Terlalu asyik melayan Marvel Cinematic Universe pasti menyebabkan kita terlepas pandang pasal adiwira. MCU menunjukkan semua adiwira dalam sisi protagonis. Strategi MCU adalah untuk memasarkan kepada golongan kebanyakan. Namun The Boys pula ikut aliran betul-betul berbeza. Mereka memperaga watak berdasarkan dunia sebenar. Kerana logiknya, adiwira yang berkuasa takkan sesekali kekal baik-baik belaka. Mereka pasti tersisih dalam kancah kejahatan, kerana sifat semulajadi manusiawi.

Maka pertama sekali, kita harus membincang pasal Homelander. Semasa episod pertama, nampak Homelander macam Captain America. Bendera Amerika Syarikat setia di belakang. Senyuman manis. Muka ketat, ala-ala White Savior. Walau bagaimanapun, inilah antagonis paling besar dengan perwatakan begitu jahat. Homelander sebenarnya membawa imej ‘by any means necessary’ untuk kekal dominan.

Baru hancurkan orang.

Untuk menjadi dominan, Homelander bersuara menggunakan lenggok bahasa bawahan. Kata-kata Homelander tersusun untuk memenangi hati orang kebanyakan yang tiada akhlak. Homelander menentang sebarang perintah berkurung (lockdown). Homelander juga bersikap pro-senjata, yang sememangnya bersinonim dengan rakyat Amerika. Dan paling utama sekali, Homelander ingin meletakkan dirinya di atas. Jadi sesiapa yang cuba menjatuhkannya akan digelar “boneka tangan tersembunyi yang mengawal semua benda”.

Salah seorang yang cuba menjatuhkan Homelander adalah William Butcher yang berjiwa tangkas pada matlamat tunggal. Sifat Butcher sentiasa berterus-terang. Kalau ingin menumbuk, beliau takkan ubah fikiran.

Oi

Apabila isterinya dirog-ol Homelander sampai hamil, Butcher terus bertindak dengan strategi sangat rapi untuk membunuh Homelander. Tindakan ini bertambah pekat saban musim, apabila Butcher tunjuk mentaliti matlamat menghalalkan cara (the end justifies the means). Beliau sanggup menelan Temp V untuk memastikan misinya tercapai.

Temp V dah cukup nak bagi Homelander gerun.

Butcher dibantu seorang ‘kawan lama’ bernama Mother’s Milk (Marvin T. Milk). Milk walaupun lembut pada anak perempuannya sebenarnya sangat keras. Jiwanya membara dengan sifat dendam terhadap adiwira, kerana bapanya dibunuh Soldier Boy. Sifat dendam ini luntur saban musim, tetapi kalau tengok awal-awal begitu pekat terhadap Frenchie kerana apa yang berlaku pada cucu Grace Mallory (dibakar Lamplighter hidup-hidup).

Mother’s Milk

Milk sebenarnya berjiwa konservatif, sangat bercanggah dengan Butcher. Sementara Butcher lebih strategis, Milk tegas pada prinsipnya. Adiwira jahat. Adiwira jahat. Adiwira jahat. Takkan sesekali jadi adiwira, meskipun ada peluang untuk guna Temp V. Apabila Butcher dan Hughie guna Temp V, pendirian Milk tidak berubah. Walaupun ada kuasa dalam pihaknya, beliau terus naik meluat dan sangat kecewa terutamanya pada Hughie.

Hari ni kami beri potongan harga besar. Setiap buku asalnya RM28 HARI INI boleh dibeli RM20 sahaja! Rebutkan peluang ni dan layari https://shopee.com.my/thepatriotsasia untuk beli.

Dan tidak lupa pula pada Starlight, yang membawa elemen feminisme. Ramai memandang enteng pada perjuangan feminis sebenarnya. Episod pertama lagi The Boys tunjuk kepentingan perjuangan ini. Cuba tengok – wanita pergi mana pun pasti akan diaibkan dalam kancah syahwat. Starlight mempunyai kuasa pencahayaan dan populariti boleh tahan tinggi. Dalam dunia realiti, Starlight melambangkan “women in the position of power” (wanita bekerjaya). Namun masuk saja The Seven, Deep paksa Starlight buat apa?

Wanita yang berdiri di atas kaki sendiri pasti berjaya.

Sisi ini sangat sama dengan apa yang berlaku dalam institusi berprestij, apabila lelaki hilang nilai moral. Ambil contoh Hollywood, lubuk gangguan syahwat, yang bergegar selepas beberapa wanita bangkit membuktikan tuduhan mereka terhadap Harvey Weinstein dan Bill Cosby. Dan baru bertapak dalam the Seven, pihak Vought sudah paksa Starlight berpakaian terdedah… sesuatu yang dibenci Starlight sendiri.

MCU adalah siri yang sangat kukuh. Namun MCU gagal tunjuk sisi dunia sebenar. Jadi The Boys berebut mengisi kelompangan ini, berani cakap apa saja tanpa peduli pada political correctness. Selamba Homelander hina orang Islam dalam musim ketiga, jelas menunjukkan yang dirinya sangat benci pada idea-idea selain “White Extremism”.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Penonton tidak mengamuk langsung. Kerana itulah dunia sebenar… dan itulah istimewanya The Boys. Berani tunjuk sisi realiti tanpa berselindungan di sebalik sentimen. Sisi realiti kena tunjuk habis-habis, supaya masyarakat boleh berubah ke arah kebaikan. Kalau tidak, selamanya perbuatan jahat kekal berlaku di sebalik tabir.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply