Warner Bros baru-baru ini menunjukkan poster filem terbaharu mereka dalam Wizarding World Universe, dalam siri The Fantastic Beast. Secara lebih tepat, Fantastic Beast and Secret Of Dumbledore.

Dumbledore merupakan figura penting dalam Wizarding World Universe, penglibatannya merangkumi siri adaptasi novel popular, Harry Potter dan siri Fantastic Beast. Beliau memainkan peranan yang cukup besar dalam hidup Harry Potter dan Newt Scammander. Meskipun begitu, hidup beliau tidak lepas dari sebarang masalah.

Dalam filem terbaharu ini, peminat merungkaikan rahsia-rahsia Dumbledore yang berkemungkinan menjadi topik dan isu utama filem kali ini.

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

1. Hubungan Dumbledore dan Grindelwald

Dalam filem sebelumnya, Fantastic Beast and Crime Of Grindelwald telah mendedahkan kita dengan seorang penjenayah sihir Eropah baharu iaitu Gellert Grindelwald. Grindelwald tidak lain tidak bukan merupakan salah satu ahli sihir terhebat dalam sejarah, selain Dumbledore dan Lord Voldemort.

Hubungan Dumbledore dan Grindelwald lebih daripada sebagai kawan. Dumbledore mempunyai semangat kecintaan terhadap ilmu sihir yang tinggi sejak kecil, seperti mana yang dikatakan oleh Elphias Doge dan Muriel Weasly. Ketika itulah, beliau berjumpa dengan Gellert Grindelwald dan ketika itu hubungan mereka berdua semakin rapat.

Rapatnya mereka berdua itu sehingga ditermakan kepada ‘lebih daripada kawan’.

2. Ariana Dumbledore

Ketika itu Harry Potter baru sahaja tiba di Hogsmead ketika berlakunya kemuncak penguasaan Lord Voldemort dalam dunia sihir. Ketika itu, mereka bertemu dengan seorang lelaki yang serupa benar dengan Albus Dumbledore yang dirindui Harry, Aberforth Dumbledore.

Harry menegaskan betapa baiknya Albus Dumbledore, sehingga Aberforth mendedahkan kisah silam Albus yang lain daripada yang disangkakan. Kisah bagaimana hubungan Ariana – Aberforth – Albus ini adalah rentetan hubungan Albus – Grindelwald yang meruncing sehingga memandu kepada pembunuhan Ariana.

3. Credence Barebone (Aurelius Dumbledore)

Filem ini secara jelas menyatakan Fantastic Beast and Secret Of Dumbledore. Terdapat teori bahawa Dumbledore yang dimaksudkan bukanlah Albus, tetapi keturunan Dumbledore itu sendiri.

Terdapat kemungkinan bahawa filem ini menjelaskan tentang keturunan Dumbledore dan bagaimana ia berkait dengan kelahiran Obscurus yang dimahukan Grindelwald, Credence Barebone a.k.a Aurelius Dumbledore. Boleh jadi ini juga mengisahkan bagaimana Credence menjadi sebahagian daripada keluarga Muggle dan kuasa sihirnya tersimpan.

Ini merupakan tiga teori yang mungkin menjadi isu yang diketengahkan filem kali ini. Boleh juga jadi ketiga-tiga teori ini dimuatkan sekali dalam filem. Menurut J.K Rowling, siri ini mungkin diteruskan hingga filem ke-6 dan ke-7. Ini mungkin menjelaskan bagaimana Lord Voldemort dan Albus Dumbledore boleh berhubungan dan membawa kesinambungan ke legenda The Chosen One, Harry Potter.

Artikel dikirimkan oleh MYpotterhead untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.