Moving Forward As One

The Grand Palace – Simbol Keagungan Dinasti Thai

1,161

The Grand Palace ialah sebuah Istana yang menjadi simbolik seni kepada dinasti Thai kerana keindahan dan keunikanya membuatkan pengunjung terpegun melihatnya. Disebalik kemasyuran struktur binaan ini terdapat kisah menarik mengenainya yang terletak di tengah ibukota Bangkok.

Ayuh dapatkan buku terbaru keluaran The Patriots, Rahsia Empayar Melayu Srivijaya dan The Malaccan Odssey di Shopee kami. Beli Srivijaya: http://t.ly/9z3K dan Melaka: http://t.ly/kn3A

Istana Besar The Grand Palace atau Phra Borom Maha Ratcha Wang awalnya siap dibina pada sekitar tahun 1782 oleh pemerintah Dinasti Chakri iaitu Rama I. kemudian kompleks ini digabungkan dengan dua buah lagi binaan dikawasan berdekatan istana tersebut iaitu bangunan Dusit Haha Prasat Throne Hall dan Phra Maha Monthian.

Rama I memasuki istana The Grand Palace sebagai rasmi pada 6 May 1782 setelah beliau merasakan pentadbiran di Thonburi kurang sesuai sesuai lalu beliau membuat keputusan untuk memindahkan pusat pemerintahan yang baharu di Bangkok. Kebanyakan binaan baharu  dinaiktaraf secara berperingkat semenjak Rama I hingga Rama V.

The Grand Palace Masa Kini

The Grand Palace  memilki keluasan seluas 2,351,000 meter persegi (2,351,000 sq) disepanjang Chao Phraya River. Diikuti keunikannya terlihat bukan saja pada seni bina yang dipersembahkan malah  ia sebenarnya turut menjadi sebuah pusat pentadbiran Kerajaan Thai.

Peta Keluasan The Grand Palace

Sejak 1782 sehingga 1932 The Grand Palace dirasmikan sebagai pusat pentadbiran dan pusat keagamaan. Dalam erti kata lain, jemaah menteri, penjawat awam mahupun hal-hal yang melibatkan pentadbiran negara dilaksanakan di The Grand Palace.

Selain itu, Mungkin anda tertanya-tanya jenis bahan binaan bangunan ini diperbuat dari bahan apa. Sebenarnya struktur dan material istana asalnya diperbuat daripada kayu. semasa era Rama I pernah menitahkan pasukannya ke Istana Ayuttahaya yang sudah lama terbiar dan hampir musnah dek kesan daripada p4pe.rangan antara Burma-Thai.

Tujuannya untuk mencari batu-bata seberapa banyak yang boleh untuk diambil bagi membina semula kubu pertahanan, ruangan takhta, dinding istana supaya struktur bangunan lebih kukuh menggantikan bahan buatan kayu sebelum ini yang boleh dipertikai tahap ketahanannya.

‘Fun fact’ seterusnya, proses pembuatan keseluruhan The Grand Palace menggunakan sepenuhnya tenaga kerja golongan corvée atau buruh kasar. Sama ada ianya buruh tidak berbayar atau sebaliknya masih tidak dapat dipastikan.

Jadi binaan apakah yang terdapat disekitar dan di dalam kompleks The Grand Palace tu?

Kuil Emerald Buddha

Pada masa kini, Seperti yang sudah dimaklumkan bahawa kompleks The Grand Palace ini merangkumi pelbagai bangunan pentadbiran.  ini termasuklah bangunan pusat keagamaan Buddha. Kuil Emerald Buddha atau Wat Phra Kaew secara tradisionalnya mengadaptasi ciri-ciri seni bina Istana Sakhothai dan Wat Phra Si Sanphet di Ayuttahaya.

Kuil Emerald Buddha

Khet Phra Racha Than Chan Nork/Phimanchaisri Gate

Disebelah zon Barat Laut terdapat Infrastruktur berhampiran The Grand Palace sememangnya menjadi tarikan pelancong bergambar kerana keunikan yang terdapat pada ukiran gerbang Phimanchaisri. Gerbang ini secara langsung menuju ke pusat Chakri Maha Prasat Throne Hall.

Gerbang Phimanchaisri

Phra Thinang Amarin Winitchai

Mustahil dapat melupakan tentang Phra Thinang Amarin Winitchai yang boleh dikatakan bangunan terpenting diantara banyak-banyak kompleks The Grand Palace ini, kerana menjadi tempat upacara rasmi kerajaan seperti majlis bersama duta asing, tempat berurusan dalam perniagaan dan urusan rasmi lain.

Bahagian Dalaman Phra Thinang Amarin Winitchai

Namun, sejak zaman pemerintahan Raja Chulalongkorn, The Grand Palace tidak lagi digunakan sebagai kediaman keluarga Diraja selepas pemansuhan monarki mutlak pada 1925, dan seluruh agensi kerajaan diarahkan keluar daripada istana.

Istana Besar The Grand Palace sememangnya diakui sebagai simbol seni diraja Thai, kini kediaman keluarga diraja Thailand berada di Istana Chitralada bukan di Istana Besar, The Grand Palace digunakan untuk tujuan upacara rasmi.

Ruangan komen telah ditutup.