Tertikam Straw Besi

1,136

Baru-baru ini, kita dikejutkan oleh satu berita yang amat menggemparkan di mana seorang wanita yang dikenali sebagai Elena Struthers yang berusia 60 tahun maut di dalam rumahnya yang terletak di Dorset, England. Apa yang menggemparkan adalah cara kematiannya yang terjatuh dan tertikam dengan sebatang straw besi ketika dia berjalan di dalam rumahnya.

Isterinya, Mandy (mereka adalah pasangan lesbian) menjumpai Elena yang terbaring di atas lantai dan berada di dalam keadaan tercungap-cungap dan ‘gurgling’ bersama dengan gelas yang mempunyai reka bentuk seperti dalam gambar di atas yang bewarna biru, dan strawnya melekat pada matanya. Gelas ini dinamakan sebagai Mason Jar, yang mana baru-baru ini menjadi trend di internet memandangkan kebanyakkan orang sudah mulai sedar akan kesan jangka masa panjang penggunaan straw plastik yang akan mencemarkan alam sekitar.

Walau bagaimanapun, rekaan sebegini, iaitu gelas yang mempunyai straw besi dan kedudukkannya adalah tetap (fixed) dengan penutup gelas terbabit walaupun nampak tidak berbahaya, namun, kes ini telah menunjukkan bahawa objek-objek kecil ini boleh menyebabkan kecederaan yang boleh menyebabkan kematian. Dalam kes ini, Elena sendiri mempunyai masalah dari segi pergerakkan memandangkan dia mempunyai kecederaan pada tulang belakangnya yang patah akibat terjatuh daripada kuda ketika dia berumur 21 tahun, dan menyebabkan skoliosis,

Tambahan, dia juga dikatakan baru sahaja diturunkan dengan ubat tahan sakit bernama fentanyl, dan mengikut isterinya, dia mulai ketagih pada minuman beralkohol. Semasa ditemui, dia tidak bergerak, dan sejurus panggilan kecemasan dibuat oleh Mandy, dia sudah mulai berhenti bernafas. Walaupun sempat dibawa ke hospital, beberapa siri skan dan X-ray menunjukkan kecederaannya tidak dapat diselamatkan lagi.

Straw besi tersebut menikam mata kirinya, dan menembusi tengkoraknya, sehingga ke bahagian brain-stem, iaitu bahagian utama untuk mengawal pernafasan dan degupan jantungnya. Walaupun sempat dibawa dan dimasukkan ke ICU, para doktor mengatakan kepada isterinya bahawa tiada apa yang boleh dilakukan untuk kecederaan sebegini yang mana dia meninggal dunia pada hari berikutnya.

Dalam dunia perubatan, kecederaan sebegini jarang-jarang berlaku. Kecederaan ini disifatkan sebagai ‘Penetrating Orbital Trauma”(POI) yang bermaksud apa-apa objek yang tertikam bola mata dan ke belakang sehingga menembusi bahagian tengkorak kepala dan merosakkan struktur-struktur penting pada otak pesakit.

Dalam beberapa kes yang dibincangkan di dalam satu pautan mengenai A Review of Penetrating Orbital Injuries, kes-kes sebegini jarang berlaku kerana bahagian bola mata seseorang itu hanyalah merupakan 1 per 5 daripada keluasan struktur pada tengkorak manusia yang dinamakan sebagai orbital rim, dan selebihnya merupakan struktur seperti otot, saraf, salur darah utama dan juga bahagian orbital fat.

Terdapat banyak kes yang dikongsikan di internet, antaranya seperti dengan gambar rajah di atas ini, yang menunjukkan budak lelaki ini tertikam dengan pen kedalam mata kanannya, dan menembusi tengkoraknya sehingga hampir terkena salur darah besar yang dinamakan sebagai internal carotid artery. Bukan setakat straw dan pen sahaja yang boleh menyebakan kecederaan sebegini, malahan ada kies yang melibatkan tikaman objek berupa pisau, payung, pensel, chopstick, jarum, garfu dan juga kunci kereta.

Untuk kes Elena ini, pembantu koroner yang melakukan autopsi kepadanya, Brendan Allen mengatakan bahawa seseorang itu perlu berhati-hati ketika berjalan dan membawa objek sebegini, dan dia juga tidak menggalakkan seseorang untuk menggunakan cawan yang mempunyai rekabentuk sebegini, yang mana straw besinya ditetapkan pada penutup gelas tersebut, dan sekiranya straw tersebut diletakkan seperti biasa di dalam cawan, kebarangkalian untuk seseorang mendapat kecederaan sebegini adalah tipis.

Kalaulah kata orang seperti john Wick nak menggunakan pensel untuk membunuh, maka, tikaman kepada mata merupakan sasaran yang amat baik, tetapi, bergantung pula kepada jenis pensel yang digunakan.:-)

TAMAT

RUJUKAN:

Penetrating Orbital Injuries: A Review. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5707173/

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.