Berikutan kekalahan Carthage dalam P3rang Punik Pertama pada tahun 241SM, Republik Rom menjadi kuasa yang mendominasi Laut Mediterranean. Apapun, penguasaan ini bukanlah bersifat mutlak.

Di timur Itali, terdapat sebuah lagi kekuasaan yang sedang meningkat naik, iaitu Kerajaan Ardiaea yang diperintah oleh suku Illyria. Kerajaan ini sering mengancam kapal-kapal dagang Rom yang melalui Laut Adriatik. Takhta kerajaan ini disandang oleh Ratu Teuta (selepas kemangkatan suaminya).

Teuta adalah isteri kepada Agron, raja Kerajaan Ardiaea. Di bawah pemerintahan Agron, Kerajaan Ardiaea berupaya membangun sebagai sebuah kerajaan yang dikenali ramai. Menurut seorang penulis Rom yang bernama Appian of Alexandria, Agron meluaskan sempadan kerajaannya dengan men4kluk sebahagian Epirus, Corcyra, Epidamnus dan Pharus. Tambahan lagi, armada Agron sangat digeruni di Laut Adriatik.

Pada tahun 231SM, Agron mangkat secara tiba-tiba setelah mengecapi kemenangan ke atas Aetolia. Menurut sejarahwan Yunani yang bernama Polybius, “Raja Agron, ketika armadanya pulang dan para pegawainya memberikan laporan (kemenangan) tentang pertempuran, begitu bergirang gembira lantaran mengenangkan bahawa beliau telah berjaya menewaskan Aetolia.

Tugu Teuta si Ratu Illyria

Kemudian bagi meraikannya, beliau pun minum dan berseronok sepuas hatinya hinggakan beliau diserang radang paru-paru yang membawa kepada maut beberapa hari kemudian.”

Memandangkan pewaris Agron, iaitu Pinnes masih kecil pada waktu itu, maka tampuk pemerintahan Kerajaan Ardiaea diambil oleh Teuta yang bertindak selaku ratu pemangku.

Walaupun Teuta melanjutkan kegemilangan mendiang suaminya dengan meneruskan polisi perluasan kuasa, tindakan-tindakannya itu digambarkan secara negatif oleh Polybius.

Namun, sejarahwan berpendapat bahawa sikap bias Polybius ini adalah disebabkan oleh tumpuannya yang lebih terarah kepada historiografi Rom itu sendiri. Menurut Polybius, Teuta memiliki ‘sifat pendek akal yang alami bagi seorang wanita’ dan beliau ‘tidak mencapai sebarang kejayaan melainkan yang kecil dan tidak tahu-menahu tentang apa yang berlaku di tempat lain’.

Polybius juga menyebutkan bahawa Teuta mendokong kegiatan perlanunan masyarakat Illyria, menyerang wilayah-wilayah jirannya tanpa simpati dan mengarahkan komander-komander p3rangnya agar bermusuhan dengan semua pihak luar.

Topi pelindung masyarakat Illyria (Kurun ke-6 dan 5 SM)

Kegiatan-kegiatan perlanunan sebeginilah yang kemudiannya mendorong Rom untuk memerangi Teuta. Pada mulanya, Senat Rom tidak mengendahkan aduan-aduan berkenaan Teuta yang dikemukakan oleh para pedagang yang merentasi Laut Adriatik. Namun, lantaran jumlah aduan sebegitu meningkat, maka Senat pun terpaksa mengambil tindakan.

Rom memulakan tindakannya dengan mengambil langkah diplomasi dan menghantar perutusan ke istana Teuta. Sumber-sumber purba merekodkan bahawa Teuta sama sekali tidak bersenang hati dengan utusan-utusan Rom itu.

Dalam rundingan yang cuba diadakan, beliau mengambil sikap tidak beralah. Lebih teruk daripada itu, imuniti diplom4tik utusan-utusan ini dilanggar. Polybius mencatatkan bahawa salah seorang utusan itu dibvnuh ketika sedang bersiap untuk kembali ke Rom. Cassius Dio pula menyebutkan bahawa sebahagian perutusan itu dipenjarakan manakala yang lain dibvnuh.

Sesampai sahaja berita tentang hal ini ke pegetahuan Rom, mereka pun naik berang dan langsung mengisytiharkan p3rang ke atas Tuta. Sebuah armada yang terdiri daripada 200 buah kapal dibentuk untuk tujuan serangan, sambil diiringi oleh sepasukan t3ntera darat.

Sasaran pertama armada Rom ini adalah Pulau Corcyra, yang ditadbir oleh Demetrius yang juga merupakan gabenor Pharus. Dalam catatan-catatan Appian dan Polybius, Demetrius dikatakan telah mengkhianati suku Illyria apabila menyerahkan Corcyra dan Pharus kepada Rom.

Namun menurut Cassius Dio, Teuta sendiri yang memerintahkan Demetrius untuk menyerahkan Corcyra kepada Rom sebagai langkah berdamai. Pun begitu, tidak lama sesudah perjanjian perdamaian ini dimeterai, Teuta menyerang Epidamnus dan Apollonnia. Hal ini mendorong Rom untuk sekali lagi mengambil tindakan. Demetrius pula kemudiannya menumpahkan khidmat setianya kepada Rom lantaran tidak tahan lagi dengan kerenah ratunya itu.

Menyedari bahawa beliau tidak dapat menandingi Rom dalam medan p3rang, maka Teuta pun menyerah diri pada tahun 227SM. Menurut Polybius, Teuta ‘bersetuju untuk membayar sebarang jumlah ufti yang dikenakan ke atas mereka, menyerahkan seluruh Illyria kecuali beberapa kawasan dan paling penting bagi masyarakat Yunani, untuk tidak lagi berlayar melangkaui Lissus dengan lebih dari dua buah kapal tidak bersenjata’.

Tambahan lagi, Appian turut menyebutkan bahawa Corcyra, Pharus, Issa, Epidamnus dan seluruh Illyrian Atintani menjadi naungan Rom. Saki-baki Kerajaan Ardiaea yang masih tersisa diperintah oleh Pinnes, yang kini pemerintahannya dipangku oleh Demetrius.

Walaupun Teuta berpeluang untuk hidup beberapa dekad berikutnya, terdapat sebuah kisah menarik yang menyebutkan bahawa Teuta telah terjun dari cenuram di Risan, Teluk Kotor, Montenegro moden kerana enggan menyerah kepada Rom. Masyarakat Risan mempercayai bahawa sebelum membvnuh diri, Teuta sempat menurunkan sumpahan ke atas bandar itu sehingga mengakibatkan Risan menjadi satu-satunya bandar di teluk itu yang tidak memiliki tradisi perlautan.

Teluk Kotor di mana Ratu Teuta kononnya terjun dari cenuram kerana enggan menyerah kepada Rom sekitar tahun 229SM. Katanya, bandar ini adala satu-satunya yang tidak memiliki tradisi perlautan di situ, lantaran sumpahan Teuta.

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (26 Mei 2015). The Fierce Queen of the Illyrians: Teuta the Untameable. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/fierce-queen-illyrians-teuta-untameable-003126


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.