Bendera Templar Jerusalem

Terowong Templar adalah lorong bawah tanah yang terletak di bandar Acre, di Israel pada hari ini. Terowong ini dibina oleh para Kesatria Templar ketika kota itu berada di bawah pemerintahan Kerajaan Jerusalem (Baitulmaqdis) dan ia berfungsi sebagai laluan strategik yang menghubungkan istana Templar ke pelabuhan.

Setelah kota Acre jatuh ke tangan kaum Mamluk pada abad ke-13, Terowong Templar hilang, mungkin kerana ditinggalkan hingga ia akhirnya dilupakan. Hanya pada tahun 1994 barulah terowong itu ditemui semula oleh seorang wanita yang sedang berhempas pulas memperbaiki paip kumbahan yang tersumbat di bawah rumahnya.


Gambaran model kota lama Jerusalem

Kerajaan Jerusalem didirikan pada tahun 1099 setelah pen4klvkan Jerusalem oleh para sukarelawan dalam P3r4ng Salib Pertama. Kira-kira dua dekad kemudian, Pasukan Pauperes commilitones Christi Templique Solomonici (Kesatria-Naif Pengikut Christ Dan Solomon) atau hanya dikenali sebagai Templar diasaskan oleh kesatria Perancis bernama Hugues de Payens.

Sejarah Kesatria Templar di Timur Tengah merangkumi tempoh sekitar 300 tahun, melibatkan kira-kira sembilan siri P3r4ng Salib. Penubuhannya bermula pada tahun 1119 dan mendapat pengiktirafan dari Kepausan satu dekad kemudian.

Templar diasaskan ketika sekelompok tujuh kesatria mengangkat sumpah untuk melindungi jemaah Kristian di Tanah Suci, maka ia bermula sebagai ikatan persaudaraan monastik (kerahiban atau kependetaan), di mana setiap anggotanya yang terdiri daripada para pendeta akan tinggal bersama sebagai sebahagian daripada komuniti tertutup di Jerusalem.

Perintah ket3nter4an Templar ini memiliki markas sendiri di Temple Mount yang dikenali sebagai Al Haram Al Sharif oleh orang Islam. Peranan utama mereka adalah untuk melindungi jemaah Kristian yang melakukan perjalanan ke Tanah Suci.

PENGEPVNGAN ACRE

Gambaran Pert3mpvran Hattin

Jerusalem dit4wan semula oleh t3nter4 Muslim yang diketuai oleh Salahuddin al-Ayubbi semasa Pert3mpvran Hattin pada tahun 1187, ia menyebabkan kesatria-kesatria Templar telah kehilangan markas mereka secara efektif.

Walaupun sebagian besar wilayah Kerajaan Jerusalem telah dit4klvki oleh kaum Muslimin, kota Tirus (di Tyre, Lubnan hari ini), bersama dengan beberapa kubu T3nter4 Salib yang terpencil tetap meneruskan penentangan mereka.

Pada tahun 1189, Guy de Lusignan, raja Yerusalem, bertindak melancarkan s3r4ngan balas pertama yang paling ketara terhadap Salahuddin dengan melakukan kemaraan menentang Acre.

Walaupun jumlah kekuatan angkatan t3nter4nya lebih kecil, Guy berupaya mengepvng kota itu. Salahuddin yang tidak memiliki masa yang mencukupi, tidak sempat mengumpulkan kekuatan pada waktu yang sepatutnya untuk menghancvrkan kepvngan kecil yang kemudian menerima sokongan tambahan peserta P3r4ng Salib Ketiga dari Eropah.

Potret Guy de Lusignan.

Pengepvngan kota Acre berlangsung sehingga tahun 1191, hasilnya,  kota tersebut akhirnya berjaya ditawan oleh T3nter4 Salib. Acre kemudiannya dijadikan sebagai ibu kota baharu Kerajaan Jerusalem, dengan itu, Kesatria Templar dapat mendirikan markas baru mereka di sana. Kawasan di sektor barat daya kota telah diperuntukkan khas untuk Templar dan di sinilah para kesatria membina kubu utama mereka.

