Peristiwa Banjir Besar Nuh mempunyai pengaruh yang sangat kuat. Di seluruh pelusuk dunia, tragedi ini telah dijadikan inspirasi kepada mitos dan fiksyen tempatan. Namun pucuknya iaitu kisah-kisah daripada al-Qur’an dan Taurat tetap akan direncanakan dari satu masa ke satu masa. Ada yang menganggapnya benar. Ada juga berpendapat tragedi ini mitos. Tetapi tanggapan umum bukanlah skop utama artikel ini.

Nabi Nuh as diutuskan-Nya agar umat manusia yang terjerumus dengan kemungkaran dapat diselamatkan. Tetapi baginda tidak berjaya. Dan bala Allah yang menimpa sekaligus membasmikan Bumi daripada pendosa-pendosa sedemikian. Kitab Taurat menggambarkan kisah yang serupa, bahawa terlalu banyak kerosakan berlaku di Bumi sehingga Tuhan berfirman masa telah tiba untuk mereka dimusnahkan. Tetapi Taurat menceritakan bahawa bahtera Nuh dibina tiga tingkat dengan kayu gopher sebesar 450 kaki panjang, 75 kaki lebar dan 45 kaki tinggi.

Fungsi setiap tingkat bahtera ini pun bukanlah skop utama artikel ini. Persoalannya adalah jika banjir besar ini berlaku secara global ataupun lokal semata-mata. Sudut ini memerlukan perhatian yang mendalam. Menurut pandangan Ibnu Kathir di dalam kitabnya iaitu Kisah Nabi-Nabi (Stories of the Prophets), banjir ini menutupi seluruh Bumi dari Utara ke Selatan dan dari Timur ke Barat. Segala lembah, gunung, padang dan pasir, dan masyarakat di Bumi ditenggelami air, lantas melengkapi dengan rakaman dalam al-Qur’an:

“Dan Kami telah selamatkan dia (Nuh) bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan yang besar. Dan Kami jadikan zuriat keturunannya sahaja orang-orang yang tinggal hidup (setelah Kami binasakan kaumnya yang ingkar).” – Quran 37:76-77.

Darah yang mengalir dalam tubuh manusia kini datang daripada telaga Nabi Nuh as. Setiap seorang yang lahir selepas banjir ini amatlah terhutang budi kepada baginda. Tentu sekali jika banjir ini lokal, kenyataan sedemikian tidak akan dirangkapkan. Gambaran lebih menggerunkan dirakamkan di dalam al-Qur’an:

“(Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang.” – Sebahagian daripada Qur’an 11:42.

“Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: “Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”. Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung “Judi” serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): “Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim” – Qur’an 11:44.

Jelas sekali kemusnahan yang berlaku sebenarnya bersifat global. Cukup mustahil untuk air ombak sebesar gunung dapat berundur di rantau Nabi Nuh as semata-mata. Tetapi pada hari ini, ahli-ahli geologi mendapati kesan-kesan yang berasal daripada banjir ini di dinding-dinding Grand Canyon.

Lapisan-lapisan fosil di Grand Canyon memerlukan masa jutaan tahun untuk terhasil. Entah berapa banyak haiwan laut yang hidup di dasar-dasar cetek, secara perlahan-lahan ditimbuskan untuk kebangkitan spesis baru. Walaupun sehingga hari ini Grand Canyon belum dijelaskan secara sepenuhnya oleh kerana keluasannya, terdapat beberapa penjelasan mengenai sedikit sebanyak bahagian-bahagiannya.

Satu-satunya cara untuk menghakiskan geografi Bumi sehingga terjadinya Grand Canyon tentu sekali berlaku akibat air dan angin. Faktor-faktor lain adalah saliran Sungai Colorado, aktiviti gunung berapi dan hubungan Bumi bersama orbit. Tetapi fosil-fosil yang terdapat di dinding-dinding ini merupakan penghubung utama dengan Banjir Besar Nuh.

Dengan skala banjir ini, tentu sekali akan adanya bukti haiwan dan tumbuh-tumbuhan mati di dalam lapisan-lapisan bumi ini. Dan itulah apa yang sedang ditemui – bukannya berjuta, malah bilion fosil ditutupi lapisan-lapisan batu di seluruh Bumi yang berusia jutaan tahun.

Di sini timbul satu lagi persoalan, iaitu punca utama yang menyebabkan peristiwa dahsyat ini. Kata-kata kunci kepada banjir ini adalah “ombak-ombak seperti gunung-ganang”. Sememangnya hujan lebat tidak mampu hasilkan ombak-ombak sebegini, walaupun di dalam al-Qur’an ternyata “dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”. Malah, ribut taufan sekuat mana pun tidak akan membuatkan Bumi ditenggelami air.

Hanya dengan hentaman butiran dari angkasa sahaja yang seluruh kehidupan di Bumi akan digegarkan. Diperingati semula bahawa bahtera Nuh as membawa spesies-spesies manusia untuk mempopulasikan Bumi semula. Kebarangkalian untuk sebutir asteroid ataupun komet berjaya tembusi atmosfera Bumi memanglah rendah, tetapi tidak sama sekali mustahil. Jika lokasi impak adalah darat, berbilion-bilion (mungkin trilion) kilogram debu akan dilemparkan di langit, menyelimuti bumi daripada sinaran mentari sekaligus memulakan proses kepupusan besar-besaran.

Namun hentaman di lautan akan mengurangkan tindakbalas-tindakbalas kritikal yang boleh berlaku. Impak sekitar 20 kilometer daripada pantai mampu meragut nyawa, tetapi di tengah-tengah lautan, ombak-ombak besar yang terhasil akibat hentaman boleh surut secara berperingkat-peringkat. Namun tiada aiapa boleh hembuskan nafas lega lagi. Air akan memancut ke udara, barangkali beberapa kilometer tinggi. Malah manusia barangkali akan hembuskan nafas air apabila berbilion-bilion kilogram wap air menutupi langit selama berbulan-bulan lamanya.

Tidak boleh dinafikan bahawa kaum Nuh dibasmikan oleh banjir besar ini. Tetapi tidak juga boleh diketepikan kebarangkalian pembasmian ini turut berlaku meskipun banjir mula tenang iaitu pada detik-detik klimaks yang mana air berhenti naik. Dalam situasi asteroid, ketandusan makanan dan air bersih secara sistematik menamatkan riwayat sesiapa sahaja yang tidak mahu menaiki bahtera Nuh as melalui kelaparan, kehausan, demam panas dan sebagainya. Belum kira lagi dengan kemalangan jiwa yang membuatkan kaum Nuh tenggelami diri oleh kerana tiada lagi harapan untuk selamat.

Di dalam Kitab Taurat pula, khususnya bab 6-8, menjelaskan bahawa mata-mata air di perut Bumi diletupkan keluar dan “pintu dari langit” dibuka. Maka permukaan Bumi ditenggelami air selama 150 hari, bersamaan dengan lima bulan. Kata-kata kunci ini jika boleh digunakan memang selaras dengan kajian-kajian moden.

Cuma apa yang berlaku tiada siapa pada hari ini boleh tahu secara pasti.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply