Dalam banyak filem samurai baik Seven Samurai hinggalah The Last Samurai dan 47 Ronin, sen.ja.ta yang biasa digunakan mereka ialah pe.da.ng katana atau wakizashi. Tetapi tidak ramai tahu, kipas lipat atau Sensu juga merupakan se.nj.ata rahsia samurai terutama di medan pe.ra.ng.

Sensu kebiasaannya lebih digunakan sebagai aksesori fesyen dan barangan mewah bagi golongan bangsawan, pedagang dan samurai. Ia dikatakan sudah mula digunakan oleh golongan bangsawan Jepun sekitar abad keenam Masihi sebagai cara menghilangkan rasa panas semasa cuaca panas.

Versi terawal Sensu yang digunakan ketika itu ialah kipas Hinoki. Ia diperbuat daripada kayu sipres Hinoki yang nipis. Tetapi bertahun-tahun selepas itu, artisan mula menghasilkan lukisan dan meletakkan serbuk emas dan perak pada kipas. Kipas yang mengandungi sajak, lukisan atau pesanan berunsur keagamaan amat dihargai sebagai hadiah kepada para penerimanya.

Menjelang abad ketujuh, ia mula menjadi sebahagian daripada protokol istana. Samurai terutama yang berstatus tinggi dikehendaki mengetahui cara memegang dan menggunakan kipas semasa berada di istana. Kebiasaannya, Sensu dibawa untuk majlis-majlis sosial,

Menjelang abad ke-13, Sensu mula dieksport ke China sekaligus mengembangkan pengaruh objek itu ke seluruh dunia. Malah, salah satu kipas lipat ini mencetuskan trend fesyen dalam kalangan masyarakat Eropah termasuk Perancis. Buktinya, para bangsawan dan kerabat diraja Bourbon ketika itu menganggap kipas lipat Kyoto atau Kyo Sensu sebagai objek paling berharga.

Ini berikutan hasil kerja artisan Kyoto amat cantik pada setiap Sensu yang dihasilkan. Apabila Jepun memasuki abad ke-14, Sensu mula dihasilkan dalam bentuk Noh (drama muzikal), Buyo (tarian klasik Jepun) dan upacara teh.

Rajah 1: Contoh Sensu yang dihasilkan dengan lukisan oleh artisan Suzuki Harunobu.

Kegunaan Sensu berbeza mengikut lelaki dan perempuan. Bagi golongan Hawa, ia digunakan untuk menyembunyikan kelakuan yang dianggap tidak sesuai dengan norma sosial ketika itu seperti ketawa atau mengunyah makanan. Dan ia juga merupakan antara alat yang digunakan oleh golongan wanita Jepun untuk menggoda lelaki.

Bagi orang lelaki pula, ia selalunya dibawa dengan tangan atau tersimpan kemas dalam obi bila menghadiri upacara penting (tali pinggang yang mengikat kimono dan pakaian seni mempertahankan diri Jepun). Pada zaman Edo, mana-mana khadam samurai yang didapati tidak membawa kipas lipat bersamanya dianggap samurai tanpa bersen.ja.takan Daisho (satu set pe.da.ng katana dan Wakizashi yang melambangkan seseorang itu samurai sebenar).

Jadi, bagaimana sesebuah kipas lipat itu bertukar menjadi sen.ja.ta merba.ha.ya? Jawapannya mudah: Tessen atau kipas pe.ra.ng Jepun. Tessen yang bermaksud kipas besi merupakan sen.ja.ta tersembunyi yang biasa dilihat semasa zaman feudal Jepun. Tessen dihasilkan sama ada ditempa mengikut bentuk kipas lipat atau diukir daripada kayu keras.

Rajah 2: Contoh Tessen yang dipamerkan di Istana Iwakuni, Jepun.

Tetapi kebiasaannya, majoriti samurai lebih suka menggunakan Tessen yang diperbuat daripada besi. Ia bukan saja lebih kuat tetapi lebih menjimatkan kos. Malah, ada menganggap versi ini lebih berkesan sebagai sen.ja.ta berbanding Tessen yang boleh dilipat. Saiz Tessen juga berbeza mengikut fungsi di mana versi kecil sebagai sen.ja.ta mempertahankan diri. Sementara Tessen yang lebih besar pula dianggap simbol kekuasaan golongan atasan termasuk daimyo dan samurai.

Tessen hanya digunakan apabila samurai tidak membawa Daisho bersamanya. Ia boleh saja berlaku apabila dia bertemu dengan daimyo, membuat kerja rumah, bersuka-ria atau apa-apa urusan yang tidak membenarkan Daisho dibawa bersama. Ada ketikanya, samurai perlu meninggalkan Daisho kepada khadam mereka semasa berkunjung ke rumah orang.

Namun begitu, itu tidak bermakna sang samurai hanya bersen.ja.takan tangan kosong apabila perkara buruk berlaku. Ini kerana dia masih dibenarkan membawa Sensu yang disimpan dalam obinya. Sensu ini boleh saja digantikan dengan Tessen sekaligus memastikan sang samurai kekal bersen.ja.ta dalam apa jua keadaan.

Mungkin ada menganggap sen.ja.ta ini berupaya membawa kema.ti.an seperti mana katana atau wakizashi. Hakikatnya, pengguna Tessen diajar teknik khas di mana penggunaannya bertujuan menghentikan pihak lawan daripada mencetuskan kecederaan atau kema.ti.an. Teknik penggunaan Tessen dikenali sebagai Tessen-jutsu di mana ia turut digunakan sebagai cara memberi arahan dan isyarat. Bagi samurai berpangkat tinggi, Tessen-jutsu lebih bersifat belas kasihan berbanding perlawanan menggunakan pe.da.ng mereka.

Penulis percaya sesetengah pembaca merasa curiga dengan kenyataan ini. Tetapi berdasarkan rekod sejarah, wujud perlawanan antara samurai yang menggunakan Tessen dengan samurai lain yang bersen.ja.takan pe.da.ng. Mengikut rekod, ramai yang ma.ti selepas merasa penangan sen.ja.ta ini! Antara pengguna Tessen terkenal ialah pengasas Keshogunan Tokugawa, Ieyasu Tokugawa.

Tetapi Tessen-jutsu jarang diajar sebagai seni mempertahankan diri individu. Jika ada pun, ia merupakan gabungan penggunaan kipas dan kayu pendek dalam seni mempertahankan diri lain. Hanya empat sekolah seni mempertahankan diri klasik Jepun yang mengajarkan Tessen-jutsu iaitu Echigo-ryu, Miyake-Shingan-ryu, Uesugi-ryu dan Yagyu-ryu. Daripada empat sekolah ini, hanya Miyake-Shingan-ryu dan Yagyu-ryu yang masih wujud hari ini.

RUJUKAN

Martin, R. (2021, 30 November). A Japanese Fan Became a De.ad.ly Weapon in the Right Hands. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.