Menurut catatan Templar abad ke-13, ia menyatakan bahawa kubu ini adalah kubu yang terkuat di kota itu dan pintu masuknya dilindungi oleh dua menara kawalan dengan lapisan dinding setebal 8.5 meter (28 kaki). Di setiap sisi menara ini terdapat dua lagi menara yang lebih kecil dan setiap bahagian atas menara-menara ini dihiasi dengan arca singa yang diselaputi emas.

KUBU TEMPLAR

Kedudukan Kubu Templar ditandakan sebagai peghujung sebelah barat Terowong Templar. Kubu ini sudah tidak lagi wujud dan monumen yang paling ketara boleh dilihat di kawasan ini hanyalah sebuah rumah api moden. Penghujung barat terowong ini terletak berhampiran dengan rumah api ini.

Terowong Templar berukuran 150 meter (492 kaki) dan laluannya melintasi zon kuarter Pisan di dalam kota ini. Bahagian dinding dan siling dalaman terowong ini terdapat ukiran yang dipahat pada batuan semulajadi dan menghasilkan bentuk lengkungan separa laras, manakala silingnya disokong oleh lapisan batu-batu yang dipahat.

Penghujung bahagian timur terowong ini terletak di sektor tenggara Acre, di kawasan yang pernah menjadi tapak sauh dalaman untuk pelabuhan kota. Hari ini, ia menjadi tapak Khan al-Umdan yang bermaksud ‘Tiang Karavanserai’ (karavanserai adalah sejenis pusat persinggahan pedagang yang sinonim di Jalan Sutera), yang dibina pada abad ke-18 ketika kota itu berada di bawah pemerintahan Uthmaniyyah.

Kota Lama Acre, Rumah Api di mana kubu Templar pernah berdiri.

 KEJATUHAN ACRE

Pada bulan April 1291, kota Acre sekali lagi dikepvng pula oleh pejuang Mamluk dari dan kota itu jatuh kembali kepada umat Islam kira-kira sebulan kemudian. Sultan Mamluk, Al-Ashraf Khalil, memerintahkan tembok-tembok, kubu-kubu, dan bangunan-bangunan lain kota itu dirobohkan sepenuhnya, sehingga tidak boleh digunakan oleh orang-orang Kristian lagi. Tindakan itu menyebabkan kota Acre kehilangan statusnya sebagai salah satu kota pelabuhan yang terpenting dan ia terus diabaikan hingga akhir abad ke-18.

Namun, terdapat satu laporan terkini dalam artikel penerbitan British, Independent, ia mengatakan bahawa ahli arkeologi telah menemui satu rangkaian laluan terowong bawah tanah yang mungkin digunakan oleh Kesatria Templar untuk memindahkan wang dan harta kekayaan mereka ke “menara harta karun” yang masih tidak dikenalpasti lokasi tepatnya..

PENEMUAN SEMULA TEROWONG TEMPLAR

Adapun Terowong Templar, tidak ada sesiapa pun yang pernah mengetahui tentang kewujudannya selama berabad-abad setelah kejatuhan Acre ke tangan Mamluk. Hanya pada tahun 1994 barulah struktur bersejarah ini ditemui semula.

Terowong Templar di Acre, Israel.

Pada tahun tersebut, seorang wanita yang tinggal di kediaman yang berada betul-betul di atas terowong itu telah mengalami masalah dengan saluran paip kumbahannya yang tersumbat. Ketika dia sedang menyiasat punca masalah tersebut di bawah rumahnya, dia mendapati terdapat ruang laluan yang telah lama ditinggalkan. Setelah dimaklumkan kepada pihak berkuasa, mereka yakin itu adalah Terowong Templar.

Selanjutnya, terowong itu dibersihkan, laluan terowong ditambahbaik, bekalan elektrik disambung, dan pelbagai lagi akses ditambah. Pada tahun 1999, Terowong Templar telah dibuka untuk kunjungan awam dan menjadi salah satu tarikan pelancongan yang terkenal di bandar ini.

RUJUKAN:

Adar, Y., 2017. The Templar Tunnel Acre. [Online] Available at: https://www.gemsinisrael.com/the-gems/acre-a-4000-year-old-city/the-templar-tunnel-acre/

IFLScience. Secret Tunnels Of The Knights Templar Discovered In Israel – https://iflscience.com/editors-blog/tunnels-that-may-have-been-used-to-transport-the-knights-templars-lost-fortune-discovered/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.