https://shopee.com.my/thepatriotsasia

The King: Eternal Monarch – Korea Sedang Bernostalgia Monarki Mereka Yang Hilang?

2,841

Drama The King: Eternal Monarch yang tengah bersiaran bercerita tentang Lee Gon (이곤) dari Kingdom of Corea (Daehan Jeguk / 대한제국) yang tersesat ke dunia Republic of Korea (Daehan Minguk / 대한민국).

Daehan Jeguk sebenarnya wujud dalam sejarah, cuma lain sikit.

Dalam drama, Daehan Jeguk adalah sebuah negara monarki berperlembagaan (constitutional monarchy). Lee Gon adalah maharaja (hwangje / 황제). Di bawahnya ada perdana menteri yang dipilih oleh rakyat.

Ada sekali Lee Gon yang tengah menunggang kuda di hutan buluh termasuk ke dunia lain iaitu Daehan Minguk.

Sampai-sampai je terus kat Gwanghwamun Square, kena tahan dengan Inspektor Jung Tae-eul.

Daehan Minguk adalah nama rasmi kepada Korea Selatan.

Daehan = cara orang Korea panggil bangsa mereka.

Minguk membawa maksud republik. Min = rakyat, guk = negara. Negara rakyat.

Berbeza dengan wangguk / 왕국 (kingdom) – negara raja (wang / 왕) atau jeguk (empire) – negara maharaja (je / 제).

Jadi terjemahan Daehan Jeguk yang lebih tepat adalah Empire of Korea.

Kalau kita belek sejarah Korea, memang wujud Empire of Korea dari tahun 1897 hingga 1910 yang mempunyai kesinambungan dari Dinasti Joseon yang diasaskan oleh Lee Seong-gye (atau Yi Seong-gye) pada tahun 1392.

Joseon adalah sebuah wangguk yang diperintah oleh raja, berbeza dengan China yang merupakan empire yang diperintah oleh maharaja.

Taraf maharaja lebih tinggi daripada raja. Jadi maharaja China kira tuan kepada raja Joseon.

Sebab itu baju raja Joseon (macam Sejong dalam gambar kiri) berwarna merah. Warna merah warna baju pembesar China (gambar kanan) semasa Dinasti Ming (1368-1644). Baju warna kuning hanya boleh dipakai oleh maharaja China.

Atap istana raja Joseon (Gyeongbokgung) pun tak boleh pakai warna kuning/emas macam istana maharaja China (Forbidden City). Sebaliknya kena pakai warna hijau kegelapan.

Jepun tak pernah tunduk kepada China. Jadi mereka boleh panggil raja mereka sebagai maharaja. Tak ada larangan untuk pakai apa warna sekali pun.

Nama Jepun dulu adalah “Empire of Japan” / Dai Nihon Teikoku.

Je (제) & Tei (てい) berasal dari perkataan Cina yang sama iaitu 帝.

Selepas China tewas kepada Jepun dalam P3rang 1894-1895, Korea akhirnya bebas daripada China.

Pada tahun 1897, Raja Gojong mengubah nama Joseon jadi Daehan Jeguk, memakai gelaran Maharaja Gwangmu (Gwangmu-je / 광무제).

Gojong diwarisi oleh Sunjong pada tahun 1907.

Keluar mulut China, masuk mulut Jepun pula. Pada 1910, Jepun menjajah Korea. Monarki Korea dimansuhkan. Gabenor Jeneral dari Jepun menjadi pemerintah Korea.

Jepun memerintah Korea selama 35 tahun, sehingga ia kalah WW2 pada 1945 & melepaskan semua jajahannya.

Selepas bebas dari Jepun, Korea dibahagikan pula oleh pemenang WW2 iaitu Soviet dan US.

Soviet mendirikan Democratic People’s Republic of Korea. US mendirikan Republic of Korea atau Daehan Minguk.

Masing-masing dikenali sebagai Korea Utara & Korea Selatan.

Selepas monarki Korea dimansuhkan, Sunjong duduk di Istana Changdeokgung sehingga kemangkatannya pada 1926.

Manakala kerabat-kerabat lain dihantar ke Jepun dan dikahwinkan dengan kerabat Jepun untuk diasimilasikan, antaranya Lee Un (adik Sunjong) yang kahwin dengan Masako Nashimoto.

Sunjong tidak mempunyai anak, maka Lee Un mewarisinya sebagai ketua keluarga Lee.

Lee Un meninggal pada tahun 1970 dan diwarisi oleh anaknya Lee Gu.

Lee Gu berkahwin dengan perempuan US bernama Julia Mullock.

Pada zaman Presiden Park Chung-hee (1963-1979), kerabat bekas Daehan Jeguk ni dibenarkan kembali ke Korea Selatan dan tinggal di Nakseonjae di Istana Changdeokgung.

Tapi ramai yang tak biasa dengan kehidupan di Korea dan balik ke Jepun, termasuk Lee Gu.

Lee Gu meninggal di Tokyo pada tahun 2005. Lee Gu tidak mempunyai zuriat, jadi gelaran ketua keluarga Lee menjadi rebutan antara anak2 Lee Kang (abang Lee Un): Lee Cheong, Lee Won (kiri) & Lee Seok (kanan).

Dalam storyline TKEM, Lee Gon juga berasal dari susur galur keluarga Lee.

Cuma dalam universe “Daehan Jeguk”, penjajahan Jepun tak berlaku dan pada tahun 1945, atuk Lee Gon iaitu Haejong telah memperkenalkan sistem raja berperlembagaan & mendirikan Daehan Jeguk.

Negara raja berperlembagaan ni macam Malaysia, UK, Thailand, Jepun. Raja/Maharaja masih ketua negara, cuma kuasanya terhad.

Ketua kerajaan adalah PM yang dilantik menerusi proses demokrasi. Macam Goo Seo-ryung dalam TKEM yang merupakan PM wanita pertama Daehan Jeguk.

TKEM adalah drama Korea bergenre “alternate history” ke-6 yang cuba memberi gambaran wajah Korea sekiranya masih mengamalkan monarki: Princess Hours (2006), Goong S (2007), My Princess (2011), The Kings 2 Hearts (2012), The Last Empress (2018-2019)

Semua watak utama adalah dari keluarga Lee: Lee Shin (Princess Hours), Lee Hoo (Goong S), Lee Hyuk (The Last Empress), Lee Jae Ha (The King 2 Hearts), Lee Seol (My Princess) & Lee Gon.

Sambutan terhadap drama-drama ni bukan bermakna orang Korea nak kerabat Lee kembali berkuasa. Anak-anak Lee Kang ada je tapi tak ada sesiapa kisah.

Cuma andai sejarah boleh ditulis semula, ramai orang Korea harap negara mereka boleh jadi sebuah constitutional monarchy spt UK & Jepun.

Kalau constitutional monarchy diamal dari dulu, mungkin banyak tragedi sejarah Korea pasca-1945 yang melibatkan konflik berdarah antara orang awam dan pemerintah tentera dapat dielakkan.

Pendemokrasian tahun 1987 pernah memberi harapan kepada rakyat Korea, tapi kini mereka pun sedar ahli politik “demokratik” pun rata-rata korup & self-serving.

Maka rindu dan nostalgia terhadap sistem beraja menjadi satu bentuk “escapism” mereka daripada realiti politik yang tak sempurna.

Impian bagi orang Korea adalah realiti di bumi kita, walaupun ramai yang took for granted.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.