TP dituduh menyebarkan propaganda bagi pihak kerajaan lama (baca: BN/UMNO).

Jetpack Langkawi

Bab dituduh menerima dedak ni perkara biasa dah bagi saya. Setiap kali saya cuba menerangkan logik disebalik dasar kerajaan (terutamanya dasar luar), mesti orang akan duk ratib “dedak” “dedak”. Tapi yang menariknya, apabila saya menjelaskan dasar kerajaan sekarang, tak dengar pula ratib dedak. Dedak ni bisnes monopoli ke apa.

Untuk pengetahuan semua, saya pun sebahagian daripada keluarga TP. Dua buku saya diterbitkan menerusi TP. Itulah cara TP buat duit: jual buku, Google Ads di portal dan tak lama lagi kami melancarkan majalah dan saluran TV pulak. Royalti yang saya terima setakat ini boleh menyaingi sebulan gaji saya. With revenue/income like this, who needs dedak?

Sebenarnya, TP ialah sebuah organisasi self-sustained yang digerakkan oleh individu-individu yang berkongsi ideologi yang sama. Let me call it “konservatisme Melayu” or if you wish, “konservatisme Malaysia” pun boleh.

Dalam TP ni ada orang pro-BN, ada pro-PAS, ada pro-PH, ada pro-undi rosak, ada yang tak pernah join mana-mana parti politik macam saya. Habis apa yang menyatukan mereka semua? Perkara-perkara yang disebut di atas: Raja, Bahasa, Bangsa (identiti Melayu) dan sehingga ke Agama (TP bukan eksklusif kepada Melayu-Islam saja, ada juga non-Muslim dalam tu).

Perkara-perkara ini sebenarnya greater than any political party. Ia merupakan asas kenegaraan kita. Konsensus yang dicapai oleh nenek moyang kita dalam membentuk negara ini. Tapi lama-kelamaan, asas kenegaraan ini dilupai oleh generasi muda malah cuba dipadamkan untuk suit mereka punya selera. Atas sebab itu, TP diwujudkan untuk menyemai kembali pemahaman tentang asas kenegaraan ini kepada orang ramai.

Tapi bila buat macam itu, ramai pula tak puas hati. Mereka cuba menuduh TP sebagai sebuah gerakan politik dengan mengaitkan The Patriots dengan kumpulan “Patriot” yang satu lagi, yang bawah UMNO tu. Yang tu tak ada “s”. Kalau begini, TP pun ada kaitan dengan “Persatuan Patriot Kebangsaan” yang merupakan persatuan veteran tentera dan polis, MIM-104 Patriots Missile yang digeruni oleh Saddam Hussein, dan tidak dilupai, New England Patriots yang merupakan antara team paling power dalam Super Bowl.

Pertindihan nama ini tidak disengajakan. Sebab tiada perkataan lain yang lebih sesuai untuk menggambarkan perjuangan kami. Patriotism (atau Wataniyyah dalam Bahasa Arab) berasal dari perkataan Greek “patriōtēs” yang membawa maksud “orang yang berkongsi negara yang sama”. Kalau kami menamakan diri sebagai Wataniyyah nanti orang ingat Askar Wataniah pulak.

Tak kira anda tu BN ke, PH ke, PAS ke, GS ke, GPS ke, selago anda ada sense of belonging kepada negara ini, anda boleh berjuang sebagai seorang Patriot. Perkara-perkara seperti Raja dan Bahasa ni asas kenegaraan, kalau anda rasa tak selesa dengan apa yang TP perjuangkan, anda seharusnya muhasabah diri adakah anda faham apa maksudnya menjadi seorang Malaysia?

Kami tak salahkan anda sekiranya anda tak faham. Negara kami tak ada “civics test” macam di US untuk test sejauhmana warga US faham tentang intipati Perlembagaan, tentang “freedom, equality, justice” dan “government of the people, by the people, for the people”. Benda ni kita panggil sebagai “national creed”. Kita pun ada “national creed” kita: Raja, Bahasa, Bangsa dan Agama yang bersandarkan kepada Tamadun MELAYU.

Kalau anda rasa alergik dengan segala yang berkaitan dengan Melayu Melayu, you are not true to the history of this land called Alam Melayu. Kalau anda Cina atau India, saya boleh faham lagi sebab for the past 60 years, our civic education not enough. Namun kalau anda seorang Melayu tapi pada masa yang sama alergik dengan Melayu, to quote Malcolm X, “I am sorry for you”.

Anda boleh panggil TP sebagai “conservative”, dan TP pun ada hak nak panggil anda “liberal”. Sebenarnya, perang konservatif-liberal ni wujud di mana-mana negara. Di US, macam saya kata tadi konservatif terdiri daripada mereka yang pertahankan “national creed” dan juga perkara-perkara yang mereka anggap sebagai asas kepada kenegaraan Amerika: “right to bear arms”, “states rights”, “limited government” dan sebagainya. Di UK, Conservative Party meneruskan tradisi Tories yang mempertahankan kedudukan Constitutional Monarch.

Tapi kami bukan “fascist” atau “supremacist”. Jangan sempitkan minda anda dengan menyamakan perjuangan hak Melayu dan rasisme. Melayu ialah tamadun, bukan ras. Kami nak “conserve” setiap aspek Tamadun Melayu kerana inilah “root” yang membentuk jati diri kita semua. Anda nak mencabut dan buang “root” tersebut, silakan. Tapi hasilnya negara ini akan jadi negara yang kosong, yang tiada jiwa, yang tiada identiti. Malah, “kesamarataan” yang diperjuangkan oleh sesetengah pihak ialah “disguised racism”: bila Melayu buat, semua tak OK. Bila orang lain buat, semua OK.

Benar, asas-asas kenegaraan diperjuangkan oleh BN/UMNO selama ini. Tapi itu tidak bermaksud PH tak boleh perjuangkan, PAS tak boleh perjuangkan. Faktanya, perkara-perkara inilah yang akan menyatupadukan kita tanpa kira apakah pendirian politik kita. Itulah maksudnya sebuah patriotism. Ini ialah sebab utama kami di TP boleh duduk semeja walaupun pendirian politik berbeza-beza.

Itu juga menjadi sebab kami tak suka membincangkan isu-isu yang bersifat partisan yang divisive. Apa jadahnya bila TP tak mahu bincang isu korupsi pemimpin pun TP disalahkan? Yang kami fokus ialah isu common ground yang harus diperjuangkan oleh semua orang Malaysia. Malah ada masanya TP juga membidas orang yang menghina busana Melayu dan amalan masyarakat Melayu. Logo TP tu pun dah menerapkan falsafah dan worldview Melayu.

Mungkin anda ada idea yang berbeza tentang asas kenegaraan. Mungkin anda rasa definisi kenegaraan harus bersifat lebih inklusif. Kami terbuka untuk perbincangan dan perdebatan. Kami boleh bincang metodologi sejarah, kami boleh bincang dari sudut historiografi. Tiada masalah. But please don’t simply brush us off dengan menuduh TP “dedak” “propaganda” dan sebagainya.

Selagi ada Melayu, selagi itu akan ada orang pertahankan Raja, Bahasa dan identiti Melayu. Di kala orang ramai keliru tentang identiti dan jati diri di era Malaysia Baharu, sekarang ialah waktu untuk menyusun semula gerakkan Konservatif Melayu, dan TP akan jadi perintisnya.

#KitaSemuaTP