The Great Depression – Krisis Ekonomi Terburuk Sejarah

853

Berita bursa saham menjunam mula tersebar di New York. Kebimbangan para pelabur dengan kejatuhan harga ini menyebabkan mereka mula menjual semua stok mereka bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.

Tanda-tanda kejatuhan itu sebenarnya sudah kelihatan sejak September 1929, apabila pakar kewangan, Roger Babson memberi amaran, “bursa saham akan jatuh”. Irving Fisher, seorang pakar ekonomi mengatakan “pasaran saham sekarang bergerak mendatar dalam keadaan paling tinggi.”

29 Oktober, 1929, atau dikenali sebagai Black Tuesday, merupakan peristiwa yang mencetuskan kejatuhan pasaran saham di New York, adalah petanda dunia mula melangkah ke Era Krisis – dinamakan sebagai Great Depression.

Saeculum yang bermula sejak kemenangan Abraham Lincoln memenangi Perang Saudara di Amerika Syarikat dan Revolusi 1848 di Eropah, melalui fasa keempat atau dipanggil fourth turning, iaitu Crisis, menurut buku The Fourth Turning tulisan William Strauss dan Neil Howe.

Kesan daripada kejatuhan ekonomi itu, ramai yang hidup merempat di kawasan setinggan, rumah dibina dengan kotak dan papan terbuang, dinamakan sebagai Hooverville, sempena nama Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Herbert Hoover.

Dari segi pop culture pada masa itu pun, lagu-lagu menceritakan tentang kesedihan orang ramai tentang kemelesetan ekonomi. Antara lagu yang popular pada ketika ini ialah Boulevard of the Broken Dreams oleh Al Dubin (bukan lagu Green Day), dengan lirik lagu berbunyi:

I walk along the street of sorrow/The Boulevard of Broken Dreams/Where gigolo and gigolette/Can take a kiss without regret/So they forget their broken dreams.

Green Day mengambil idea daripada lagu ini untuk menulis lagu dalam American Idiot yang aku akan bincangkan nanti.

Selain itu, lagu yang popular pada ketika itu ialah A Cottage to Sale dari Teddi King, mengisahkan sebuah keluarga terpaksa menjual rumahnya kerana tidak mampu membayar hutang bank, dan lagu Brother, Can You Spare A Dime? dari Bing Crosby, menceritakan tentang kemiskinan di tengah kota. Lagu Gloomy Sunday dari Mel Torme berceritakan tentang tekanan perasaan dan keinginan mahu membunuh diri, turut popular pada ketika ini.

Di Eropah, warganya turut tertekan dengan kejatuhan ekonomi ini, kerana selepas Perang Dunia Pertama, kebanyakan negara Eropah mengharapkan pasaran Amerika untuk produk mereka.

Di tanah-tanah jajahan mereka, perasaan bangkit mahu merdeka mula bangkit. Sumpah Pemuda yang diisytiharkan oleh Kongres Pemuda mengisytiharkan diri untuk taat setia kepada bangsa, tanah air dan negara – mewujudkan idea negara bangsa Indonesia pada 1928.

Di China, Chiang Kai-Shek berjaya merampas kuasa selepas keadaan huru-hara, tiga tahun selepas kematian pengasas Republik China, Dr Sun Yet Sen pada tahun 1928.

Sementara itu Jepun mula meluaskan empayar mereka dengan mula memasuki wilayah Manchuria dengan mengambil kesempatan ke atas huru-hara di China. Chiang Kai-Shek terpaksa berdepan dengan pemberontakan komunis yang diketuai oleh Mao Zedong.

Di Rusia pula, Jozef Stalin sedang merancang Rancangan Lima Tahun untuk Soviet Union, dengan ramai pesalah politik, musuh serta mereka yang menentangnya, dan ramai yang tidak bersalah, dihantar ke kem gulag, iaitu kem kesalahan politik dimana mereka menjadi buruh paksa dan hamba tebusan.

Cerita tentang gulag ada diceritakan dalam novel Aleksandr Solzhenitsyn, The Gulag Archipelago, yang menceritakan penindasan dan brainwashing daripada rejim komunis.

Di Jerman pula, rakyat marhein merasakan kemarahan akibat Perjanjian Versailles yang ditandatangani oleh kerajaan mereka, menyebabkan ekonomi negara mereka runtuh dan melihat maruah negara mereka dipermainkan oleh pemenang Perang Dunia Pertama, Adolf Hitler menerusi Parti Nasionalis Sosialis Jerman, atau Nazi – memeluk fahaman fasisme dan membunuh orang Yahudi, dan golongan minoriti lain untuk mewujudkan bangsa Aryan yang kuat, satu falsafah yang diambil dari fahaman Friedrich Nietzsche iaitu Übersmench – atau Superman.

Keadaan rusuhan dan pemberontakan, rasa tak puas hati dari rakyat terhadap establishment, menyebabkan pemimpin semasa itu terpaksa melaksanakan perkara yang di luar kebiasaan pada ketika itu.

Pada masa inilah, muncul Franklin Delano Rossevelt (FDR) yang menjanjikan peluang pekerjaan dan menstabilkan ekonomi di Amerika. Semua media pada ketika itu menghentam Franklin dengan gelaran seperti diktator dan gila kuasa.

FDR menang pilihanraya pada tahun 1932, dan melaksanakan program yang diberi nama New Deal. Program ini dibantah oleh Republikan kerana campur tangan kerajaan ke atas ekonomi adalah bertentangan dengan prinsip kapitalisme.

Dengan mewujudkan pelbagai agensi, peluang pekerjaan diberikan kepada penganggur yang ketika itu mencapai sehingga 25% seluruh Amerika.

Banyak projek kerajaan seperti membina jalanraya, jambatan, sekolah, hospital dan pelbagai lagi dilaksanakan oleh Rossevelt, yang mula dianggap sebagai langkah sosialisme oleh mereka yang skeptik dengan Rossevelt.

Pada pilihanraya presiden 1936, FDR menang besar menewaskan Alf Landon, walaupun media-media semua berat sebelah dan memberi laporan menghina FDR seperti skandal seks dengan Lucy Mercer, seorang socialite (kira zaman sekarang dia ni macam kes Stormy Daniels la), dan walaupun media melaporkan Alf Landon akan menang, tapi keputusannya FDR menang dengan menang Electoral College sebanyak 523 berbanding Landon cuma 8 sahaja.

Macam cerita zaman sekarang je, kan? Tapi masa tu Presiden FDR sebarkan maklumat pakai radio. DJT pakai Twitter, tu je bezanya.

Pada 1 September 1939, Adolf Hitler mengarahkan tenteranya untuk menawan Poland, dan bermulanya kancah Perang Dunia Kedua di Eropah. Di Asia dah mula lama, apabila Jepun menawan Korea dan Manchuria.

Dan apabila Jepun menyerang Pearl Harbor di Hawaii pada 1941, barulah akhirnya FDR mendapat sokongan padu seluruh rakyat termasuklah media untuk memenangi peperangan dahsyat ini.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.