Baru-baru ini (sebelum kes Coronavirus mengambil tempat), tular isu yang para pengguna akaun Tik Tok lelaki menerima cabaran yang pelik: merasa kicap menggunakan testis.

Ya, saya sendiri pun pelik dengan cabaran ini. Sebenarnya asal-usul tularnya isu ini kerana status yang dikemaskini oleh wanita bernama Regan dalam Tik Tok.

Menurut Regan, dia menemui sebuah artikel ilmiah dari laman web akademik, PNAS (Proceedings of the National Academy of Science of USA).Artikel yang diterbit pada 2013 mengkaji tentang kesuburan tikus jantan yang melibatkan reseptor rasa dalam testis.

Inilah Regan yang bertanggungjawab sebarkan penemuan ‘santifik’ dalam Tik Tok.

Dengan ‘penemuan’ ini, Regan mencabar mana-mana lelaki untuk menguji deria rasa dari testis. Dia sendiri pun tidak sabar nak tahu keputusan dari si pemberani luar sana. Maka, ramailah para pemilik akaun lelaki Tik Tok menerima cabaran ini hanya semata-mata ‘sains’ mereka.

Yang anehnya, para pemberani ini boleh merasa makanan seperti sos kicap setelah disisip dengan testis mereka! Waw, ajaib!

Tapi persoalan yang penting di sini, benarkah testis ada deria rasa?

Organ yang satu-satunya mempunyai deria rasa adalah lidah. Kita sendiri pun tahu fakta ini. Artikel 2013 yang diterbit oleh kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh Bedrich Mosinger dari Monell Chemical Senses Center di Philadelphia telh terangkan bahawa reseptor rasa berkait dengan kesuburan tikus jantan. Mengapa wanita bernama Regan begitu jauh tafsirkan artikel ini?

Sebenarnya, Regan mengambil sumber dari laman web Daily Mail yng menyalahtafsir artikel Bedrich Mosinger dengan tajuk testis mempunyai deria rasa.

Inilah artikel asal mengenai kajian reseptor rasa dalam testis. https://www.pnas.org/content/110/30/12319

Ini siaran dari laman web Daily Mail yang mengundang salah faham pembaca seperti Regan apabila web ini mentafsir artikel asal sembarangan

Lidah mempunyai tunas rasa atau dikenali sebagai taste bud, bintikan kecil yang hadir dalam lapisan permukaan lidah. Tunas rasa bertanggungjawab menerima sebarang molekul dari luar seperti cebisan makanan, kemudian molekul dihantar ke reseptor rasa, seterusnya mewujudkn isyarat kemudian hantar ke otak untuk mengenalpasti rasa yang wujud dari makanan tersebut: Manis, masam, pahit, masin, atau umami.

Pokoknya, jika ada tunas rasa dalam organ tertentu, deria rasa itu wujud. Malangnya, testis hanya mempunyai lapisan kulit, tidak ada tunas rasa yang diperlukan untuk merasa sos kicap. Walaupun reseptor rasa ada sekalipun, ia tidak dapat menerima molekul dar luar kerana ketiadaan tunas rasa ini. Maka, testis tidak mampu rasa makanan!

Tunas rasa dalam lidah

Jadi, bagaimana pengguna Tik Tok lelaki ini mampu merasa walaupun testis tiada deria rasa? Mereka tu saja berimaginasi rasa sos kicap tu. Kalau dia bayang masin, memang ‘rasa’ masin-lah!

Untuk pengetahuan, reseptor rasa tidak hanya bertanggungjawab untuk menghantar isyarat rasa. Ia mempunyai fungsi lain jika terletak di organ tertentu. Bukan sekadar lidah dan testis. Paru-paru, usus, dan puding kencing juga mempunyai reseptor rasa. Fungsi lain reseptor ini masih dalam kajian walaupun fungsi kedua telah ditemui, iaitu membantu kesuburan sistem pembiakan lelaki/jantan.

Jadi, kalau usus ada reseptor rasa, kau nak keluarkan usus dari badanmu, kemudian uji deria rasa dengan tuangkan sos kicap di permukaan usus? Begitu?

RUJUKAN:

Men Are Dipping Their Balls Into Soy Sauce After Learning Testicles Have Taste Receptors. 9gag. Retrieved from 26 January 2020. https://9gag.com/gag/awoYVwQ

Schelden P (17 January 2020). Do Testicles Have Taste Buds? The Internet Clamors to Know. MedicineNet. Retrieved from 26 January 2020. https://www.medicinenet.com/script/main/art.asp…

Dean S (22 January 2020). People Are Dipping Their Testicles in Soy Sauce, So Here’s Some Science. Science Alert. Retrieved from 26 January 2020. https://www.sciencealert.com/people-are-dipping-their-testi…

Chodosh S (21 January 2020). No, you can’t taste anything with your testicles. Popular Science. Retrieved from 26 January 2020. https://www.popsci.com/…/taste-buds-receptors-testicles-ti…/

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.