The Last Kingdom – Fiksyen Sejarah Paling Best Di Netflix

1,729

Siri ini pasal Viking atau lebih tepat lagi mereka yang menentang Viking pada abad ke-9 dan ke-10 masihi.

Pada zaman ini, England masih belum lagi terbentuk sebagai sebuah negara tetapi terdiri daripada kira-kira tujuh kerajaan kecil yang dihuni oleh bangsa Anglo-Saxon.

Pada penghujung abad ke-9, orang Viking (Danes) tiba di kepulauan tersebut dan mula menakhluk beberapa kawasan di sana.

Oleh kerana kita tahu bangsa Viking ini bangsa yang kuat dan pandai berp3rang, maka sedikit demi sedikit kepulauan Englad mula dikuasai oleh mereka sehinggalah tinggal Kerajaan Wessex sebagai penentang utama kepada penguasaan total bangsa Dane.

Kerajaan Wessex yang dipimpin oleh raja tersohor pada zamannya iaitu Æthelred (Alfred). Alfred ini adalah seorang raja yang hebat untuk masanya sehinggakan dia digelar The Great beberapa ratus tahun selepas kemangkatannya.

Alfred membawa banyak perubahan dari segi sosial, undang-undang dan ketenteraan kepada kerajaannya dan pernah dilantik sebagai raja kepada semua orang Anglo-Saxon ketika berp3rang dengan orang Viking.

Tetapi watak utama siri ini bukanlah Alfred tetapi Uhtred of Bebbanburg.

Uthred, seorang anak lelaki kepada seorang bangsawan Anglo-Saxon telah ditangkap oleh orang Viking ketika dia masih budak-budak. Bapanya telah dibunuh manakala harta dan tanah milik bapanya telah dirampas oleh bapa saudara Uthred.

Walau bagaimanapun Uthred tidaklah dijadikan tawanan tetapi diambil sebagai anak angkat oleh seorang Viking. Jadi Uthred membesar dengan persekitaran budaya dan tradisi orang Viking walaupun dia sendiri ialah Anglo-Saxon.

Lama kelamaan Uthred semakin melupakan asal-usulnya dan menganggap dirinya sebagai berbangsa Dane.

Tetapi apabila bapa angkatnya dibunuh (oleh seteru berbangsa Viking) dan Uthred pula dituduh sebagai orang yang bertanggungjawap, dia terpaksa berkhidmat dengan Kerajaan Wessex pimpinan Alfred untuk membersihkan namanya dan membalas dendam.

Dia kembali menjadi Anglo-Saxon tetapi masih bersemangat Viking.

Namun sikap barbarik yang diwarisi dari kehidupan awalnya sebagai orang Viking menyebabkan dia banyak berkonflik dengan Alfred.

Alfred sebagai seorang Kristian yang warak tidak dapat menerima ketahyulan kepercayaan pagan yang dianuti oleh Uthred. Manakala Uthred pula rimas dengan kelurusan dan ketegasan agama Kristian yang dijaja oleh Alfred kepadanya.

Walaubagaimanapun pengetahuan Uthred tentang kepercayaan dan taktik p3rang Viking banyak memberi manfaat kepada Alfred dalam menempuhi pep3rangan dengan Viking.

Uthred menjadi orang yang paling dipercayai dan juga dibenci oleh Alfred. Konflik dan kepercayaan yang turun naik antara mereka berdua menjadi satu elemen yang menarik dalam siri ini.

Perbezaan kepercayaan dan budaya tidak dapat mengatasi kesetiaan Uthred kepada Alfred dan juga rakan-rakannya yang lain. Dalam pengembaraan dan pertempuran yang Uthred tempuhi, dia ditemani oleh anak-anak buahnya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Hild ialah seorang rahib Kristian yang juga merupakan seorang pahlawan. Ada Leofric yang merupakan seorang pahlawan Anglo-Saxon yang asyik menggelar Uthred seorang “Arseling”. Finan pula seorang Irish yang setia dengan Uthred. Sahabat-sahabatnya pula terdiri daripada seorang paderi bernama Beocca dan pengawal Alfred sendiri iaitu Steapa.

Selain itu siri ini juga ada banyak adegan pertempuran bersejarah yang hampir-hampir tepat dari segi butiran sejarah.

Pada musim pertama kita sudah boleh lihat taktik Shield Wall yang digunakan oleh bala tentera pada zaman ini. Untuk menggunakan taktik ini, tentera-tentera akan berdiri rapat sehingga bertemu bahu. Pada masa yang sama, perisai juga dirapatkan sehingga bertindih di sisi. Dengan ini, setiap anggota tentera akan mendapat perlindungan dari perisainya dan rakannya. Untuk melakukan serangan, anggota tentera akan merodok lembing dan pedang melalui ruang antara perisai.

Pada musim ketiga, siri ini diambil alih oleh Netflix dan bajet pertempuran dan elemen gore dan keganasan meningkat beberapa kali ganda. Jadi semakin best dan real lah adegan tempur antara Uthred dan musuh-musuhnya.

The Last Kingdom ini adalah berdasarkan siri novel The Last Kingdom karya penulis fiksyen favourite saya iaitu Bernard Cornwell. Siri buku lain beliau tentang pengembaraan Richard Sharpe juga pernah diterbitkan sebagai beberapa minisiri di United Kingdom.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.