Masalah dalam sebuah karya Melayu ialah mereka kekurangan falsafah, idelaogi dan variasi watak. Saya tidak salahkan para penulis di Malaysia berikutan hal ini kerana mereka kurang terdedah dengan pembelajaran dalam kaetgori yang saya bangkitkan di atas.

Seperti mana kebanyakan rakyat Melayu di Malaysia, mereka hanya melihat dunia melalui hitam putih tanpa mengetahui bahawa dunia adalah sangat berwarna-warni. Yang mereka tahu bahawa hanya ada Jahat dan Baik padahal perwatakkan manusia adalah terlalu dalam untuk wujud hanya baik dan jahat sahaja.

Terdapat sebuah sistem pengklasifikasikan dalam meletakkan setiap watak dalam penghasilan sebuah jalan cerita. Bagi saya apabila pengkarya (filem, novel, permainan video, series/drama) memahirkan diri mereka dengan teknik pengkelasan ini, maka dia berpotensi untuk menghasilkan sebuah mahakarya yang hebat. Mari bersama saya menyelami kategori watak yang diwujudkan dalam penghasilan watak-watak yang bervariasi yang telah banyak digunakan oleh penulis-penulis dari barat mahupun timur.

Lawful Good

• Lawful Good ialah watak baik dalam sebuah karya yang bertindak atas undang-undang, kompas moral yang baik dan menentang setiap tindakan yang seringkali dijustifikasikan sebagai “matlamat menghalalkan cara.” Bagi lawful good, setiap tindakan harus dalam ruang lingkup undang-undang itu sendiri, dan mestilah dalam sistem.

• Contoh watak Lawful Good yang wujud dalam setiap dunia karya ialah Hermione Granger daripada Harry Potter, atau Superman daripada komik DC. Untuk karya Malaysia, watak Laksamana Sunan yang dicipta oleh Ramlee Awang Murshid ialah contoh Lawful Good.

Neutral Good

• Neutral Good ialah watak yang dicipta tidaklah sekeras seperti Lawful Good. Neutral Good percaya bahawa setiap tindakan harus berlandaskan undang-undang. Namun, Neutral Good berpendapat bahawa terlalu banyak undang-undang akan membawa kepada kekangan kebebasan itu sendiri. Terlalu banyak kebebasan juga tidak patut wujud dalam sebuah masyarakat.

• Kadang-kala, Neutral Good akan mendapati diri mereka di dalam situasi di mana mereka terpaksa betindak membatasi undang-undang itu. Namun tindakan mereka tidaklah seperti Chaotic Good dan masih terbatas namun dilakukan untuk kebaikan yang lebih bagus bagi masyarakat. Namun, sekiranya sebuah masalah boleh diselesaikan melalui undang-undang, maka Neutral Good akan memilih jalan tersebut.

• Contoh watak-watak dalam dunia pengkaryaan yang merujuk kepada Neutral Good ialah Naruto, Harry Potter dan juga Spiderman daripada komik Marvel.

Chaotic Good

• Chaotic Good ialah watak baik yang tidak suka terikat pada undang-undang. Chaotic Good tidak menyukai apabila orang mengarahkan dirinya untuk melakukan sesuatu. Sebaliknya, Chaotic Good mempunyai kompas moralnya tersendiri dan bergerak bebas demi kebaikan, walaupun melanggar norma dan undang-undang. Dalam erti kata lain, Chaotic Good ialah watak yang berpegang pada matlamat mengalalkan cara.

• Batman daripada Komik DC, Robin Hood dan juga Kembar Weasley dalam novel Harry Potter ialah watak yang boleh diletakkan di dalam kategori Chaotic Good.

Lawful Neutral

• Lawful Neutral ialah watak yang berdiri antara kebaikan dan kejahatan, tetapi setiap tindakannya masih berlandaskan undang-undang dan sistem.

• Lawful Neutral berpegang bahawa undang-undang walaupun kejam ataupun baik, tetapi sekiranya membawa kepada kestabilan kepada masyarakat adalah dibenarkan.

• Lawful Neutral percaya bahawa tidak kira sebuah kerajaan itu sebuah kerajaan yang kejam, dictator atau juga sebuah kerajaan demokrasi, tetapi asalkan mampu memberi manfaat kepada masyarakat, ianya dibenarkan.

• Lawful Neutral berpendapat bahawa sekiranya sebuah undang-undang itu tidak dipersetujui atau sebuah kerajaan tidak lagi disukai oleh rakyatnya, ianya mesti diubah berdasarkan dalam konteks sistem dan undang-undang.

• Contoh watak yang boleh dikaitkan dengan Lawful Neutral ialah Uchiha Itachi daripada Komik Naruto atau Percy Weasley daripada novel Harry Potter.

True Neutral

• Watak True Neutral ialah watak yang tidak berpihak kepada kebaikan atau kejahatan sebalik memilih jalan yang betul-betul di tengah. Mereka memandang kebaikan, kejahatan, undang-undang dan kekacauan sebagai sesuatu yang bersifat prejudis dan sangatlah berbahaya. Mereka berpendapat berada di tengah ialah jalan yang paling selamat dalam setiap tindakan mereka.

• Horace Slughorn dan Severus Snape yang merupakan guru posyen Harry Potter merupakan watak yang boleh disematkan pada True Neutral.

