The Greatest Showman

19

Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un telah tiba di Hanoi, Vietnam untuk tujuan perjumpaan 2 hari bersama Donald Trump kesayangannya pada esok dan lusa (27-28 Februari).

Ini merupakan perjumpaan kali ke-2 antara Kim dan Trump selepas pertemuan bersejarah di Singapura tahun lepas pada 12 Jun 2018.

Korang mungkin hairan, nak jumpa banyak-banyak kali buat apa?

Perjumpaan pada tahun lepas lebih kepada simbolik dan “show”. Walaupun kedua-dua Kim dan Trump menyatakan hasrat untuk mencapai “denuclearization” (penghapusan senjata nuklear) di Semenanjung Korea, tetapi tak ada follow-up action pasal tu. Talk only.

Jadi perjumpaan kali ini lebih serius dan fokus kepada langkah-langkah substantif untuk capai tujuan tersebut. Tu sebab mengambil masa 2 hari.

Persamaan kedua-dua Kim dan Trump ialah mereka masing-masing ialah “showman” yang hebat. Yang ada kat mereka bukan “statesmanship” tapi lebih kepada “showmanship”.

Trump kita tahu asal usulnya memang pengacara reality show bernama The Apprentice. Kalau diperhatikan cara Trump mengendalikan dasar luar US pun lebih kepada “show”. Yang dikejar ialah “rating” oleh pengundi, lebih daripada kepentingan negara US yang hakiki.

Trump nak jumpa dengan Kim sebab nak “show” kepada pengundi bahawa dia telah mencapai janji untuk tackle ancaman nuklear Korea Utara. Walaupun secara realiti, tak ada apa-apa jaminan daripada Kim pasal benda itu.

Pemilihan Vietnam sebagai tempat persidangan juga satu “show” kepada China. Vietnam ialah musuh ketat China. Jadi Trump dan Kim seolah-olah nak tunjuk ada pakatan US-Vietnam-Korea Utara, untuk memberi tekanan kepada China.

Kita tahu perundingan perdamaian perdagangan US dan China sedang berjalan rancak. Sambil runding sambil ugut, itu memang style Trump.

Tapi berbanding Trump, Kim ialah showman yang jauh lebih hebat.

Kita at least boleh agak apa yang Trump akan buat. Dah 2 tahun lebih, kita dah masak dah perangai dia.

Tapi Kim? Sorry, sampai sekarang tak ada orang faham apa yang dia nak kecuali dia sendiri.

Dari seorang “diktator” yang dilihat sebagai “budak psiko” yang berpotensi untuk melancarkan senjata nuklear bila-bila masa, Kim sekarang telah transformed menjadi seorang “diplomatic player” yang disegani.

Korea Selatan peluk dia. US “sayang” dia. China nak pujuk dia. Rusia nak mendekati dia. Jepun nak berdialog dengan dia. Hanya dengan mengubah sikap, Kim berjaya memainkan semua kuasa-kuasa besar dalam tapak tangannya.

Ini kerana Korea Utara mempunyai “leverage” yang paling besar iaitu senjata nuklear.

Semua negara harap Kim boleh melepaskan dan memusnahkan senjata nuklear Korea Utara. Tapi Kim sedar nuklear inilah yang memberi dia “bargaining power”. Jadi tidak semudah itu.

Apa yang Kim buat ialah terus memberi harapan demi harapan, untuk mengumpan kuasa-kuasa besar ini menari ikut rentaknya.

Lebih kurang macam pisau cukur yang menggoda lelaki miang tak sedar diri. Apabila laki-laki dibuat menggila-gilakan dia, maka dia akan “strike” dan kasi hancur hidup mereka.

By the time negara-negara ini dah hilang kewaspadaan terhadap Kim, maka Kim akan “strike” dan membuat negara ini kelam kabut. Dah banyak kali berlaku dah, kalau kita meneliti sejarah Korea Utara.

Tapi disebabkan manusia mudah lupa, jadi Korea Utara berjaya “game” semua orang berkali-kali.

Tapi tidak dinafikan kebolehan Kim dalam mengimbangi kuasa-kuasa di sekelilingnya. Tindakan berjumpa Trump di Vietnam boleh dikatakan very provocative. Tapi Kim “balance” balik dengan menaiki keretapi merentas China untuk ke Hanoi. Jadi nak kata anti-China pun tak. China tak boleh nak sangsi.

Kalau nampak pro-US, mungkin Kim dah lama kena sailang dengan China (remember last time China nak naikkan Kim Jong-nam ganti Kim Jong-un). Kalau pro-China, maka Kim akan forever jadi budak suruhan China.

Kena ambil hati dua-dua pihak, baru “wangdo” (왕도), atau “way of the king” dalam Bahasa Korea.

Kebolehan ini mungkin datang daripada salasilah Kim. Nanti aku ulas pasal ni.

Nantikan analisis akan datang mengenai Kim Jong-un “the greatest showman” ini.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.