Moving Forward As One

Texas Dilanda Gelombang Haba Yang Mencecah 52.4°C!

1,563

Kalau cuaca terlalu panas, mesti ramai akan menggunakan pendingin hawa. Tetapi ada satu kerajaan minta rakyatnya jangan guna pendingin hawa terlalu lama. Kata kerajaan tersebut, mereka tidak mampu menampung bekalan elektrik.

Cakap begini, mesti ada yang fikir negara-negara miskin. Tetapi sebenarnya, negara ini sangat kaya… jauh lagi kaya untuk dibandingkan dengan Malaysia. Dan negara ini adalah Amerika Syarikat, cuma kerajaan yang dimaksudkan bukan Joe Biden.

Texas mempunyai seorang pemimpin yang menarik. Negeri ini ada banyak masalah sebenarnya. Pada bulan Februari saja, negeri ini kerugian hampir AS$200 bilion kerana krisis tenaga (power crisis).

Mungkin ada yang terlepas pandang: tiga ribut salji membadai Texas antara 10 Februari hingga 20 Februari, menyebabkan gangguan elektrik besar-besaran di seluruh negeri. Bencana ini menimpa 4.5 juta rumah dan perniagaan (Wright & Robertson, 2021).

Pergi beli barang berbalut selimut.

Texas juga tidak boleh mengimport bekalan elektrik sesuka hati daripada negeri lain (kerana akta sendiri). Dan pentadbiran Greg Abbott seolah-olah tidak bersedia langsung, meskipun sudah diberi amar.an 10 tahun lalu (Bloomberg, 2021).

Pada ketika 13 juta rakyat diminta menjerang air yang mungkin terce.mar (loji rawatan air tiada elektrik), Ted Cruz selaku Senator Texas pergi bercuti di Cancun, Mexico. Dan Parti Republikan mempertahankan beliau kerana “Cruz nak jaga hati anak-anak (wanting to be a good dad)” (BBC, 2021).

Bercerita Tentang Masalah Sekarang

Inilah sedikit sebanyak tentang kepimpinan Texas. Empat bulan kemudian, negeri ini ditimpa masalah baru. Demikian hari ribut salji. Sekarang gelombang haba pula.

Betul-betul berlaw.anan. Suhu Texas berada antara paras 34°C hingga 38°C – ada tempat sampai 52.4°C pun (Prociv & Lewan, 2021). Apa kepimpinan Texas buat?

Gabenor Greg Abbott kecoh pasal tembok sempadan dengan menggunakan dana derma (Svitek, 2021).

Greg Abbott

Senator Ted Cruz kena bahan teruk kerana pernah bahan California pasal isu haba (Mazza, 2021).

Ted Cruz

Dan syarikat pengurusan elektrik Texas (ERCOT) pula minta rakyat jimat elektrik pada waktu genting ini. Inilah realiti di lapangan, iaitu propaganda politik konservatisme Amerika Syarikat lebih gigih daripada komitmen kerajaan konservatif.

Dan rakyat Texas pun benganglah apabila terdengar cadangan ini. Pendapat mereka, pihak ERCOT sekali lagi gagal menyelesaikan masalah bekalan elektrik.

Ada yang menyirap kerana Texas enggan masuk dalam sistem bekalan elektrik negara (senang kata, lagi suka urus elektrik sendiri kerana tidak perlu dengar cakap White House).

Contoh kerjasama elektrik di seluruh Amerika Syarikat.

Tetapi rakyat Texas tidak boleh bercakap banyak pun. Kalau mereka masih menggunakan bekalan elektrik terlalu banyak, stesen-stesen jana kuasa akan terbeban (overload) dan terpaksa ditutup (power failure) seperti dulu.

Situasi Semasa Di Texas

Jujurnya masalah ini tidak patut berlaku pun. Ini bukan kali pertama Texas berdepan dengan gelombang haba. Februari pun bukan kali pertama Texas mengharungi ribut salji.

Masalah di sini sangat jelas: Texas bergantung pada infrastruktur bekalan (utility infrastructure) ketinggalan zaman, pada ketika teknologi dan pembangunannya pula mengejar status terkini.

Sistem bekalan elektrik Texas bergantung pada pencawang-pencawang yang dibina sekitar 1970-an, iaitu apabila populasi Texas berjumlah 11.2 juta hingga 14.3 juta orang sahaja. Hari ini populasi Texas sudah menghampiri 30 juta orang. Lonjakan dua kali ganda dalam negeri paling tinggi dari segi penggunaan elektrik (Solomon, 2017).

Selain itu, Texas juga sedang menerima bala perubahan iklim. Untuk pengetahuan semua, konsep perubahan iklim bukanlah satu mitos. Cuaca sekarang ini walaupun sama sudah menjadi eks.trim. Kalau hujan, hujan sungguh-sungguh.

Kalau panas, panas seterik-teriknya macam seterika. Sebab itu Texas dalam krisis Februari lalu, kerana musim salji terlalu eks.trim (dan sekarang gelombang haba yang eks.trim).

Infrastruktur Elektrik Texas

Tiga perkara ini – kenaikan populasi, infrastruktur ketinggalan dan perubahan iklim – telah menjadi cabaran utama negeri Texas yang tiada kerajaan kompeten. Seperti biasa, rakyat yang menanggung sa.kit apabila berlaku situasi begini.

Sudahlah Amerika Syarikat baru keluar daripada COVID-19. Kena hadap dengan masalah ini pula.

RUJUKAN:

BBC. (2021, Februari 19). Texas Senator Ted Cruz flew to Cancun, Mexico, amid weather crisis.

Bloomberg. (2021, Februari 17). Texas Was (ditapiskan) A Decade Ago Its Grid Was Unready For Cold.

Mazza, E. (2021, Jun 14). Old Ted Cruz Tweet Comes Back To Haunt Him At The Worst Possible Time. Huff Post.

Prociv, K. & Lewan, J. (2021, Jun 15). (ditapiskan) heat in the West could break 200 records and produce temps up to 127 degrees. NBC News.

Ruangan komen telah ditutup.