Chaotic Neutral

• Chaotic Neutral adalah seorang individualist dan setiap tindakannya adalah berkaitan tentang mempertahankan kebebasannya. Dia tidak berpihak kepada kejahatan mahupun kebaikan. Watak Chaotic Neutral adalah watak yang melawan tradisi, norma masyarakat, dan mengelak daripada pihak berkuasa. Baik dan jahat tidak akan mempengaruhi sebarang tindakannya sebaliknya tindakannya akan didasarkan apa yang terbaik untuk dirinya.

• Erti terbesar dalam hidup seorang Chaotic Neutral adalah tentang memberikan faedah terbesar pada dirinya. Bagi Chaotic Neutral, anda akan melihat bagaimana dia boleh berbaik dengan watak baik dan jahat, bergantung pada pihak mana yang banyak memberikan manfaat kepada dirinya.

• Peraturan dan undang-undang adalah diciptakan untuk dilanggar bagi watak Chaotic Neutral. Tindakan mereka juga sangatlah rambang dan tidak boleh diramal. Anda boleh melihat suatu masa, dia akan berada dibelakang antagonis, namun pada ketika yang lain, dia boleh bertukar menjadi pengkhianat apabila mendapati bahawa dirinya tidak mendapat manfaat dalam perjuangan protagonist.

• Contoh watak yang membawa elemen Chaotic Neutral ialah Jack Sparrow daripada Pirate Of Carribean ataupun Peeves, si hantu Poltergeist daripada novel Harry Potter atau John Murphy dalam The 100. .

Lawful Evil

• Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa Lawful Evil adalah versi naik-taraf Lawful Neutral. Watak jahat yang beroperasi di dalam ruang lingkung kod undang-undang dan selalunya telah mencipta prinsip mereka tersendiri dalam melakukan kejahatan. Sebagai contoh, watak Negan dalam The Walking Dead berpegang bahawa perempuan tidak boleh dirogol atau dibunuh.

• Boleh dikatakan juga mereka adalah jenis yang mengeksplotasikan kelemahan undang-undang dan sistem untuk kepentingan dan kejahatan yang mereka lakukan.

• Sebagai contoh, seorang watak Lawful Evil biasanya adalah watak yang mengotakan apa yang dijanjikan oleh mereka. Mereka beranggapan bahawa adalah perbuatan tidak bermaruah sekiranya melanggar janji mereka.

• Anda juga boleh melihat sama ada watak itu sebagai Lawful Evil apabila kononnya terdapat sebuah pertarungan antara watak Lawful Evil dan watak jahat. Watak Lawful Evil kemungkinan akan memastikan bahawa watak baik tersebut sama hebat dan kuat, dan mempunyai kelengkapan yang dimilikinya sebelum mereka menyelesaikan konflik antara mereka.

• Darth Vader dalam filem Star Wars atau Dolores Umbrigde dalam novel Harry Potter adalah contoh watak Lawful Evil.

Neutral Evil

• Neutral evil ialah watak yang tindakannya didasarkan atas dirinya. Setiap tindakan jahatnya tidak didasarkan prinsip-prinsip dan undang-undang seperti mana yang wujud pada watak Lawful Evil. Tetapi tidaklah seganas dan berdasarkan rasa cinta pada kekacauan dan konflik yang wujud dalam watak Chaotic Evil.

• Watak Neutral Evil biasanya bertindak untuk kebaikannya tersendiri, tanpa terikat pada organisasi atau orang lain. Motif mereka adalah untuk mendapatkan kuasa, nama, kekayaan, dan apa sahaja yang menjadikan hidupnya lebih selesa.

• Kalau dalam usaha watak Neutral Evil mahu mencapai objektif peribadinya memerlukan dia menggunakan undang-undang, maka Neutral Evil akan menggunakannya. Kalau perlu dia untuk mencapai objektifnya dengan melanggar undang-undang, maka Neutral Evil akan bertindak sedemikian.

• Watak yang boleh dikaitkan dengan Neutral Evil ialah seperti Peter Pettigrew daripada Harry Potter, Lex Luthor daripada komik Superman ataupun Tobi daripada komik Naruto.

Chaotic Evil

• Watak Chaotic Evil ialah watak jahat yang melakukan kejahatan berdasarkan kebencian, ketamakan, nafsu untuk melihat kehancuran berlaku di sekitar mereka.

• Kebebasan dan rambang adalah ciri-ciri kejahatan yang mereka lakukan. Mereka tidak ada rasa bersalah melihat kejahatan yang mereka lakukan hatta dengan membunuh. Mereka boleh jadi melakukan kejahatan hanya kerana mereka suka melihat kejahatan itu berlaku.

• Mereka adalah si gila yang melakukan kejahatan demi memenuhi nafsu kejahatan sendiri. Kejahatan yang mereka lakukan biasanya dalam bentuk yang sangat kejam, sadis dan penuh dengan keganasan.

• Mereka tidak mempercayai sesiapa kecuali diri sendiri dan tidak ada moral kompas yang jelas. Pattern tindakan chaotic evil adalah hampir langsung tidak dapat diramalkan kerana kejahatan yang dimilikinya adalah kategori yang tidak dapat terkawal.

• Chaotic Evil biasanya akan bertindak sendirian, dan tidak suka berada di bawah sesiapa. Dia sanggup melakukan apa sahaja termasuklah membunuh ahli keluarga sendiri dan mengkhianati rakan seperjuangan demi memastikan matlamatnya tercapai.

• Antara watak yang berkongsi ciri-ciri Chaotic Evil ialah Lord Voldermort dalam novel Harry Potter, watak Joker dalam komik Batman dan juga Hidan dalam komik Naruto.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply